CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 27, 2008

Cinta Bersatu **Azlina & Nizam**

Ni seorang lagi kawan satu taman dengan saya yang telah ke jinjang pelamin. Namanya Azlina Binti Aziz tapi satu taman memanggilnya Ayong. Beberapa hari sebelum majlis pernikahannya, sempatlah saya melawat dan berborak dengannya. Ayong yang sebaya dengan saya ini telah hampir setahun setengah mengikat tali pertunangan. Jadi sedang eloklah kalau nak dinikahkan. Saya tumpang gembira dengan jodoh Ayong ni. Sekurang-kurangnya tidaklah emaknya bising bertanya Ayong bila nak bernikah...

Ini adalah sebahagian barang hantaran Ayong. Yang lain tak siap lagi...



Ceria sungguh wajah bakal pengantin baru ni. Waktu di Ayong telah dikuarantin oleh emaknya. Katanya Ayong dah tak boleh keluar rumah lagi. Nasib la kau Yong....



Bila dirias wajah Ayong, saya pun turut terpegun. Rupa-rupanya cantik anak Pak Aziz ni? Maklumlah sebelum ni nak pakai lipstik pun payah.



Nizam nama buah hati kesayangan Ayong ini. Bagai pinang dibelah dua. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Posted by Picasa

Friday, October 24, 2008

Buah Hati Adik-Adik Saya

NI ADIK BONGSU SAYA - SUKMA



Inilah buah hati adik saya yang bongsu. Namanya Awang. Sangat pemalu orangnya dan mudah terasa. Mula-mula berkenalan saya rasa rimas kerana saya tidak biasa dengan orang yang sangat pemalu. Sepatah yang kita tanya sepatah yang dia jawab. Mungkin masa itu Awang belum dapat menyesuaikan diri lagi dengan keluarga saya yang gila-gila. Kini Awang dah pandai bergurau dengan saya. Satu perkembangan yang bagus. Awang ni berasal daripada Sabah. Saya risau juga kerana belum pernah dalam keluarga saya yang berkahwin dengan orang Sabah lagi. Tapi arwah ibu pernah berpesan, bukan negeri yang jadi ukuran. Budi bahasa dan tutur kata yang menjadi sandaran. Walau apapun saya mengharapkan yang terbaik dalam hidup adik saya ini. Abah saya pun suka dengan kelembutan Awang ni. Kadang kala saya nampak adik saya ni lebih garang dari Awang.. Nasib la Wang...

NI ADIK KETIGA SAYA - SUE



Saya paling risaukan adik saya yang ketiga ini. Telah beberapa kali dikecewakan oleh cinta lelaki. Selalu bila frust arwah ibu yang selalu memujuk. Yang sebelah adik saya ni namanya Fendi. Keluarganya menetap di Senawang juga. Maknanya dekat je la. Saya telah mengenali keluarga Fendi ni pada jemputan rumah terbuka di rumah Fendi. Alhamdulillah saya lihat keluarga Fendi dapat menerima adik saya dengan baik. Saya mengharapkan ini jodohnya yang terakhir kerana saya tidak sanggup melihat adik saya dikecewakan lagi.

NI ADIK KEDUA SAYA - SHELA



Yang ni pula dah berkawan semenjak mereka sama-sama belajar di Politeknik Port Dickson. Berasal dari Pahang. Bekerja di Port di Kuantan. Yang ni memang ngam dengan saya. Namanya Amin. Boleh share apa-apa cerita dengan saya. Kadang-kala siap bersms berdua tanpa pengetahuan adik saya. Tapi kita cerita tentang semasa je. Bukan cerita benda lain. Baru-baru ni Amin datang ke rumah saya dan menggunakan kereta Waja saya untuk menghadiri kenduri kahwin bersama adik saya. Malangnya kereta saya mengalami kemalangan di Rawang. Nasib baik Amin dan adik saya tidak apa-apa. Terpaksalah Amin membaiki kereta saya menggunakan duitnya sendiri. Nasib la kena RM550 je. Kalau kena RM5000, bertambah botak kepala Amin.....
Posted by Picasa

Trip Memancing Ke Tukun Perak

Pada 17 Oktober 2008, suamiku telah mengikuti trip memancing ke Tukun Perak. Ini bukan pertama kali suamiku mengikut trip memancing. Sudah acapkali. Pada tahun 2007, suamiku telah mengikut trip memancing ke Maldives. Bila tengok gambar-gambar yang suamiku ambil di Maldives, aku menjadi teringin untuk ke sana. Menikmati panorama lautan yang membiru dan kehidupan lautnya yang dapat dilihat dari atas bot. Malangnya aku tidak berkongsi minat yang sama dengan suamiku. Aku selalu menjadi tidak sampai hati apabila melihat ikan yang ditangkap tercungap-cungap diatas bot. Oleh sebab itu aku jarang mengikut hobi suamiku yang satu ini. Bercerita tentang Tukun Perak, suamiku hanya dapat memancing pada hari pertama dan terakhir. Ini kerana bot suamiku dilanda ribut yang sangat kuat. Mujur Tuhan masih menyelamatkan nyawa suamiku dan kawan-kawannya. Walaupun tangkapan tidak selebat selalu namun itu sudah cukup memuaskan hati pemancing-pemancing yang terlibat. Ini pun dah syukur alhamdulillah selamat. Walaupun dilanda ribut, mereka semua tidak takut untuk turun ke laut mengikuti trip yang lain pula. Dengarnya dah ada ura-ura nak buat trip ke Koadang, Thailand pula. Kata mereka itulah advanture nya memancing ni.. Kalau saya... tidak...

Ini adalah hasil tangkapan yang mereka dapat pada trip kali ini. Seronok saya melihat ikan yang besar-besar begini.



Kebiasaannya apabila sampai di rumah ketua pemancing, hasil tangkapan akan dibahagi sama rata walaupun ada antara mereka tidak dapat memancing kerana mabuk laut. Inilah semangat berpasukan....



Walaupun letih namun suami saya sempat tersenyum melihat tangkapan mereka yang tidak seberapa...



Kalau dapat ikan kerapu biasanya saya akan memasak stim, kalau jenahak saya akan masakkan swett sour.. sedapnye.. nasib baik suami siap siangkan ikan untuk saya masak. Kalau tidak pengsanlah saya kat dapur kena siang ikan gergasi..
Posted by Picasa

Kunjungan Kerumah Aisyah..

Aisyah adalah kawan saya semenjak saya berada di tingkatan satu lagi. Bersekolah bersama sehingga ke tingkatan 5. Yan pula meninggalkan sekolah pada tingkatan 3 dan masuk ke sekolah teknik. Walaupun saya dan Aisyah tidak berapa rapat sewaktu dialam persekolahan namun persahabatan kami menjadi lebih akrab selepas masing-masing berumahtangga. Waktu inilah yang kami tunggu-tunggukan. Boleh berborak dan bergosip tentang kawan-kawan yang lain.

Inilah Noor Aisyah Binti Abdul Malek. Saya pun muka blur je sebab tengah lapar... Bila dapat makan ni syah!!!?

Seperti biasa Yan ni mesti ada bila saya kemana-mana. Tapi kali ini bukan saya yang jemput Yan. Yan yang mengambil saya di pejabat kerana Yan baru membeli kereta VIVA yang baru... Melaram la dengan kereta baru pulak..
Ni geng 206. Anak saya memang tak leh duduk diam bila dah jumpa kawan-kawannya. Opss..napa tutup mata Akila...?
Disebabkan kami datang pada waktu tengahari, jadi kelaparan memang terasa. Apalagi kitaorang pun bedal la mee kari yang aisyah buat ni... Sedap betul la sehingga licin pinggan..
Minah ni memang lawak sangat. Cerita memang yang lucu je... Walaupun tengah mengandung 7 bulan namun aisyah tetap maintain.. thanks aisyah..
Inilah menu untuk hari ini. Mee Kari, Air Mangga dan kuih muih.. Syah, mee kari tu sedap la... Pandai masak rupanya anak en malek ni!!

Anak-anak ni sempat posing sementara menunggu mak andaknya mencedok mee. Lambat sungguh la mak andak ni...
Ni yang saya nak cerita ni. Ada ke saya yang datang rumah dia saya yang kena potong rencah-rencah mee kari ni.. tak patut betul la...

Buat Aisyah, suami dan Akila terima kasih kerana melayan kami dengan baik sekali. Bagi kami makan yang sedap-sedap dan buat lawak je senantiasa. Tahun depan jangan serik jemput kitaorang lagi syah..!!!

Wednesday, October 22, 2008

Birthday Adikku Sue

Bertempat di sebuah restoran makanan seafood seremban 2, saya dan suami merayakan hari lahir adik saya yang ke 3. Adik saya Sue telah berusia 24 sekarang. Saya tidak memberitahu tentang sambutan hari jadi ini kepada sesiapapun termasuk suami sendiri. Restoran juga tidak ditempah. Main redah je.. Walaupun kesedihan kehilangan ibu masih dirasai, namun saya sedaya upaya mengawal keadaan dengan gurauan dan usikan kepada adik saya. Apatah lagi saya menjemput buah hati adik saya bersama-sama meraikan majlis hari jadi ini.


Tengoklah betapa gembiranya kami apabila dapat bersama-sama meraikan majlis hari jadi adik saya yang ke 3. Bila melihat gambar ini saya rasa macam tak percaya saya mempunyai adik-adik yang telah dewasa.



Dalam malu-malu pun mulut buka juga. Maklumlah boyfriend ada kat sebelah. Kenalah control ayu sikit.



Suami pun tumpang gembira dengan kemesraan dan keakraban kami berempat. Anak saya apalagi... posing je la...



Inilah buah hati adik saya. Mohd Affendy namanya (kalau tak silap saya). Adik saya ni pun hampir menitiskan airmata malam itu.

Selepas berakhirnya majlis itu, hati saya menjadi sangat sayu. Mujurlah saya pandai mengawal emosi. Saya terfikir andai satu hari nanti adik saya berkahwin, adakah kemesraan ini akan berterusan. Saya berdoa agar ikatan kekeluargaan kami erat sehingga akhir hayat. Dan pada adik saya Sue saya doakan agar dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki yang halal. Pesan saya jagalah maruah keluarga dan moga-moga Allah akan merahmati hidup kita sekeluarga.

Tuesday, October 21, 2008

Kemana Menghilang... Sahabat...

Saya dan Zana pada hari pertunangannya. Saya sentiasa berdoa semoga jodohnya berkekalan hingga akhir hayatnya.

Lama betul saya tak mendengar cerita tentang sahabat saya yang seorang ni. Mungkin kerjaya barunya sebagai seorang guru membuatkan masanya untuk lepak-lepak menjadi semakin terbatas. Walaupun dah lama tak berjumpa namun saya tetap mengingati sahabat saya ini sebagai seorang sahabat saya yang baik. Rasanya kali terakhir saya berjumpa adalah sehari selepas arwah ibu saya meninggal. Selepas itu saya tidak pernah berjumpa dengan zana lagi. Walau apapun yang Zana lakukan saya mengharapkan yang terbaik untuk dirinya.

Mengingati kisah yang lalu, saya mengenali Zana sewaktu pertama kali mendaftar di Kolej EDI Kuala Lumpur. Oleh kerana kami datang dari negeri yang sama iaitu Negeri Sembilan, kami menjadi cepat mesra dan rapat. Kawan-kawan sehostel sangat suka mendengar kami bercakap dalam dialek negeri. Persahabatan kami tidak terhenti setakat berkawan sesama kami saja. Ada peluang saya pulang bersama Zana ke kampungnya untuk mengenali keluarganya pula. Sehingga suatu ketika saya memanggil mak Zana dengan panggilan Mak. Begitu juga dengan adik beradiknya yang lain. Kami menjadi mesra dan rapat. Begitu juga dengan Zana. Arwah ibu saya juga amat menyenangi peribadi Zana yang cepat mesra.

Saya dan Zana sering berkongsi rasa dan perasaan bersama. Gelak, tawa dan tangis juga bersama. Zana pernah bercinta lama dengan seseorang. Namun jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Perpisahan tersebut memberi tamparan yang besar dalam hidup Zana. Sehinggalah kerjaya sebagai Guru menemukan jodohnya. Benarlah kata orang, setiap kesakitan itu ada ubatnya. Jodoh kedua Zana datang dalam keadaan Zana yang masih sakit dengan perpisahan pertama. Alhamdulillah luka perpisahan itu terubat dengan kehadiran jodoh kedua. Sehinggakan Zana tidak mengambil masa yang lama untuk menerima jodohnya yang kedua itu. Akhirnya kata sepakat diambil dan Zana bertunang jua akhirnya.

Sekarang saya menunggu Zana menghantar kad undangan perkahwinan kepada saya. Kerana saya difahamkan Zana akan berkahwin dalam tahun ini juga. Kepada Zana saya doakan kebahagiaan dunia akhirat kepadanya. Semoga percaturan tidak tersilap dan berbahagia hingga akhir hayatnya. Terima kasih kerana menjadi sahabat saya yang baik. Semoga persahabatan kita tidak akan terputus dengan terjalinnya perhubungan suci antara Zana dan dia....

Baby Bakyah

Semalam saya mengunjungi sahabat saya yang agak lama juga tidak saya temui. Seorang yang sangat baik dan kelakar orangnya. Saya pun macam tak sangka yang kawan saya ini telah mempunyai seorang anak lelaki. Yelah sapa sangka seorang yang brutal dan rock boleh menjalani hidup dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Saya sangat menyenangi kawan saya ini kerana dia boleh membuat saya ketawa sepanjang berada dengannya. Itulah kawan saya yang bernama Siti Arba'iyah Binti Othman. Beruntung sungguh cik abangnya yang bernama Mohd Anuer Bin Mohd Razak kerana dapat memperisterikan kawan saya ini yang sangat happy go lucky.

Inilah babynya.... Qusyairi Hakimi Bin Mohd Anuer....


Tembam betul Hakimi ni.. Rasa nak cubit-cubit pipi dia.. Ni mesti ikut size ibu dia ni!!!



Yan pun tak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan. Yang pakai t-shirt kuning tu la Bakyah.



Sebenarnya Bakyah belum lepas hari lagi. Tapi gayanya macam orang dah bersalin 5 bulan. Dengan tak pakai stokin. Selambe je minah ni... Malam itu kami disajikan dengan mee goreng pedas. Yang kelakarnya si Bakyah ni pun makan sekali. Brutal betul la...


Sebenarnya saya mengambil gambar ini daripada album perkahwinannya. Sebab itu gambar ini gelap sedikit. Masa ni Bakyah glamour habis. Jerawat sebiji pun tak nampak. Memang different la...

Walauapapun malam tadi merupakan malam yang sangat happening buat kami. Walaupun hanya tiga orang saja dalam rumah tapi gelak macam 10 orang. Dari kami sampai gelak sampailah nak balik pukul 11.45 malam tu asyik gelak je... Sakit perut saya dan Yan tahan gelak. Terima kasih buat Bakyah dan suami kerana sudi menjemput kami datang ke rumah nya. Jenuh juga lah saya dan Yan mencari rumahnya. Anyway Bakyah mee tu pedas sangatlah.... Walaupun 2 pinggan saya dan Yan makan.


Posted by Picasa

Monday, October 20, 2008

Pertemuan Yang Dinanti

Inilah saat-saat yang saya nantikan dalam hidup saya. Bertemu dengan seseorang yang sangat saya kagumi. Walaupun gambar dan pertemuan ini telah berlangsung beberapa bulan yang lalu namun saya menyimpannya sebagai salah satu kenangan yang indah dalam hidup saya. Inilah Puan Norhayati Berahim. Penulis karya-karya yang mengangkat martabat seorang wanita. Saya benar-benar mengaguminya.


Gambar ini menjadi koleksi peribadi saya yang paling saya sayang. Saya membesarkan gambar ini dan menggantung di dinding rumah saya. Suami saya selalu perli saya. Katanya saya dah ada buah hati baru..he..he..

Ini anak kak Yati. Namanya Qaisara. Sangat comel dan lasak. Tak boleh duduk diam. Penat juga saya suruh Qaisara senyum.

Semangat juga Qaisara ni.. Malu-malu pun sempat posing lagi...

Buat Kak Yati terima kasih atas bingkisan dalam blog tu. Insyaallah Shelly usaha untuk menjadikan segala-galanya seperti sediakala semula.
Inilah bingkisan dari kak Yati buat saya....
Posted by Picasa
Termenung saya seketika apabila menerima SMS daripada Shelly. Saya tahu perasaan Shelly yang baru kehilangan emak dan apatah lagi apabila menyambut ramadhan tanpa emak di sisi. Shelly menyuruh saya menulis bagaimana perasaan saya kehilangan emak.Dia berharap nanti apa yang saya tuliskan akan membangkitkan perasaannya semula.Kasihan saya membacanya tetapi saya tidak membalas SMS Shelly kerana saya mahu menulis di sini.
Mungkin ada perbezaan kehilangan emak ketika berusia 10 tahun dengan kehilangan emak ketika kita sudah dewasa dan bersuami. Namun saya percaya perasaan itu masih sama. Kita rasa terlalu kehilangan. Kosong dan bangun paginya kita masih berharap yang emak masih ada lagi. Memang manusia yang paling dekatdengan kita adalah mak. Mak yang tahu apa kita suka makan, emak yang tahu warna kegemaran kita dan di bahu emaklah kita menangis apabila mengetahui kita tidak lulus peperiksaan. Bahkan di hari perkahwinan kita emaklah yang bertungkus lumus agar majlis perkahwinan kita sempurna seadanya.
Tiba-tiba emak pergi. Emak yang seperti tangan kanan kita sudah tidak ada. Sudah hilang dan tidak akan kembali lagi. Kita termanggu-manggu dan rasa mahu menangis dan meraung-raung sekuat hati kita. Kita rasa benar-benar sakit.Saya juga begitu, saya rasa ingin menangis dan sedih. Keseorangan apabila emak meninggal. Apatah lagi ketika itu adik beradik semuanya diasrama.
Kehilangan emak banyak melukakan saya, saya pernah menyambut Adil Adha seorang diri di rumah, ketika itu emak tiri saya baru melahirkan dan tinggal di rumah emaknya. Adik beradik saya tidak mahu pulang ke kampong dan beraya di asrama sahaja bersama kawan-kawannya.Namun itu tidak pernah mematahkan semangat. Saya teringat kata-kata seorang guru agama kepada saya.“Kalau hendak bersedih. Bersedihlah. Tetapi hanya sehari dua. Lainnya penuhi sesuatu dengan berfaedah. Bukan meratap menghiba yang akan membunuh segala keindahan pada kehidupan yang ada.”Dari kehilangan emak dan menyendiri saya sering meluahkan segala perasaan saya di atas kertas. Saya sakit hati dengan ayah saya, saya tulis. Saya sakit hati dengan orang kampong yang memandang rendah kepada saya kerana saya miskin dan tidak punya emak. Saya tulis. Saya melawan segala kesakitan yang saya ada dengan cara saya.Cuma apabila sudah besar, hidup sudah sedikit mudah dan senang. Seringkali saya teringatkan emak. Saya sedih kerana emak tidak merasai kesenangan ini. Kalau emak ada, sudah pasti emak sudah boleh menunaikan haji dan umrah. Sudah pasti saya akan pergi bersama dengan emak.Tetapi emak sudah tidak ada. Sudah hilang dari pandangan mata saya sejak bertahun-tahun lamanya. Cuma yang dapat menghubungkan emak dengan saya, Al-Quran.Setiap kali saya teringat emak. Saya akan ambil Al-Quran, saya akan baca yassin. Saya sedekahkan untuk emak. Saya berdoa pada ALLAH supaya satu hari nanti saya akan berjumpa emak semula.
Saya sering berterimakasih pada ALLAH, kerana ALLAH pinjamkan emak saya pada saya walaupun hanya 10 tahun. Walau waktu itu tidak lama, tetapi sudah mencukupi bagi saya merasai kasih sayang seorang emak. Cukup saya memberitahu kawan-kawan saya yang emak saya rupa macam mana, betapa cantiknay emak saya, betapa masakan emak begitu sedap, betapa jahitan emak begitu halus.Ya ALLAH saya reda dengan apa yang telah diaturkan hidupnya pada saya.Pada Shelly, bersyukurlah Shelly yang ALLAH bagi Shelly merasai kasih sayang emak sehingga usia Shelly sekarang ini, sehingga Shelly bersuami. Ada orang lagi lahir-lahir emak sudah tiada. Sudah hilang diambil ALLAH.Redakan pemergian emak. Kalau mahu bersedih, bersedihlah buat seketika. Memang fitrah manusia akan merasa sedih kerana kehilangan. Namun waktu yang lainnya, nikmatilah kehidupan ini dengan seadanya. Kalau terasa rindu dengan emak, ambillah Al-Quran, baca dan sedekahkan untuk emak.Memang segala kenangan tidak boleh dihapus dari ingatan, tetapi kenangan itulah yang membolehkan kita meneruskan kehidupan…Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk Shelly dan senyumlah untuk hari ini dan hari-hari yang mendatang."Tiada sesuatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (QS. Al-Hadid (57) : 22).
Posted by NORHAYATI BERAHIM at
11:23 AM 0 comments Links to this

