CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

Khayalan vs Kenyataan..

Malam tadi sambil saya menidurkan Balqish, saya memasang cerita korea. Cerita Stairway to Heaven yang dibintangi oleh pelakon cantik manis Choi Ji Woo dan heronya Kwon Sang Woo. Walaupun tidak dapat mendengar dengan jelas (kerana volume tv di slowkan), saya yang sudah hampir 10 kali menonton cerita tersebut sudah dapat mengagak dialog apa yang akan keluar dari kedua-dua watak ini. Saya memang meminati heroin cerita ini walaupun tidaklah terlalu fanatik sangat.

Memetik kata-kata dari sahabat maya saya iaitu kak nik, hidup itu nikmat dan mati itu hakikat. Begitulah jalan cerita yang ingin ditonjolkan dalam cerita ini. Walau bagaimana kita berusaha untuk hidup kalau tuhan telah tuliskan tidak terlewat walau sedetik pun ajal yang akan datang menjemput kita. Saya mengambil pengajaran untuk diri saya sendiri melalui cerita ini. Kehidupan bagaimana sukar pun saya tetap tempuhi dengan sabar. Walau kadangkala jatuh tersungkur semasa mengejar cita dan cinta, saya gagahkan diri untuk bangun semula. Kerana saya tahu, tanpa rintangan apalah ertinya kejayaan. Kini saya selalu mengingatkan diri saya bahawa saya perlu kuat untuk memimpin adik-adik saya maju kehadapan. Apatah lagi setelah ketiadaan ibu, segala-galanya terletak di bahu saya. Mujur suami amat memahami. Menjadikan segala yang sukar menjadi lebih mudah.

Kehidupan tidak lah semudah seperti cerita yang ditayangkan di kaca tv. Perjalanannya jauh lebih sukar daripada menonton tv. Namun kita boleh mengambil setiap pengajaran yang ada sebagai jati diri kita yang ampuh. Percayalah hanya itu sahaja yang boleh menyelamatkan diri kita dari lemas dalam dunia yang kita ciptakan sendiri..


4 comments:

ain said...

minat drama korea ye. akak minat gak tp x pernah dpt tengok pun. mcm sibuk je. Satu2nya citer korea yg akak tengok sampai abis winter sonata. tu pun bertahun dulu.

idasm said...

sekarang akak dh tau...
shelly minat drama korea, suka warna merah dan shelly anak sulung.
tahniah buat adik shelly yg bakal bertunang...
perasaan malu nak tangkap gambar bila ramai org.. akak pernah rasa tu..

shelly Yusop said...

kak ain.. takdelah fanatik sangat dengan drama korea ni cuma kalau terjumpa yang boleh menyentuh hati tu memang la shelly akan selalu tengok. winter sonata tu pun selalu shelly ulang2 tgk. kalau dulu banyak juga masa nak duduk berjam2 depan tv tapi sejak ada balqish ni masa terbatas sedikit.

kak ida... terima kasih la wish my sister. tu pun shelly tengah pening kepala nak uruskan hal tu. byk lagi yang kak ida tak tahu pasal shelly la.. biarlah rahsia...

idasm said...

shelly... mestilah byk lagi yg kak ida belum tahu.. baru aje kenalkan.. lama2 nanti barulah lebih byk tahu.. hehe...