CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 30, 2009

Dua Majlis Berbeza di Hujung Minggu..

Hari Sabtu yang lepas saya menghadiri majlis cukur jambul dan berendoi anak kawan saya Aisyah. Tapi disebabkan saudara mara Aisyah yang ramai, jadi saya malu untuk snap gambar. Hanya ada 2 keping yang dapat saya sertakan disini. Itupun gambar di hujung-hujung majlis.


Ini anak sahabat saya Bakyah. Hakimi ni dah 7 bulan berat pulak 9 kg. Dah mula lasak nak pegang macam-macam. Bakyah pun seperti saya tidak dapat menghadiri majlis ini bersama suami kerana suami mempunyai komitmen yang lain.


Inilah Adam yang dicukur jambulnya. Adam lahir beberapa hari lewat dari Balqish. Tengoklah tangan Adam mengusik si Balqish. Si Balqish pula malu-malu diusik Adam. Waktu majlis ini saya memakaikan Balqish gaun yang dihadiahkan oleh Kak Norhayati Berahim.


Pada hari Ahad pula, rumah saya dikunjungi oleh wakil pihak lelaki yang ingin bertanyakan adik saya. Majlis ini diadakan cukup sederhana dan dihadiri oleh 4 wakil dari pihak lelaki dan saya menjemput abah saya sahaja. Balqish dalam dukungan abah saya. Balqish memang tidak suka jika abah saya menciumnya kerana terkena misai abah yang tajam. Tengoklah muka balqish yang seperti nak nangis je...


Wajah ceria adik saya yang disunting. Buah hatinya orang Sabah. Jenuhlah adik saya kena kumpul duit nak balik Sabah nanti.


Inilah wakil pihak lelaki yang datang. Masa berbincang saya menjamu karipap dan air teh o sahaja. Agak panjang juga perbincangan yang dijalankan. Maklumlah majlis yang nak dibuat tak lama lagi. Jadi perbincangan pun haruslah dibuat dengan teliti.


Selesai berbincang saya menyediakan makan tengahari untuk wakil pihak lelaki. Menu saya tengahari tu adalah ayam masak gulai lemak cili api campur kentang, udang sambal dan sayur goreng. Itupun dah membuatkan mereka bertambah nasi. Yang berbaju oren tu la bakal adik ipar saya.

Lega hati saya bila semuanya telah selesai. Akhirnya perbincangan diputuskan dengan majlis pertunangan yang akan diadakan pada 7 Jun 2009. Pihak lelaki akan menghantar separuh wang hantaran pada hari tersebut. Dulang hantaran pula wakil pihak lelaki akan menghantar 5 dulang dan akan dibalas 7 oleh pihak saya. Ikatan pertunangan ini akan terikat selama setahun. Mulai sekarang saya dah bolehlah memulakan persiapan untuk majlis pertunangan adik saya nanti. Maklumlah dulu ada arwah ibu yang akan menguruskan kini saya sebagai anak sulung yang terpaksa menggantikan tempat arwah ibu. Harap-harap semuanya berjalan lancar nanti..


4 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Salam..
Shelly, seyit ketawa tengok gambar si Balkish, dia cakap..Balkisah serupa dengan emaknya Shelly..ha.ha.

Unknown said...

salam Shelly..

kakak sulong ker? bulan jun tak lama jer lagi tu.. cantik nyer hiasan rumah shelly..!
geram tgk anak kawan shelly tu.. ebab, 7 bulan = 9 kg... huhuuuhh, aliya pun hanya 8 kg jer masa 7 bulan...

shelly Yusop said...

salam kak yatie...
like mother like son.. he..he.. sikit hari lagi tentu balqish pandai melaram mcm shelly.. kalah anak pak seyit oiii...

salam kakyong..
shelly memang anak sulung.. arwah mak baru meninggal dunia bulan 7 yang lalu. tanggungjawab dah tergalas di bahu shelly.
hakimi tu semangat budaknya. lagipun mak dan ayahnya pun besar..

zara aluwi said...

Assalamualaikum Shelly,

Tahniah Shelly kerana berjaya menyempurnakan Majlis berkenaan. Tahniah juga buat adik Shelly tu, sekarang awak dah ada yang punya...

Cute betul Qaisara Balqish... memang dah nak serupa dengan mamanya.. hu3x