CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 15, 2008

Hari Jadi Adlyn...



Sehari suntuk saya menghabiskan masa di tesco semata-mata nak penuhkan boncot (buah tangan) ni. Akhirnya saya memilih beberapa jenis gula-gula, coklat, air kotak, keropok, puzzle dan belon. Saya terpaksa membuat 50 set kerana ada 50 orang student di Smart Reader Kids ni. Macam nak berniaga pulak rasanya semasa saya membayar barang-barang ini.



Inilah kek yang saya belikan untuk Adlyn. Sebenarnya saya tak sempat menempah jadi saya terus aje membelinya. Nasib baik ada yang saya perkenan. Kalau tak, satu hal pulak saya nak mencari di tempat lain. Tapi ni pun dah dikira ok sebab budak-budak memang suka kek yang ada kartun di atasnya. Girang sungguh hati adlyn semasa saya menghantar kek ni.



Walaupun saya tak nak bergambar sama tapi saya dipaksa oleh pengetua sekolah ni. Nak tak nak senyum je la.. Adlyn walaupun malu-malu tetap sporting pagi tu. Mungkin moodnya baik masa tu.

Saya sangat seronok berada seharian di sekolah ini. Gembira dengan kaletah dan perangai anak-anak kecil ini. Kadang-kadang rasa geli hati pun ada tengok mereka berebut-rebut nak boncot ni. Walau apapun saya mengharapkan Adlyn gembira dengan apa yang saya lakukan padanya. Walaupun Adlyn bukan anak kandung saya namun saya menyayanginya sepenuh hati saya. Pada Adlyn la saya menumpang manja.. Adlyn...Adlyn...
Posted by Picasa

0 comments: