CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

Khayalan vs Kenyataan..

Malam tadi sambil saya menidurkan Balqish, saya memasang cerita korea. Cerita Stairway to Heaven yang dibintangi oleh pelakon cantik manis Choi Ji Woo dan heronya Kwon Sang Woo. Walaupun tidak dapat mendengar dengan jelas (kerana volume tv di slowkan), saya yang sudah hampir 10 kali menonton cerita tersebut sudah dapat mengagak dialog apa yang akan keluar dari kedua-dua watak ini. Saya memang meminati heroin cerita ini walaupun tidaklah terlalu fanatik sangat.

Memetik kata-kata dari sahabat maya saya iaitu kak nik, hidup itu nikmat dan mati itu hakikat. Begitulah jalan cerita yang ingin ditonjolkan dalam cerita ini. Walau bagaimana kita berusaha untuk hidup kalau tuhan telah tuliskan tidak terlewat walau sedetik pun ajal yang akan datang menjemput kita. Saya mengambil pengajaran untuk diri saya sendiri melalui cerita ini. Kehidupan bagaimana sukar pun saya tetap tempuhi dengan sabar. Walau kadangkala jatuh tersungkur semasa mengejar cita dan cinta, saya gagahkan diri untuk bangun semula. Kerana saya tahu, tanpa rintangan apalah ertinya kejayaan. Kini saya selalu mengingatkan diri saya bahawa saya perlu kuat untuk memimpin adik-adik saya maju kehadapan. Apatah lagi setelah ketiadaan ibu, segala-galanya terletak di bahu saya. Mujur suami amat memahami. Menjadikan segala yang sukar menjadi lebih mudah.

Kehidupan tidak lah semudah seperti cerita yang ditayangkan di kaca tv. Perjalanannya jauh lebih sukar daripada menonton tv. Namun kita boleh mengambil setiap pengajaran yang ada sebagai jati diri kita yang ampuh. Percayalah hanya itu sahaja yang boleh menyelamatkan diri kita dari lemas dalam dunia yang kita ciptakan sendiri..


Monday, March 30, 2009

Dua Majlis Berbeza di Hujung Minggu..

Hari Sabtu yang lepas saya menghadiri majlis cukur jambul dan berendoi anak kawan saya Aisyah. Tapi disebabkan saudara mara Aisyah yang ramai, jadi saya malu untuk snap gambar. Hanya ada 2 keping yang dapat saya sertakan disini. Itupun gambar di hujung-hujung majlis.


Ini anak sahabat saya Bakyah. Hakimi ni dah 7 bulan berat pulak 9 kg. Dah mula lasak nak pegang macam-macam. Bakyah pun seperti saya tidak dapat menghadiri majlis ini bersama suami kerana suami mempunyai komitmen yang lain.


Inilah Adam yang dicukur jambulnya. Adam lahir beberapa hari lewat dari Balqish. Tengoklah tangan Adam mengusik si Balqish. Si Balqish pula malu-malu diusik Adam. Waktu majlis ini saya memakaikan Balqish gaun yang dihadiahkan oleh Kak Norhayati Berahim.


Pada hari Ahad pula, rumah saya dikunjungi oleh wakil pihak lelaki yang ingin bertanyakan adik saya. Majlis ini diadakan cukup sederhana dan dihadiri oleh 4 wakil dari pihak lelaki dan saya menjemput abah saya sahaja. Balqish dalam dukungan abah saya. Balqish memang tidak suka jika abah saya menciumnya kerana terkena misai abah yang tajam. Tengoklah muka balqish yang seperti nak nangis je...


Wajah ceria adik saya yang disunting. Buah hatinya orang Sabah. Jenuhlah adik saya kena kumpul duit nak balik Sabah nanti.


Inilah wakil pihak lelaki yang datang. Masa berbincang saya menjamu karipap dan air teh o sahaja. Agak panjang juga perbincangan yang dijalankan. Maklumlah majlis yang nak dibuat tak lama lagi. Jadi perbincangan pun haruslah dibuat dengan teliti.


Selesai berbincang saya menyediakan makan tengahari untuk wakil pihak lelaki. Menu saya tengahari tu adalah ayam masak gulai lemak cili api campur kentang, udang sambal dan sayur goreng. Itupun dah membuatkan mereka bertambah nasi. Yang berbaju oren tu la bakal adik ipar saya.

Lega hati saya bila semuanya telah selesai. Akhirnya perbincangan diputuskan dengan majlis pertunangan yang akan diadakan pada 7 Jun 2009. Pihak lelaki akan menghantar separuh wang hantaran pada hari tersebut. Dulang hantaran pula wakil pihak lelaki akan menghantar 5 dulang dan akan dibalas 7 oleh pihak saya. Ikatan pertunangan ini akan terikat selama setahun. Mulai sekarang saya dah bolehlah memulakan persiapan untuk majlis pertunangan adik saya nanti. Maklumlah dulu ada arwah ibu yang akan menguruskan kini saya sebagai anak sulung yang terpaksa menggantikan tempat arwah ibu. Harap-harap semuanya berjalan lancar nanti..


Saturday, March 28, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Ramai kawan-kawan saya yang menelefon saya bertanya kalau-kalau saya tahu bila Pesta buku antarabangsa kuala lumpur akan diadakan. Jadi untuk memudahkan kawan-kawan yang agak confuse tarikh sebenar disini saya war-warkan untuk semua.

  • PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009
  • BERTEMPAT DI : PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC)
  • TARIKH : 17 HINGGA 26 APRIL 2009
**Info Tambahan : Booth Nb Kara Sdn.Bhd. berada di 3099 & 3122 di aras tiga (3)


Friday, March 27, 2009

Kunjungan Kerumah Kak Norhayati Berahim..

Semalam saya bercadang untuk berkunjung ke rumah Kak Norhayati Berahim. Setelah berminggu-minggu merancang akhirnya pada 26 Mac 2009, saya berpeluang menghabiskan masa di rumah Kak Yati. Saya bertolak dari Seremban bersama dengan Balqish dan adik saya Shela. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.

Entah apalah yang mencuit hati adik saya tu. Kedatangan kami disambut oleh Qaisara kerana Kak Yati solat di tingkat atas. Tengoklah sampai Balqish pun berpaling memandang Qaisara bercakap.

Sebenarnya kedatangan saya ke rumah kak Yati ada dua sebab. Sebab yang pertama ialah saya memang dah lama tak jumpa kak yati dan ingin membawa Balqish bersama Qaisara. Sebab yang kedua ialah saya membawa hadiah sempena hari lahir kak yati yang ke 43 tahun.

Inilah tea set yang saya hadiahkan kepada kak yati. Saya memilih warna hijau kerana kak yati menggemarinya. Bersama hadiah ini saya titipkan kad ucapan selamat untuk kak yati dan ucapan terima kasih kerana banyak membantu saya selama ini. Hanya Tuhan dapat membalasnya.

Kek birthday ini saya beli di area pejabat NB Kara. Tapi Qaisara tak sempat-sempat suruh saya memotongnya. Bila saya dan kak yati sibuk dengan camera, Qaisara mengambil pisau dan memotong sendiri kek ini. Seronok saya melihat telatah Qaisara yang petah bercakap bertanya itu dan ini.

Ini pula bubur sum-sum. Mulanya bila kak yati menyebutnya saya dan adik saya memang tak pernah mendengar nama bubur ini. Tapi bila saya rasa bubur ini, barulah saya perasan yang saya pernah makan bubur ini tapi mungkin sudah terlalu lama. Jadi saya langsung tak ingat.

Ini pula hidangan tengahari yang kak yati sediakan. Nasi impit, rendang ayam kampung, bubur sum-sum dan kuah lodeh. Makin rancak kak yati bercerita makin laju saya makan. Walaupun dalam proses diet tapi bila mengenangkan rendang ayam kampung yang jarang saya makan akhirnya diet saya lebur di rumah kak yati. Sudahnya saya pun tak ingat berapa kali saya tambah rendang dan kuah lodeh tu.

Si Qaisara ni memang bijak budaknya. Asyik berceloteh dan bertanya itu dan ini. Tak sabar nak tunggu Balqish pulak jadi macam Qaisara. Tentu letih melayan. Nasiblah ada bibik yang pandai menguruskan Qaisara. Mesra sungguh Qaisara dengan bibiknya.

Gaun ini dihadiahkan oleh kak yati kepada Balqish. Dah lama kak yati beli baju ni sampai disimpannya dalam stor. Tapi saya dan kak yati tidak berkesempatan bertemu. Nasib baik masih lagi muat untuk Balqish. Kalau tak kena tunggu baby yang akan datang pulak... Ada ke baby akan datang??

Buku ini pun kak yati bagi kerana reject di bahagian bawah buku. Kira ok lah. Tak payah saya beli nanti. Dah alang-alang bagi siap saya minta autograf sekali.. he..he..

Gambar ni semasa saya sudah bersiap hendak balik. Qaisara memang tak sabar-sabar nak tunggu petang nak main di taman permainan depan rumahnya. Semasa saya membawa hadiah untuk kak yati, Qaisara bertanya kepada saya. "teta punya mana"?. Nasib baik saya membawa hadiah untuk Qaisara sekali. Saya hadiahkan rantai kepadanya. Dan Qaisara tak tunggu lama, terus aja minta saya memakaikan rantai tersebut.

Inilah gambar terakhir saya sebelum saya pulang jam 6.30 petang. Perut dah kenyang muka saya pun ceria je. Sebelum balik tu kak yati sediakan tea yang diperah lemon. Aduh.. sedapnya.. terus segar mata yang mengantuk.

Buat Kak Yati, terima kasih kerana melayan saya dan keluarga dengan baik sekali. Siap bagi resepi bubur sum-sum lagi. Dah la makan, ada pulak bekalan yang di bawa pulang.

KAK YATI, SELAMAT HARI JADI YANG KE 43 TAHUN. SEMOGA TUHAN MEMBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK TERUS BERKARYA DAN MENGHASILKAN KARYA-KARYA YANG BERMUTU. JUGA UMUR YANG PANJANG DAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH. AND LAST DIKEKALKANLAH JODOHNYA SEHINGGA KE HUJUNG NYAWA. AMIN...

Wednesday, March 25, 2009

Choi Ji Woo - Korean Actress

Sebenarnya saya tidaklah sampai tergila-gilakan sangat actress korea ni tapi saya suka menonton drama-drama yang dilakonkannya.

Saya suka melihat mukanya walaupun tanpa solekan. Pelakon-pelakon dari korea kadangkala saya lihat amat jarang mengenakan mekap yang agak tebal berbanding pelakon kita di malaysia.

Inilah serba sedikit mengenai Choi Ji Woo yang saya ambil dari internet :-

Choi Ji Woo (born June 11, 1975 in Paju, South Korea) is a South Korean actress and model.
Choi Ji-Woo was first discovered when she won a talent audition organized by MBC in 1994.

The younger of two children (she has an elder brother) born to Choi Woon-Yong and Yun Gil-Ja, the actress made her debut in the 1995 drama Love and War, changing her given name Choi Mi-hyang to her stage name, Choi Ji- Woo. Choi also appeared in the one of the highest rated dramas in Korean history (65.8% viewership) First Love. That was the first time she was paired with Bae Yong-Jun.

The pair later continued their chemistry in 2002 when Choi co-starred with Bae Yong Joon in the popular Korean drama series Winter Sonata produced by KBS and directed by Yoon Seon-Ho. Winter Sonata was the 2nd installment of Yoon's seasonal dramas (preceeded by "Autumn Tales" and succeeded by "Summer Scent" and "Spring Waltz"). This drama was credited as one of the initiators of the Korean Wave in Japan.

Prior to that in 2001, Choi Ji-Woo gained popularity with her role of a orphaned girl who deals with leukemia in Beautiful Days. He co-stars included Lee Byung-Hun, Ryu Si-Won and Lee Jung-Hun.

She continued her ratings winning streak with another drama in 2003 called Stairway to Heaven with Kwon Sang-woo. The main location of this drama was set in the amusement park, Lotte World.Choi has gained a wide Japanese following since Winter Sonata. Her Japanese fans sometimes refer to her as "Princess Ji Woo" (ジウ姫).

Cho Ji-Woo graduated from Pusan Sooyoung Elimentary, Sooyoung Girl's Jr. High, Dukmoon Girl's High School and majored in aerobics at Pusan Woman's Professional College's Dance Department. In 2001, she enrolled in Hanyang University's Department of Theater/Film Studies. She completed her first year but had to withdraw from college studies subsequently due to her hectic work commitments.

Currently, Choi Ji-Woo is filming the MBC weekend drama "Air City", her comeback drama in more than 3 years. In the series, Choi plays Han Do-Kyung, Chief Operating Officer of an airline company. The role requires her to be multi-lingual. The main location of this drama takes place at Incheon International Airport in South Korea. Her co-stars include Lee Jung-Jae and Lee Jin-Wook. The trio have just completed their photo shoot for the poster in February. The 20-episode drama will debut on MBC on May 12 and conclude on July 15.

