CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 24, 2008

Trip Memancing Ke Tukun Perak

Pada 17 Oktober 2008, suamiku telah mengikuti trip memancing ke Tukun Perak. Ini bukan pertama kali suamiku mengikut trip memancing. Sudah acapkali. Pada tahun 2007, suamiku telah mengikut trip memancing ke Maldives. Bila tengok gambar-gambar yang suamiku ambil di Maldives, aku menjadi teringin untuk ke sana. Menikmati panorama lautan yang membiru dan kehidupan lautnya yang dapat dilihat dari atas bot. Malangnya aku tidak berkongsi minat yang sama dengan suamiku. Aku selalu menjadi tidak sampai hati apabila melihat ikan yang ditangkap tercungap-cungap diatas bot. Oleh sebab itu aku jarang mengikut hobi suamiku yang satu ini. Bercerita tentang Tukun Perak, suamiku hanya dapat memancing pada hari pertama dan terakhir. Ini kerana bot suamiku dilanda ribut yang sangat kuat. Mujur Tuhan masih menyelamatkan nyawa suamiku dan kawan-kawannya. Walaupun tangkapan tidak selebat selalu namun itu sudah cukup memuaskan hati pemancing-pemancing yang terlibat. Ini pun dah syukur alhamdulillah selamat. Walaupun dilanda ribut, mereka semua tidak takut untuk turun ke laut mengikuti trip yang lain pula. Dengarnya dah ada ura-ura nak buat trip ke Koadang, Thailand pula. Kata mereka itulah advanture nya memancing ni.. Kalau saya... tidak...

Ini adalah hasil tangkapan yang mereka dapat pada trip kali ini. Seronok saya melihat ikan yang besar-besar begini.



Kebiasaannya apabila sampai di rumah ketua pemancing, hasil tangkapan akan dibahagi sama rata walaupun ada antara mereka tidak dapat memancing kerana mabuk laut. Inilah semangat berpasukan....



Walaupun letih namun suami saya sempat tersenyum melihat tangkapan mereka yang tidak seberapa...



Kalau dapat ikan kerapu biasanya saya akan memasak stim, kalau jenahak saya akan masakkan swett sour.. sedapnye.. nasib baik suami siap siangkan ikan untuk saya masak. Kalau tidak pengsanlah saya kat dapur kena siang ikan gergasi..
Posted by Picasa

0 comments: