CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

Hikmah Disebalik Kesabaran

Mengenang kisah yang lalu mengingatkan saya kepada perhubungan yang tidak baik antara saya dan kakak ipar saya. Entah dimana silapnya kakak ipar saya memang tidak menyukai saya. Puas saya bertanya salah silap saya namun segalanya berlalu begitu saja. Kakak ipar saya ini sudah berumur orangnya. Mungkin kerana belum berumahtangga menyebabkan emosinya sentiasa berubah-ubah. Yang menjadi mangsa adalah saya kerana saya berkahwin dengan adik kesayangannya. Berkali-kali saya menangis mengenang apa yang telah dilakukan kepada saya. Sewaktu saya masih bertunang lagi saya sudah menjadi mangsa kemarahannya.
Pernah kakak ipar saya membaling pinggan kaca di sinki semata-mata marah dengan kehadiran saya di rumah mertua pada ketika itu. Setakat salam tidak bersambut itu sudah menjadi perkara biasa bagi saya. Namun saya sentiasa bersabar dengan apa juga yang dilakukan kepada saya. Sehingga saya pernah mengalah dan tidak memperdulikan apa jua tindakan yang kakak ipar saya lakukan. Ketika saya pulang ke rumah mertua, kakak ipar saya akan memerap dalam bilik sehingga saya pulang. Saya sering terfikir mengapa saya yang harus menjadi mangsa. Mengapa dengan ipar duai yang lain kakak ipar saya boleh bergurau senda? Setiap kali pulang ke kampung pasti saya akan menangis.
Sehinggalah pada pertengahan tahun 2007, ketika kakak ipar saya ingin melangsungkan pernikahannya di kampung mertua. Segala-galanya bermula... Sewaktu saya bersama ipar-ipar yang lain sibuk menguruskan majlis, kakak ipar saya tidak pernah menegur saya. Saya rasakan saya tidak diperlukan di majlis itu. Pandai-pandailah saya menguruskan segalanya sendiri. Namun saya tabahkan hati dan cuba berbuat seperti biasa. Ketika ipar duai yang lain menguruskan hantaran saya tidak dibenarkan mengusik hantarannya. Sedih dihati hanya tuhan yang tahu. Rasa saya mahu pulang saat itu juga. Tapi suami menyabarkan saya. Kata suami segalanya ada hikmahnya nanti. Apabila tiba hari langsung, saya yang ketika itu sedang membantu di dapur terdengar suara memanggil saya. Rupanya biras saya memanggil saya untuk tolong membantu menyiapkan pengantin. Saya tergamam.. Saya bertanya kepada biras saya semula. Bukan apa selama ini nak memegang barangnya pun tak boleh inikan nak menyolek mukanya. Biar betul!!
"Shelly tolong akak ye". Lembut suara kakak ipar saya menyuruh. Maklumlah antara ramai-ramai biras-biras saya takde sorang pun yang memakai lipstik kecuali saya. Saya pun tanpa memikirkan apa yang pernah dilakukan pada saya terus menyolek sebaik mungkin. Itupun ala kadar je sebab saya tidak membawa peralatan menyolek yang lengkap. Namun kakak ipar saya cukup puas hati. Walaupun tiada ucapan terima kasih namun saya cuba menjadi seikhlas mungkin.
Selepas peristiwa itu, kakak ipar saya mula berlembut dengan saya. Walaupun sebenarnya tengok mood. Kalau rasa nak tegur, kakak ipar saya akan menegur saya. Kalau tak, takdelah... Bagi saya itu sudah baik jika dibandingkan dengan dulu yang langsung tidak bertegur sapa. Saya pula dah malas nak memikirkan sangat. Kerana saya tidak mahu memeningkan kepala saya.
Semalam ketika menghadiri satu majlis rumah terbuka, saya dikejutkan dengan panggilan dari kakak ipar saya yang mengatakan bahawa kakak ipar saya yang keguguran. Saya bergegas bersama suami ke rumah kakak ipar saya untuk membawanya ke hospital. Dari mula hinggalah kakak saya masuk ke wad, saya dan suami yang menguruskannya. Suaminya agak perlahan dalam tindakan membuatkan saya jadi rimas. Walaupun hati saya masih berbisa sakit (kerana dikutuk pada hari raya yang lepas sebab tak mengandung lagi, padahal saya kahwin dulu dari kakak ipar saya). Saya yang menemani untuk ke bilik scan, ke wad dan saya yang memberi semangat ketika doktor nak mengambil darah. Sehari suntuk saya dihospital menemani kakak ipar saya. Sehinggalah tiba saat saya nak balik, kakak ipar saya meminta maaf pada saya atas segala yang pernah dilakukan pada saya. Tiada kata lain yang keluar dari mulut saya melainkan syukur ke hadrat ilahi. Dalam kereta saya menceritakan semuanya kepada suami. Kata suami inilah hikmahnya jika kita sentiasa bersabar... Saya mengakui kata-kata suami saya...

0 comments: