CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 25, 2009

Sambutan Birthday Majie

Semalam saya dan Aisyah sudah berjanji untuk membuat sambutan majlis hari jadi majie di A&W di Seremban. Pada Majie saya katakan hanya makan-makan sahaja. Mulanya Majie tidak mengetahui yang saya membawa Aisyah bersama. Kalau tidak ada sambutan apa-apa pun, kami akan berjumpa sebulan sekali sambil makan dan berborak-borak tentang aktiviti yang dilakukan selama sebulan itu. Oleh kerana harijadi Majie baru berlalu beberapa hari lepas, jadi saya membelikan Majie kek blueberry kegemarannya. Agak terkejut juga Majie pada mulanya.

Inilah muka orang yang terkejut. Majie sangka saya dan Aisyah mahu belanja makan sahaja. Tak sangka pula ada kek sekali. Nasib baik dalam A&W ketika itu tak ramai orang.

Gembira hati Majie bila kami menyanyikan lagu selamat hari jadi padanya. Sebenarnya saya tahu Majie sedang menyembunyikan beban perasaannya yang menghimpit hidupnya akhir-akhir ini. Yang disebelahnya itu adalah Alisa anak buah Majie.

Sampai lelap mata Majie menikmati Mozza burger. Hari ni saya dan Aisyah yang belanja Majie makan.


Ini hadiah daripada Aisyah untuk Majie. Sehelai kameja jenama VIOR. Yang kelakar masa balut hadiah tu Aisyah terlupa nak membuka tanda harga. Apalagi kelam kabut la Aisyah membuka tag harga bila Majie membuka kotak baju tersebut.

Ini pulak hadiah dari saya. Sebenarnya saya pun tak tahu nak hadiah apa kat Majie. Tahun lepas saya bagi buku-buku agama. Tahun ni saya rasa nak bagi hadiah beg duit kat Majie. Rasanya beg duit Majie yang lama pun dah koyak kot. Inilah gantinya. Saya beli jenama Anna Sui.

Inilah dia ibu muda yang sibuk pangku anak. Sementara Majie membuka hadiah saya dan Aisyah sibuk menidurkan anak masing-masing. Si Balqish pulak asyik mengagah Adam saja. Wah saya dan Aisyah boleh berbesan la nampaknya..!

Inilah Aisyah sedang memangku anaknya Adam. Aisyah ni seorang Jururawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Kerja pulak di wad kanak-kanak. Saya pula kalau perlukan bantuan apa-apa banyak rujuk pada Aisyah. Maklumlah saya ni baru jadi ibu. Serba serbi tak tahu.

Si Balqish ni matanya dekat kek blueberry tu aje. Buntang-buntang biji mata memandang makanan. Balqish ni tua beberapa minggu je dari Adam anak Aisyah. Tengok la matanya tu...

Ini gambar semasa di rumah Majie. Sempat kami berposing sebelum balik. Balqish memang pandai bergambar. Kalau nampak flash camera pasti dia akan duduk diam. Tengoklah tu...

Kepada Aisyah yang selalu baca blog ini, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi sama-sama saya menjayakan sambutan birthday Majie ni walaupun sederhana sahaja. Saya mengharapkan persahabatan saya, Aisyah dan Majie berkekalan hingga hujung nyawa. Insyallah...

0 comments: