Suami saya pula tak pandai nak makan kalau takde gulai lemak. Nak tak nak hari-hari saya terpaksa masakkan lauk gulai. Bila dah masak takkan kita tak makan pulak kan? Mesti nak makan sama. Tu yang badan bagai di pam-pam ni. Bukan tak nak masakkan lauk masak asam ke tapi bila masak asam tu suami makan pun macam tak berselera. Kesian pulak saya melihatnya. Tapi kalau gulai lemak ikan talapia campur mangga ke, mahu 3 pinggan ditambahnya. Tapi suami takpe sebab dia coach badminton. Jadi seminggu 3 kali di court. Saya ni rumah penuh dengan mesin senaman tapi naik berhabuk sebab tak digunakan. Sebut aje mesin apa., treadmill, mesin sit up dan macam-macam lagi la.
Bila tengok orang kurus, awak pun nak kurus. Lebih-lebih lagi sekarang di pasaran penuh dengan ubat pelangsing badan. Pusat-pusat melangsingkan badan pun tumbuh bagai cendawan. Saya pun pernah mendaftarkan diri di salah sebuah pusat perlangsingan badan. Harga jangan ditanya. Cecah beribu jugak la. Tapi sekerat jalan aje. Bukan apa bila tengok menu yang dibagi tu, saya rasa kalau saya tak mendaftar pun saya boleh kurus. Mana tak nya, hari-hari rebus sayur. Yang kelakarnya sayur tu tak boleh makan. Kena hirup kuah sup tu je. Sayur tu buang. Sehari dua boleh la tahan. Masuk hari ke tiga saya dah pitam. Lagi saya bekerja di luar. Tak larat rasanya nak buat kerja. Last-last saya berhenti macam tu je. Kalau difikir-fikir balik, kalau duit tu dibuat makan boleh tahan berbulan-bulan. Tapi ye la, ada orang boleh tahan ada yang tidak. Kalau tak takkan ziana zian tu boleh melentik begitu bodynya...
Sebenarnya apa-apa yang kita buat pun kena ada azam dalam diri. Kalau hendak seribu daya, kalau tak nak tu macam-macam alasan. Macam saya selalu angat-angat tahi ayam kalau buat sesuatu. Tapi rasanya saya nak start diet semula. Nak cuba apa yang kakak kak nik sarankan. Tengokla berapa lama saya boleh tahan. Kalau tak dapat balik berat sebelum kahwin pun dapat pakai baju lama pun dah ok dah. Yang penting sekali tepuk dada tanya selera. Kalau selera kata nak makan tu, jangan ditahan kena makan. Kalau tak kempunan..he..he..
3 comments:
salam shelly...
fitrah manusia.. yg gemuk nak kurus.. cam saya yg kurus nak gemuk.. tp bile pk2 balik xkesahlah janji sihat..
salam shelly,
wah3 akak ada geng nih..geng diet! Kita sama2 diet ek? Tapi cuba amalkan petua yang Jamilah(blog dia yang akak tulis milah ain tu). Minum air panas belom tido. Akak dah kenal lama dgn dia.. orangnya mmg slim. Cam anak dara walau anak dah 4 orang. Dia sgt2 jarang minum air sejuk. Sumer panas.
Shelly,
Boleh geng dengan akak. Akak tak ada kawan sesaiz ni... jangan diet-diet nanti kurus... akak tak ada geng...
Post a Comment