Baru-baru ini saya berkesempatan menemui sepupu saya. Kami agak rapat semasa kecil sehingga kami meniti usia remaja. Mungkin kerana saya dan sepupu saya ini sebaya. Jadi sekepala. Sepupu saya ini namanya Siti Rodiah Binti Ismail tapi nama panggilan atau nama manjanya Shasha. Glamour gitu! Antara kami Shasha yang berumahtangga dulu. Namun perkahwinan Shasha yang pertama musnah begitu saja selepas Shasha melahirkan anak yang pertama. Kini anak pertama Shasha dari perkahwinan yang pertama sudah berusia 9 tahun. Sekarang Shasha sudah berkahwin untuk kali yang ke 2. Perkahwinan yang kedua ini juga telah melahirkan seorang puteri yang kini telah berusia 3 tahun. Semasa perjumpaan kami baru-baru ini Shasha tidak tahu yang dia sedang mengandung lagi. Saya pun hanya mendapat tahu setelah Shasha pulang ke Kelantan.
Buat Shasha, tahniah kerana dapat mengandung lagi. Tak sia-sialah usaha berubat sana sini untuk menambah bilangan ahli keluarga. Walaupun kesibukan dan tanggungjawab sering membuatkan kita jarang untuk bersua saya sentiasa mendoakan kebahagian yang berkekalan untuk perkahwinan kali kedua ini. Buat Aina dan Aleya, maklong sayang kamu!!!!
0 comments:
Post a Comment