CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 10, 2009

Lepak kat Alamanda, Putrajaya

Saya berkesempatan berkunjung ke Alamanda Putrajaya bersama dengan adik saya Shela dan boyfriendnya. Memandangkan Amin yang datang dari Pahang tidak pernah menjejakkan kaki ke Alamanda, saya membawa mereka window shopping disana. Saya suka ke sana sebab selain orang yang tidak berpusu-pusu, saya dapat shopping tanpa perlu berebut-rebut nak ke kaunter bayaran. Selepas saya mendapat Balqish, setiap kali shopping saya jarang membeli barangan untuk diri sendiri. Biasanya saya akan masuk ke kedai pakaian baby seperti mothercare dan sebagainya. Sempat jugalah saya membeli beberapa baju gaun dan skirt jeans untuk balqish.

Sebenarnya saya memang tak sabar-sabar nak tunggu Balqish berjalan. Sebagai permulaan saya membeli kasut ini yang bersaiz 0 ini untuk Balqish. Kalau dipakai bersama stokin kasut ini muat untuk Balqish tapi kalau tak alamatnya tercabut manjanglah kasut ini dari kaki Balqish yang tak berapa besar itu.
Harga kasut ini RM 57.90


Amin mendukung Balqish di bilik 'changing room' semasa nak menukar lampin Balqish. Sempat berposing pulak tu. Yang penting semasa gambar ni diambil tak perlu guna 'flash' sebab dah ada sinaran cahaya dari kepala Balqish dan Amin..He..he..

Ni pulak gambar Balqish dengan makngahnya di restoran Kenny Rooger Roaster.


Ni pulak hidangan saya untuk tengahari tu. Makan 3 orang di sini saya terpaksa habiskan RM82.3o. Yang geramnya saya apabila saya mendapat pasta yang keras seperti tidak direbus. Tercekik saya dan kakngah makan. Makan 2 suap dah tak larat nak makan sebab keras.

4 comments:

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam Shelly.
Mmg tak sabar tunggu anak berjalan.. tapi esk dia baru pandai melangkah..mak dia dah start berlari.. Kasut budak mmg cute, akak dulu siap beli yang ada kepala lembu, arnab dan mcm untuk anak.. hehe, saja seronok..

shelly Yusop said...

salam kak nik,
Ramai yang kata begitu kat shelly. Diorang kata sikit hari kurus la sebab terpaksa kejar anak. Kasut kepala lembu tak pernah pulak jumpa kak yang ada kepala butterfly ke, flower ke... kepala lembu... ganasnya akak ni...

dhan said...

salam k.shelly....(kakak ker?) :)
memang xsabar tunggu ank jalan.. dhan tunggu ank dhan nipun xsabo...
tang kasut jgn ckp.. dah 10pasang hancur... kasut budak bknnye murah2.. bukannye ape.. han dok kat kdai nih di dok dlm walker... dok menyodok lantai.. lelama hauslah tpk tuh...

ZARA said...

Salam Shelly,
Gamaknya si Qaisara Balqish ni macam si Qaisara Yatie jugak ya... pandai posing ghitewww....
Amboi cutenye bila Qaisara dah pandai jalan... ah... budak-budak mana ada reti berjalan... mereka terus berlari... mama dia ler terpaksa lari lebih pantas... kurus ler awak Shelly...