Biarkan Aku Menangis..

Sudah banyak buku karya Norhayati Berahim yang saya baca. Entah mengapa karya yang satu ini sangat dekat dengan hati saya. Buku yang diberikan tajuk BIARKAN AKU MENANGIS ini benar-benar mampu untuk membuatkan saya menangis. Buku ini bukan baru dikeluarkan. Cetakan yang pertama dikeluarkan pada 2006. Mungkin jalan cerita dalam karya ini sedikit sebanyak menyentuh kisah peribadi saya. Saya amat mengkagumi bakat yang tuhan anugerahkan kepada beliau sebagai seorang penulis.

Watak Sarah dalam cerita ini saya gambarkan sebagai seorang yang sangat tabah dan bersemangat kental. Berdepan dengan pelbagai ujian yang saya kira jika saya di tempat Sarah ini sudah tumbang dengan permasaalahan yang bertimpa-timpa. Apa yang saya suka tentang karya-karya Norhayati Berahim ini adalah apa saja yang cuba dipersembahkan dalam setiap karyanya adalah sesuatu yang sangat biasa kita dengar di kalangan masyarakat kita hari ini. Sedikit sebanyak kita sebagai pembaca dapat mencuri ilmu bagaimana kita sebagai orang biasa menanganinya.

Satu ketika dulu saya pernah kehilangan buku ini. Bukan saya sengaja menghilangkannya tetapi kawan saya yang meminjam seperti tidak mahu memulangkannya. Oleh kerana saya takut sukar untuk menemui buku ini kembali, saya membeli buku ini semula dan tidak mahu meminjamkan kepada kawan-kawan yang lain. Kini saya telah memiliki hampir kesemua karya Norhayati Berahim. Saya tidak menjadikan buku-buku karya beliau semata-mata karya hiburan malah kadangkala saya menggunakannya sebagai rujukan. Saya rasa dengan cara itu sedikit sebanyak ada ilmu yang telah Norhayati Berahim turunkan kepada pembacanya.


Wajah Qaisara yang diabadikan sebagai cover buku ini adalah yang paling cantik dalam banyak-banyak buku yang lain (itu pada pendapat saya la).

Saya menyimpan impian untuk menjadi seorang penulis satu hari nanti. Tinggal lagi saya belum banyak belajar teknik menulis dengan betul. Insyaallah jika segalanya berjalan lancar tentu impian saya akan tercapai satu hari nanti. Kepada kak Norhayati Berahim, terima kasih kerana selalu menjadi tempat rujukan saya. Saya sangat-sangat menghargainya. Saya doakan akak akan terus berjaya dalam karya-karya akak yang akan datang.
Posted by Picasa

Menjahit Manik

Sebelum arwah ibu saya meninggal dunia, satu-satunya ilmu yang sempat arwah ibu saya turunkan adalah menjahit manik. Ilmu itu diturunkan kepada adik saya. Sekarang adik saya banyak menjahit manik untuk kawan-kawannya. Baju-baju saya pun banyak yang adik saya jahitkan. Tapi adik saya ni ada migran. Sian tengok dia menjahit lepas tu kena makan panadol. Ini antara baju-baju yang adik saya jahit. Itupun saya curi-curi ambil gambar.

Kalau setakat lengan satu hari boleh siap 2 3 pasang ikut corak. Ada corak tu saya tengok sekejap je adik buat. Wah.. kira dah mahir la tu..



Corak ni kat baju adik saya. Tapi lepas siap baju ni berhari-hari makan panadol sakit kepala. Saya tengok pun sakit sebab maniknya halus-halus.

Ni baju saya. Kebiasaannya saya hanya buat lengan sahaja kerana saya memakai tudung. Lagipun rimas la tersangkut-sangkut kat rantai. Baju ni baju lama tapi saya minta adik saya jahit manik kerana saya nak pakai masa raya ni. Maklumlah saya tak buat baju raya tahun ni.
Rata-rata kawan-kawan yang menghantar baju untuk dijahit manik berpuas hati dengan jahitan adik saya. Tapi saya lah yang serik sebab kena pergi beli manik ikut warna baju. Kalau sepuluh baju yang nak dijahit, sepuluh la yang saya bawa kekedai. Apapun saya sentiasa menyokong apa saja yang adik-adik saya lakukan. Semoga kemahiran yang arwah ibu saya ajar ini tidak diperam begitu saja.
Posted by Picasa

Beraya Di Rumah Abah

Walaupun kita telah berhari raya selama 17 hari namun saya masih belum berkesempatan berkunjung ke rumah abah saya di Labu. Kadangkala bila dah plan ada je halangannya. Abah saya ni nampak muda walaupun dah berusia 51 tahun. Bila berjalan dengan kami adik beradik nampak macam berjalan dengan girlfriend pulak. Saya sangat menyayangi abah saya ini walaupun abah saya ini telah bercerai dengan ibu semenjak 1995 lagi. Sekarang yang tinggal hanya abah saya ni. Sebaik mungkin saya akan menjaga kebajikannya.

Inilah abah saya. Sentiasa tersenyum dan ketawa. Mungkin itu petua awet muda kot!!!
Abah dengan adik saya yang no 3. Anak saya pula memang takleh tengok camera. Mesti nak posing punya.


Macam pakwe dan makwe kan bila saya duduk di sebelah abah saya ni..



