Hari ini saya tidak kemana-mana. Seawal pagi saya bangun dan membuat sarapan untuk seisi rumah. Hari ini juga adik-adik saya semua berada dirumah kerana tidak bekerja. Jadi rumah saya hari ini cukup la semuanya. Kalau tidak, sorang ada sorang lagi kerja. Sarapan saya hari ini ialah mee goreng basah. Sedap tapi terpedas sedikit (suami tidak makan pedas). Tengahari pula saya mengajak adik saya Shela pulang ke rumah arwah ibu saya untuk melihat keadaan rumah yang agak lama juga saya tak jenguk. Bila dah balik ke rumah arwah, banyak la barang-barangnya yang saya punggah bawa balik. Antaranya loyang, pasu, tempat pembakar kek butterfly dan beberapa barang yang lain. Saya fikir nak buat kek petang ni. Tapi itupun bergantung kepada mood saya.
Sampai rumah saya, hari dah petang. Saya fikir daripada buat kek baik saya buat biskut. Oleh kerana barang yang ada dirumah saya memungkinkan saya membuat biskut milo, jadi menu saya biskut milo la petang ni. Beberapa hari sebelumnya saya membuat kastard jagung. Habis jiran-jiran dan kenalan saya agihkan kastard jagung yang saya buat. Hari ni adik saya mahu saya membuatnya lagi kerana mendapat permintaan daripada kawan-kawannya yang merasa kastard saya tempohari. Nampaknya selesai membuat biskut milo saya terpaksa keluar membeli bahan-bahan untuk membuat kastard jagung pula..
Inilah biskut milo atau lebih dikenali sebagai kek batik yang saya buat. Tapi resepinya ada pelbagai version. Ada yang menggunakan koko, coklat dan saya menggunakan milo. Rasanya lebih sedap di tekak saya.
Malam ini pula suami mengajak saya dan keluarga pergi ke Bagan Lalang. Apalagi aktiviti disana selain makan di tepi laut. Saya suka makan pepahat yang dimasak sambal.. uhhh... sedapnya. Petang esok rasanya saya nak membuat kek permaisuri. Bahan-bahan pun dah dibeli. Jadi tunggu saya update blog untuk tengok jadi atau tak kek permaisuri saya....
4 comments:
salam shelly...
nyum..nyum.. sdapnye.. lama xmkn.. :)
salam shelly... amboi... rajinnya buat kek...
hmm... bila baca aktiviti makan2 kat bagan lalang tu... jeles betui... tah bila dapat gi... isk isk...
Kek Batik tu, akak rajin buat jer tapi tak suka makannya sebab terlalu manis. Shelly bikin tentu sedap.
salam kak dhan..
shelly pun sebenarnya dah lama tak makan. tu yang teragak nak buat...
salam kak rose..
itulah aktiviti masa lapang sejak dua menjak ni. rasa2nya semenjak jadi suri rumah ni kot rajin..
makan kat bagan lalang tu memang sedap kak rose.. ditiup dengan angin sepoi2 bahasa membuatkan kita tak sedar dah makan 2 pinggan.. he..he...
kak zara, ye ke akak rajin buat. kalau tahu tentu shelly suruh akak buat. tentu sedap kalau kak zara punya kot... shelly pun sebab teragak nak makan. kalau tak memang malas nak buat...
Post a Comment