CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 21, 2008

Kemana Menghilang... Sahabat...

Saya dan Zana pada hari pertunangannya. Saya sentiasa berdoa semoga jodohnya berkekalan hingga akhir hayatnya.

Lama betul saya tak mendengar cerita tentang sahabat saya yang seorang ni. Mungkin kerjaya barunya sebagai seorang guru membuatkan masanya untuk lepak-lepak menjadi semakin terbatas. Walaupun dah lama tak berjumpa namun saya tetap mengingati sahabat saya ini sebagai seorang sahabat saya yang baik. Rasanya kali terakhir saya berjumpa adalah sehari selepas arwah ibu saya meninggal. Selepas itu saya tidak pernah berjumpa dengan zana lagi. Walau apapun yang Zana lakukan saya mengharapkan yang terbaik untuk dirinya.

Mengingati kisah yang lalu, saya mengenali Zana sewaktu pertama kali mendaftar di Kolej EDI Kuala Lumpur. Oleh kerana kami datang dari negeri yang sama iaitu Negeri Sembilan, kami menjadi cepat mesra dan rapat. Kawan-kawan sehostel sangat suka mendengar kami bercakap dalam dialek negeri. Persahabatan kami tidak terhenti setakat berkawan sesama kami saja. Ada peluang saya pulang bersama Zana ke kampungnya untuk mengenali keluarganya pula. Sehingga suatu ketika saya memanggil mak Zana dengan panggilan Mak. Begitu juga dengan adik beradiknya yang lain. Kami menjadi mesra dan rapat. Begitu juga dengan Zana. Arwah ibu saya juga amat menyenangi peribadi Zana yang cepat mesra.

Saya dan Zana sering berkongsi rasa dan perasaan bersama. Gelak, tawa dan tangis juga bersama. Zana pernah bercinta lama dengan seseorang. Namun jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Perpisahan tersebut memberi tamparan yang besar dalam hidup Zana. Sehinggalah kerjaya sebagai Guru menemukan jodohnya. Benarlah kata orang, setiap kesakitan itu ada ubatnya. Jodoh kedua Zana datang dalam keadaan Zana yang masih sakit dengan perpisahan pertama. Alhamdulillah luka perpisahan itu terubat dengan kehadiran jodoh kedua. Sehinggakan Zana tidak mengambil masa yang lama untuk menerima jodohnya yang kedua itu. Akhirnya kata sepakat diambil dan Zana bertunang jua akhirnya.

Sekarang saya menunggu Zana menghantar kad undangan perkahwinan kepada saya. Kerana saya difahamkan Zana akan berkahwin dalam tahun ini juga. Kepada Zana saya doakan kebahagiaan dunia akhirat kepadanya. Semoga percaturan tidak tersilap dan berbahagia hingga akhir hayatnya. Terima kasih kerana menjadi sahabat saya yang baik. Semoga persahabatan kita tidak akan terputus dengan terjalinnya perhubungan suci antara Zana dan dia....

0 comments: