CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 27, 2009

Kunjungan Kerumah Kak Norhayati Berahim..

Semalam saya bercadang untuk berkunjung ke rumah Kak Norhayati Berahim. Setelah berminggu-minggu merancang akhirnya pada 26 Mac 2009, saya berpeluang menghabiskan masa di rumah Kak Yati. Saya bertolak dari Seremban bersama dengan Balqish dan adik saya Shela. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.

Entah apalah yang mencuit hati adik saya tu. Kedatangan kami disambut oleh Qaisara kerana Kak Yati solat di tingkat atas. Tengoklah sampai Balqish pun berpaling memandang Qaisara bercakap.

Sebenarnya kedatangan saya ke rumah kak Yati ada dua sebab. Sebab yang pertama ialah saya memang dah lama tak jumpa kak yati dan ingin membawa Balqish bersama Qaisara. Sebab yang kedua ialah saya membawa hadiah sempena hari lahir kak yati yang ke 43 tahun.

Inilah tea set yang saya hadiahkan kepada kak yati. Saya memilih warna hijau kerana kak yati menggemarinya. Bersama hadiah ini saya titipkan kad ucapan selamat untuk kak yati dan ucapan terima kasih kerana banyak membantu saya selama ini. Hanya Tuhan dapat membalasnya.

Kek birthday ini saya beli di area pejabat NB Kara. Tapi Qaisara tak sempat-sempat suruh saya memotongnya. Bila saya dan kak yati sibuk dengan camera, Qaisara mengambil pisau dan memotong sendiri kek ini. Seronok saya melihat telatah Qaisara yang petah bercakap bertanya itu dan ini.

Ini pula bubur sum-sum. Mulanya bila kak yati menyebutnya saya dan adik saya memang tak pernah mendengar nama bubur ini. Tapi bila saya rasa bubur ini, barulah saya perasan yang saya pernah makan bubur ini tapi mungkin sudah terlalu lama. Jadi saya langsung tak ingat.

Ini pula hidangan tengahari yang kak yati sediakan. Nasi impit, rendang ayam kampung, bubur sum-sum dan kuah lodeh. Makin rancak kak yati bercerita makin laju saya makan. Walaupun dalam proses diet tapi bila mengenangkan rendang ayam kampung yang jarang saya makan akhirnya diet saya lebur di rumah kak yati. Sudahnya saya pun tak ingat berapa kali saya tambah rendang dan kuah lodeh tu.

Si Qaisara ni memang bijak budaknya. Asyik berceloteh dan bertanya itu dan ini. Tak sabar nak tunggu Balqish pulak jadi macam Qaisara. Tentu letih melayan. Nasiblah ada bibik yang pandai menguruskan Qaisara. Mesra sungguh Qaisara dengan bibiknya.

Gaun ini dihadiahkan oleh kak yati kepada Balqish. Dah lama kak yati beli baju ni sampai disimpannya dalam stor. Tapi saya dan kak yati tidak berkesempatan bertemu. Nasib baik masih lagi muat untuk Balqish. Kalau tak kena tunggu baby yang akan datang pulak... Ada ke baby akan datang??

Buku ini pun kak yati bagi kerana reject di bahagian bawah buku. Kira ok lah. Tak payah saya beli nanti. Dah alang-alang bagi siap saya minta autograf sekali.. he..he..

Gambar ni semasa saya sudah bersiap hendak balik. Qaisara memang tak sabar-sabar nak tunggu petang nak main di taman permainan depan rumahnya. Semasa saya membawa hadiah untuk kak yati, Qaisara bertanya kepada saya. "teta punya mana"?. Nasib baik saya membawa hadiah untuk Qaisara sekali. Saya hadiahkan rantai kepadanya. Dan Qaisara tak tunggu lama, terus aja minta saya memakaikan rantai tersebut.

Inilah gambar terakhir saya sebelum saya pulang jam 6.30 petang. Perut dah kenyang muka saya pun ceria je. Sebelum balik tu kak yati sediakan tea yang diperah lemon. Aduh.. sedapnya.. terus segar mata yang mengantuk.

Buat Kak Yati, terima kasih kerana melayan saya dan keluarga dengan baik sekali. Siap bagi resepi bubur sum-sum lagi. Dah la makan, ada pulak bekalan yang di bawa pulang.

KAK YATI, SELAMAT HARI JADI YANG KE 43 TAHUN. SEMOGA TUHAN MEMBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK TERUS BERKARYA DAN MENGHASILKAN KARYA-KARYA YANG BERMUTU. JUGA UMUR YANG PANJANG DAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH. AND LAST DIKEKALKANLAH JODOHNYA SEHINGGA KE HUJUNG NYAWA. AMIN...

4 comments:

Unknown said...

Salam ziarah & salam kenal,

kakyong dari blog kak yati tadi.. bestnya bubur sum-sum.. ibu mertua kakyong selalu buat tiap kali ade kenduri...

jemput la ke blog catatan ibu

idasm said...

salam ziarah... saya pun dr blog akak NB tadi.. singgah selepas baca entry kat blog akak NB.
seronok juga baca blog shelly ni..
getaran perasaan seorang wanita bergelar ibu... alangkah bahagianya yea.. ida belum berpeluang lagi...
tahniah... qaisara balkish juga secomel qaisara kak yati... insyaallah keletahnya bakal menceriakan shelly....

shelly Yusop said...

salam ziarah & salam perkenalan dari saya, kakyong...

pertama kali tengok bubur sum-sum tu saya memang rasa tak pernah tengok. bila dah rasa baru tahu saya pernah makan satu ketika dulu..

terima kasih sebab sudi datang ke blog saya ye..

shelly Yusop said...

salam perkenalan dari saya ida.. terima kasih kerana sudi berziarah ke blog saya ni... sabar la ida.. mungkin belum masa ida lagi.. nanti bila dah sampai masa untuk ida bergelar ibu tak larat pulak ida..
terima kasih.. kehadiran qaisara balkish memang menceriakan kehidupan saya setelah hampir 5 tahun sepi tanpa cahayamata.