Pada 24 Februari 2009 yang lalu, saya menerima sms ringkas dari sahabat saya Mas yang berada di Melaka. Katanya emak Nani telah meninggal dunia kerana penyakit Leukimia (itu yang diberitahu kepada saya). Walaupun saya tidak berapa rapat dengan Nani namun saya merasai bagaimana pedihnya akibat kehilangan ibu. Apatah lagi saya juga baru kehilangan ibu tahun lalu. Rasa luluh hati saya apabila membaca sms ringkas dari Mas itu. Saya terbayangkan muka Nani yang suka berlawak itu. Malangnya atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan saya tidak sempat ke rumahnya untuk berziarah.
Buat Nani, saya doakan agar Tuhan sentiasa memberikan ketenangan dan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa seorang yang bernama Ibu. Kuatkan semangat dan ketahuilah bahawa Tuhan menguji mengikut tahap dan keupayaan diri kita. Semoga Nani tabah dan sentiasa redha pada ketentuan yang telah Tuhan tetapkan untuk kita. Pasti ada hikmah disebaliknya. Percayalah kalau tidak sekarang lambat laun pasti Tuhan akan tunjukkan kita apa disebalik ujian yang diberikan ini.
Salam takziah Nani....
0 comments:
Post a Comment