Filmography

Television

* 2007: Air City (MBC)
* 2006: RONDO (TBS)
* 2003: Stairway to Heaven (SBS)
* 2003: 101 Proposal
* 2002: Winter Sonata (KBS)
* 2001: Beautiful Days (SBS)
* 2000: Mr Duke (MBC)
* 2000: Truth/Jin Shil (MBC)
* 1999: Message-Love Stories 2000 (SBS)
* 1999: Love In Three Colors/Heart/Humaneness/In Search of Love
* 1998: Love/Sarang (MBC)* 1997: Happiness is in our heart (SBS)
* 1996: First Love (KBS)
* 1995: War and Love

Film
* 2006: Now and Forever
* 2005: Shadowless Sword (cameo role)
* 2004: Everybody Has Secrets
* 2002: The Romantic President
* 1999: Nowhere to Hide
* 1998: First Kiss/Shall We Kiss
* 1997: Olgami/The Hole/Trap (Olgami at the Internet Movie Database)
* 1996: The Adventures of Mrs Park

Awards
* 2006: Timeless Beauty Acting Award (Seoul)
* 2005: Korean Movies Association - Special Award
* 2005: 41st BaekSang Arts Awards - Special Award (cont. to Hallyu wave)
* 2004: 40th BaekSang Arts Awards - Most Popular Actress in TV Part
* 2003: Golden Film Awards - Most Popular Actress Award
* 2003: SBS Acting Award - Best Actress Award for Special Production Drama Stairway to Heaven
* 2003: SBS Acting Awards - Top 10 Popularity Award
* 2002: KBS Acting Awards- Popularity Award
* 2002: KBS Acting Awards- Best Actress Award - Winter Sonata
* 2002: Best Dresser Awards- TV Talent Category
* 2002: 38th BaekSang Arts Awards- Popularity Award
* 2001: SBS Acting Awards- Best Actress Award for Special Production Drama Beautiful Days
* 2001: SBS Acting Awards- Top 10 Popularity Award
* 2000: MBC Acting Awards- Great Female Performer Award Mr Duke
* 1999: Video Music Awards- Golden Video Actress Award For Your Soul
* 1998: 34th BaekSang Arts Awards- Newcomer Actress Award The Hole
* 1998: 21st Grand Bell Film Awards- Newcomer Actress Award The Hole
* 1995: Korean Isabelle Ajani Award


Sambutan Birthday Majie

Semalam saya dan Aisyah sudah berjanji untuk membuat sambutan majlis hari jadi majie di A&W di Seremban. Pada Majie saya katakan hanya makan-makan sahaja. Mulanya Majie tidak mengetahui yang saya membawa Aisyah bersama. Kalau tidak ada sambutan apa-apa pun, kami akan berjumpa sebulan sekali sambil makan dan berborak-borak tentang aktiviti yang dilakukan selama sebulan itu. Oleh kerana harijadi Majie baru berlalu beberapa hari lepas, jadi saya membelikan Majie kek blueberry kegemarannya. Agak terkejut juga Majie pada mulanya.

Inilah muka orang yang terkejut. Majie sangka saya dan Aisyah mahu belanja makan sahaja. Tak sangka pula ada kek sekali. Nasib baik dalam A&W ketika itu tak ramai orang.

Gembira hati Majie bila kami menyanyikan lagu selamat hari jadi padanya. Sebenarnya saya tahu Majie sedang menyembunyikan beban perasaannya yang menghimpit hidupnya akhir-akhir ini. Yang disebelahnya itu adalah Alisa anak buah Majie.

Sampai lelap mata Majie menikmati Mozza burger. Hari ni saya dan Aisyah yang belanja Majie makan.


Ini hadiah daripada Aisyah untuk Majie. Sehelai kameja jenama VIOR. Yang kelakar masa balut hadiah tu Aisyah terlupa nak membuka tanda harga. Apalagi kelam kabut la Aisyah membuka tag harga bila Majie membuka kotak baju tersebut.

Ini pulak hadiah dari saya. Sebenarnya saya pun tak tahu nak hadiah apa kat Majie. Tahun lepas saya bagi buku-buku agama. Tahun ni saya rasa nak bagi hadiah beg duit kat Majie. Rasanya beg duit Majie yang lama pun dah koyak kot. Inilah gantinya. Saya beli jenama Anna Sui.

Inilah dia ibu muda yang sibuk pangku anak. Sementara Majie membuka hadiah saya dan Aisyah sibuk menidurkan anak masing-masing. Si Balqish pulak asyik mengagah Adam saja. Wah saya dan Aisyah boleh berbesan la nampaknya..!

Inilah Aisyah sedang memangku anaknya Adam. Aisyah ni seorang Jururawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Kerja pulak di wad kanak-kanak. Saya pula kalau perlukan bantuan apa-apa banyak rujuk pada Aisyah. Maklumlah saya ni baru jadi ibu. Serba serbi tak tahu.

Si Balqish ni matanya dekat kek blueberry tu aje. Buntang-buntang biji mata memandang makanan. Balqish ni tua beberapa minggu je dari Adam anak Aisyah. Tengok la matanya tu...

Ini gambar semasa di rumah Majie. Sempat kami berposing sebelum balik. Balqish memang pandai bergambar. Kalau nampak flash camera pasti dia akan duduk diam. Tengoklah tu...

Kepada Aisyah yang selalu baca blog ini, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi sama-sama saya menjayakan sambutan birthday Majie ni walaupun sederhana sahaja. Saya mengharapkan persahabatan saya, Aisyah dan Majie berkekalan hingga hujung nyawa. Insyallah...

Tuesday, March 24, 2009

Nak dengan tak nak je...

Saya baru lepas melayari blog kak nik, sahabat maya saya. Kelakar pun ada nak gelak pun ada. Apa tak nya n3 terbaru kak nik tentang cerita kita-kita ni la orang perempuan. Apa lagi kalau bukan pasal berat badan. Rasanya baru saya berborak dengan kak nik dalam telefon pasal topik ni. Alih-alih dah ada dalam blognya pula. Saya ni pun bukan la tergolong dalam kategori ramping ala-ala model tu. Lebih-lebih lagi selepas berkahwin ni rasanya lemak lagi sukar nak dibuang. Dulu masa anak dara, kalau rasa badan dah berisi sikit mulalah tak makan nasi berminggu-minggu. Tapi sekarang kalau tak makan nasi mahu pitam dibuatnya. Lebih-lebih lagi sekarang tidur pun tak berapa nak cukup jadi perut lapar je la..

Suami saya pula tak pandai nak makan kalau takde gulai lemak. Nak tak nak hari-hari saya terpaksa masakkan lauk gulai. Bila dah masak takkan kita tak makan pulak kan? Mesti nak makan sama. Tu yang badan bagai di pam-pam ni. Bukan tak nak masakkan lauk masak asam ke tapi bila masak asam tu suami makan pun macam tak berselera. Kesian pulak saya melihatnya. Tapi kalau gulai lemak ikan talapia campur mangga ke, mahu 3 pinggan ditambahnya. Tapi suami takpe sebab dia coach badminton. Jadi seminggu 3 kali di court. Saya ni rumah penuh dengan mesin senaman tapi naik berhabuk sebab tak digunakan. Sebut aje mesin apa., treadmill, mesin sit up dan macam-macam lagi la.

Bila tengok orang kurus, awak pun nak kurus. Lebih-lebih lagi sekarang di pasaran penuh dengan ubat pelangsing badan. Pusat-pusat melangsingkan badan pun tumbuh bagai cendawan. Saya pun pernah mendaftarkan diri di salah sebuah pusat perlangsingan badan. Harga jangan ditanya. Cecah beribu jugak la. Tapi sekerat jalan aje. Bukan apa bila tengok menu yang dibagi tu, saya rasa kalau saya tak mendaftar pun saya boleh kurus. Mana tak nya, hari-hari rebus sayur. Yang kelakarnya sayur tu tak boleh makan. Kena hirup kuah sup tu je. Sayur tu buang. Sehari dua boleh la tahan. Masuk hari ke tiga saya dah pitam. Lagi saya bekerja di luar. Tak larat rasanya nak buat kerja. Last-last saya berhenti macam tu je. Kalau difikir-fikir balik, kalau duit tu dibuat makan boleh tahan berbulan-bulan. Tapi ye la, ada orang boleh tahan ada yang tidak. Kalau tak takkan ziana zian tu boleh melentik begitu bodynya...

Sebenarnya apa-apa yang kita buat pun kena ada azam dalam diri. Kalau hendak seribu daya, kalau tak nak tu macam-macam alasan. Macam saya selalu angat-angat tahi ayam kalau buat sesuatu. Tapi rasanya saya nak start diet semula. Nak cuba apa yang kakak kak nik sarankan. Tengokla berapa lama saya boleh tahan. Kalau tak dapat balik berat sebelum kahwin pun dapat pakai baju lama pun dah ok dah. Yang penting sekali tepuk dada tanya selera. Kalau selera kata nak makan tu, jangan ditahan kena makan. Kalau tak kempunan..he..he..

Sunday, March 22, 2009

Aktiviti Hujung Minggu...

Hari ini saya tidak kemana-mana. Seawal pagi saya bangun dan membuat sarapan untuk seisi rumah. Hari ini juga adik-adik saya semua berada dirumah kerana tidak bekerja. Jadi rumah saya hari ini cukup la semuanya. Kalau tidak, sorang ada sorang lagi kerja. Sarapan saya hari ini ialah mee goreng basah. Sedap tapi terpedas sedikit (suami tidak makan pedas). Tengahari pula saya mengajak adik saya Shela pulang ke rumah arwah ibu saya untuk melihat keadaan rumah yang agak lama juga saya tak jenguk. Bila dah balik ke rumah arwah, banyak la barang-barangnya yang saya punggah bawa balik. Antaranya loyang, pasu, tempat pembakar kek butterfly dan beberapa barang yang lain. Saya fikir nak buat kek petang ni. Tapi itupun bergantung kepada mood saya.

Sampai rumah saya, hari dah petang. Saya fikir daripada buat kek baik saya buat biskut. Oleh kerana barang yang ada dirumah saya memungkinkan saya membuat biskut milo, jadi menu saya biskut milo la petang ni. Beberapa hari sebelumnya saya membuat kastard jagung. Habis jiran-jiran dan kenalan saya agihkan kastard jagung yang saya buat. Hari ni adik saya mahu saya membuatnya lagi kerana mendapat permintaan daripada kawan-kawannya yang merasa kastard saya tempohari. Nampaknya selesai membuat biskut milo saya terpaksa keluar membeli bahan-bahan untuk membuat kastard jagung pula..


Inilah biskut milo atau lebih dikenali sebagai kek batik yang saya buat. Tapi resepinya ada pelbagai version. Ada yang menggunakan koko, coklat dan saya menggunakan milo. Rasanya lebih sedap di tekak saya.

Malam ini pula suami mengajak saya dan keluarga pergi ke Bagan Lalang. Apalagi aktiviti disana selain makan di tepi laut. Saya suka makan pepahat yang dimasak sambal.. uhhh... sedapnya. Petang esok rasanya saya nak membuat kek permaisuri. Bahan-bahan pun dah dibeli. Jadi tunggu saya update blog untuk tengok jadi atau tak kek permaisuri saya....

Selamat Hari Lahir Sahabatku.. Majie..

Selamat Hari Lahir yang ke 29 tahun buat sahabat baik saya iaitu Khairusnazian Binti Husin @ Majie. Semoga sentiasa dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk terus menyara kehidupan sendiri selepas kehilangan suami tercinta. Juga diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepada Yang Maha Esa. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Walaupun sukar menerima hakikat sebuah kehilangan namun sebagai hambanya kita harus akur pada Qada dan Qadar yang telah ditetapkan untuk kita. Insyaallah kebahagiaan akan menjadi milikmu satu hari nanti. Doaku sentiasa bersamamu... Semoga persahabatan kita kekal hingga ke hujung nyawa.. Insyaallah..

Friday, March 20, 2009

Dialah Lagenda Saya, Kita & Semua..

Pagi tadi apabila tidak ada apa-apa yang ingin dilakukan (sebenarnya ada tapi saya malas), saya menonton Astro Prima di saluran 105. Bila tengok ruangan info ada pulak cerita P.Ramlee, Tiga Abdul. Dalam ramai-ramai adik beradik saya, hanya saya seorang yang suka menonton filem lakonan P. Ramlee walaupun filem itu diulang berkali-kali. Seronok sungguh saya bergelak ketawa bila menonton filem Tiga Abdul. Hilang rasanya tekanan dan bebanan kerja.

Ini sedikit info tentang P.Ramlee dari simpanan saya:-

1. P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Putih dilahirkan pada 22 Mac 1929 di rumah neneknya di 40A Counter Hall, Penang. Ayahnya bernama Teuku Nyak Putih Teuku Karim dan ibunya bernama Che Mah Hussien.

2. P.Ramlee buat pertama kalinya mendirikan rumah tangga dengan anak salah seorang seniman ketika itu. Isterinya yang dimaksudkan ialah Junaidah Daeng Haris. Melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun 1953. Kemudian mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Iaitu, Mohd Nasir dan Arfan.

3. Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Norizan pada 6 Februari 1955. Namun begitu perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama. Mereka bercerai pada tahun 1961.

4. Pada tahun yang sama, P.Ramlee bertemu dengan Salmah Ismail atau pun lebih dikenali dengan nama Saloma. Kemudiannya mereka telah diijab kabulkan pada 21 November 1961. Saloma telah menemani P.Ramlee dalam suka mahupun duka sehingga ke akhir hayat P.Ramlee.

5. Sepanjang perkahwinan, P.Ramlee cuma mempunyai 2 orang anak. Iaitu Nasir dan Arfan. Oleh kerana itu, P.Ramlee telah pun mengambil beberapa orang anak angkat. Diantaranya ialah Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan akhir sekali Dian.


6. Beliau meninggal ketika berusia 44 tahun pada pagi Selasa 29 Mei 1973 kerana diserang sakit jantung. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang.


7. P.Ramlee telah berlakon sebanyak 66 buah filem dan telah menghasilkan 359 buah lagu.

8. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya tidak ternilai, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

Inilah serba sedikit tentang P.Ramlee yang saya tahu. Sebenarnya banyak lagi yang saya tidak tahu mengenai Lagenda kita Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih. Walaupun beliau telah meninggalkan kita selama 36 tahun namun lagu-lagunya dan filem-filemnya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. P.Ramlee pernah berkata kepada salah seorang sahabatnya yang beliau mahu hidup sampai 1000 tahun lagi. Walaupun itu hanya kata-kata gurauan namun kini kata-kata itu beransur-ansur menjadi realiti. Buktinya setelah 36 tahun pemergiannya namun kita masih boleh ketawa bila melihat kelucuannya di layar perak, menangis bila filemnya menyayat hati dan asyik apabila mendengar beliau mendendangkan lagunya. Sehingga ke hari ini masih belum ada sesiapa yang dapat menandingi kehebatan beliau sebagai seniman serba boleh. Dialah lagenda saya, kita dan semua...

** sekiranya ada kesilapan dalam info saya ini, saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ianya tidak disengajakan.

Selamat Pengantin Baru Alin & Shaari

Walaupun agak terlambat, saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat sahabat manja saya Siti Nur' Azlina dengan pasangannya Shaari. Semoga jodoh dan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Dan cepat-cepat dapat cahayamata. Saya minta maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis ini berikutan majlis ini bertindih dengan majlis2 yang lain.

p/s : bila dah kahwin, jangan lupa datang umah selalu macam dulu...

Buah Tangan Terbaru NB Kara

Buku Setiap Jumaat ini adalah karya terbaru daripada penulis Norhayati Berahim. Entah bagaimana la agaknya jalan cerita kali ini. Setiap kali saya membaca novel-novel karya Norhayati Berahim saya amat sukakan lokasi-lokasi baru yang diketengahkan. Saya tak sabar-sabar nak membaca kisah dalam Setiap Jumaat ni. Seperti biasa karya terbaru Norhayati Berahim sentiasa akan membuat saya teruja untuk memilikinya.



Ini pula novel terbaru dari Nora Ismail @ Rose Harissa Tuhan Lebih Tahu. Saya masih baru mengenali karya-karya dari Nora Ismail ni. Tapi selepas membaca novel Serasi Di Hati, saya mula mencari karya-karya Nora Ismail yang terdahulu. Ini termasuklah buku Berikan Cintamu, Cinta Mekar Dihati dan yang terbaru saya baru sahaja membeli buku Mulanya Satu Cinta. Saya rasa karya-karya beliau mempunyai jalan cerita yang menarik dan mampu menandingi karya-karya penulis-penulis yang terdahulu.

Thursday, March 19, 2009

Comelnya Ellysha...

Pada hari Rabu yang lepas, saya menerima kunjungan tetamu yang agak lama tidak saya temui. Aniswirda merupakan rakan saya semasa saya di sekolah menengah dahulu. Ceritanya pernah saya ceritakan dilaman blog ini satu ketika dahulu. Kali terakhir saya menemuinya semasa anak Anis si Ellysha ini berada dalam hari lagi. Sekarang Ellysha dah berumur setahun seminggu. Seronoknya saya dapat berjumpa rakan lama saya. Banyak yang kami bualkan. Dari cerita dulu sampailah ke cerita sekarang. Sampai terkulat-kulat suami Anis melihat kami duduk bercerita tak berhenti-henti. Disebabkan Anis datang waktu hari bekerja jadi suami saya tiada di rumah ketika itu.

