CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 8, 2009

Masalah Lagi..

Jam di laptop saya ni dah menunjukkan pukul 2.09 minit pagi. Namun mata saya masih belum mengantuk. Entah apa yang saya fikirkan sampai mata saya tidak mahu lelap. Ingatan saya mula merewang berfikir apa yang terjadi akhir-akhir ini dalam kehidupan saya. Terfikir saya tentang masalah saya dengan orang-orang di sekeliling saya. Saya rasa saya bukan seorang yang pemarah untuk membuatkan orang marah pada saya. Malahan saya seorang yang sangat-sangat pemendam orangnya. Saya boleh memendam sesuatu perkara sehingga tiada seorang pun perasan tentang perasaan saya ketika itu. Saya teringat pada pesanan kawan saya, saya perlu meluahkan apa yang saya rasa sekali sekala supaya orang itu tahu yang saya juga ada perasaan.
Baru-baru ini saya menghadapi masalah dengan ahli keluarga saya sendiri sehingga ke tahap menekan kehidupan saya. Saya telah cuba menyelesaikan perkara itu namun semakin saya cuba semakin saya tidak tahan dengan tekanan perasaan yang saya alami sendiri. Mujurlah ada seseorang yang telah menunjukkan jalan pada saya. Kadangkala walaupun jalan itu terbentang di depan mata, kita masih memerlukan seseorang untuk memimpin kita menyeberang jalan itu. Alhamdulillah, berkat kesabaran saya dan pertolongan sahabat saya itu, masaalah itu hampir selesai. Walaupun belum selesai sepenuhnya namun saya sudah cukup berasa gembira kerana perkara itu tidak dapat lagi mengganggu kehidupan seharian saya. Jutaan terima kasih buat sahabat saya kak Nik Fauziah kerana memimpin saya dan menunjukkan jalan tersebut. Walaupun kita tidak pernah bersua, saya percaya selagi persahabatan itu dinaungi dengan ikhlas, insyaallah persahabatan itu akan kekal selamanya.

2 comments:

sirNik said...

salam..ziarah..

saya membaca dan mengamati apa yg anda tulis..memang dalam hidup kita di dunia ini, pasti allah menguji kesabaran kita..moga anda sabar, tabah mengharungi liku2 hidup ini..

Anonymous said...

Salam Shelly...
Persahabatan bukan diukur dengan kerapnya bertemu..tapi ingatan, kasih sayang, keikhlasan dan mencari redha-Nya yang menjadi pengikatnya.
Semoga Shelly sentiasa di bwh lindungan-Nya.