Ni la si Ellysha tu... Comel betul budak ni. Lebih-lebih lagi pipinya yang montel tu. Rasa macam nak cubit-cubit je...

Sejak ada Ellysha badan Anis tak pernah naik-naik. Makin turun adalah. Semuanya gara-gara Ellysha yang semakin aktif. Ellysha ni tak boleh duduk diam. Habis rumah saya dipunggahnya. Nasib baik barang-barang kaca saya letakkan didalam almari. Kalau tak jenuhlah Anis main kejar-kejar dengan Ellysha ni dalam rumah saya.


Tapi Ellysha ni suka bergambar. Kalau dihalakan camera pasti dia akan diam disitu. Ala-ala posing la tu.. Comel kan?


Ini gambar sebelum Anis pulang ke rumah mertuanya di Jelebu. Si Ellysha ni dah besar. Dah tak larat Anis nak dukung. Tak lama lagi sama besarlah mak dengan anak ni.

Buat Anis dan suami, terima kasih kerana sudi datang ke rumah saya. Walaupun hanya dihidangkan dengan goreng pisang dan putu bambu (maklumlah last minute). Saya harap persahabatan saya dengan Anis akan berkekalan hingga hujung nyawa. Anis akan pulang ke Perak selepas menghabiskan cuti di rumah mertuanya. Saya doakan agar perjalanan ke Perak dipermudahkan.

Anis, thanks again!

Sunday, March 15, 2009

Happy Birthday Hubby 32

Selamat Hari Lahir Yang ke 32 buat suami tersayang. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Juga semoga Tuhan memanjangkan jodoh kita untuk kita saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Selamat Pengantin Baru Cikgu Zana & Cikgu Kamal

Hari ini saya menghadiri majlis persandingan sahabat saya Zana. Saya memandu sendiri ke rumahnya di Tampin membawa Adlyn dan Balqish. Suami saya tidak dapat turut serta atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah Balqish tidak banyak karenah sepanjang perjalanan ke Tampin. Saya bertolak jam 12 tengahari dan tiba di rumah Zana jam 1.15 minit tengahari. Ini adalah majlis persandingan sahaja kerana zana telah bernikah beberapa bulan yang lalu. Pernikahan tersebut dilangsungkan sebelum arwah ayah dan mak Zana berangkat mengerjakan haji. Alhamdulillah sempat juga Zana menunaikan hasrat arwah ayahnya yang telah meninggal dunia semasa mengerjakan haji.

Inilah jejaka yang telah berjaya mencuri hati sahabat saya Zana. Namanya Kamarul Zaman. Seorang guru dan kini mengajar di salah sebuah sekolah di Sabah. Zana juga seorang guru dan kini mengajar di seremban. Ini bolehlah dikatakan perkahwinan jarak jauh.


Ayu kan Zana bila sudah dirias. Saya datang setelah Zana telah siap di andam. Jadi tak dapat lah saya nak masukkan gambarnya sebelum disolek. Alhamdulillah setelah badai datang melanda, akhirnya Zana dapat mengakhiri perhubungannya dengan ikatan perkahwinan.


Nak juga interframe!!!! Hanya saya seorang dari 14 rakan yang lain yang dapat menghadiri majlis persandingan Zana ini. Walaupun Zana agak berkecil hati namun sinar kebahagiaan jelas terpancar dari raut wajahnya.

Sebenarnya Zana agak sedih pada hari ini. Salah satunya kerana handphone yang baru sahaja dihadiahkan oleh suaminya telah hilang. Saya juga nyaris kehilangan handbag kerana agak leka melayan Balqish. Takpe Zana, insyaallah nanti cik abang bagi yang baru ye...

Walauapapun rintangan yang berlaku dalam hidup ini, kalau sudah tertulis bahawa dia adalah jodoh kita tiada siapa yang dapat menghalang. Saya doakan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Kerana selain sahabat, Zana juga menjadi salah seorang insan teristimewa dalam hidup saya. Sebagai insan yang teristimewa saya mengharapkan yang terbaik dalam hidupnya... Amin...