Adik bongsu saya ni memang manja dengan abah saya ni. Minta apa je mesti dapat.

Anak saya tetap nak menyelit kat belakang. Tapi nampak tangan je la.
Abah saya dengan adik saya yang no 2.

Malam itu saya sekeluarga pulang dengan perut yang sangat kenyang. Makcik saya masakkan saya lauk ikan sembilang salai masak lemak, ketam masak kari, sambal sotong dan ada beberapa sayur yang digoreng. Saya pula memang tak makan dari pagi. Apalagi 2 pinggan saya makan kat rumah abah saya ni. Tapi takpe la bukan selalu saya berkunjung kat rumah abah. Biasanya saya jumpa abah saya di luar kerana makcik saya ada mood melayan kami semua. Kadangkala makcik saya boleh menjadi baik sangat dan kadangkala sebaliknya. Walauapapun saya langsung tak berkecil hati. Bagi saya yang penting adalah kebahagiaan ayah saya. Tentang saya dan adik-adik biarlah dalam tanggungjawab saya.
Posted by Picasa

Friday, October 17, 2008

Anak Manja Saya..

Inilah anak manja saya Nur Adlyn Nazura.

Saya menjadikan pengalaman menjaga Adlyn ini adalah sesuatu yang sangat indah dalam hidup saya. Sebetulnya Adlyn adalah anak jiran saya. Rumahnya di sebelah rumah arwah ibu saya. Saya menjaga anak ini dari anak ini berusia sebulan lagi. Saya rasa puas dapat melihat tumbesarannya setiap hari. Adlyn merupakan anak ketiga dari empat orang adik beradik. Arwah ibu saya pula sangat rapat dengan Adlyn. Kemana sahaja pasti digendong anak ini sekali. Sekali sekala apabila saya bercuti saya akan membawa Adlyn bersama-sama.
Mulannya saya hanya membawa Adlyn balik kerumah saya setiap hujung minggu sahaja. Tetapi bermula awal tahun ini apabila Adlyn telah mula bersekolah, saya membawa pulang ke rumah saya setiap hari. Saya menanggung perbelanjaan Adlyn sepenuhnya. Termasuklah yuran persekolahan, makan, minum dan sebagainya. Malahan kadang kala saya lihat Adlyn lebih bergaya daripada adik beradiknya yang lain (kerana saya belikan pakaian yang mahal). Walaupun begitu saya tetap membelikan pakaian untuk adik-beradiknya yang lain juga. Tiba hari raya saya rasakan seolah-olah saya mempunyai anak ramai kerana terpaksa berpusu-pusu untuk membeli pakaian budak.
Alhamdulillah.. ibu dan ayah Adlyn sangat memahami kesunyian saya dan suami. Mereka memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya dan suami untuk menjaga Adlyn. Bila cuti sekolah saya membawa ketiga-tiga beradik Adlyn tinggal dirumah saya. Barulah riuh rumah saya dengan suara mereka.
Saya tidak mengharapkan apa-apa dari Adlyn. Saya dan suami hanya menumpang manja. Pada ibu bapa Adlyn juga saya terangkan perkara yang sama. Mereka sangat-sangat memahami. Mungkin kerana mereka juga sangat rapat dengan arwah ibu saya. Kami selalu bercuti bersama-sama. Saya tidak tahu sampai bila saya akan menjaga Adlyn. Tapi saya akan pastikan selama Adlyn bersama saya, saya akan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Bila pertama kali Adlyn memanggil saya Mama, saya rasakan saat itu perasaan yang sangat luarbiasa menular dalam hati saya. Mungkin saya terlalu mengharapkan panggilan mama itu datang dari anak saya sendiri. Apapun Adlyn tetap Adlyn. Saya akan terus menjaga dan membesarkannya sehingga akhir hayat saya. Walaupun siapa tahu masa depan saya mempunyai anak sendiri, Adlyn tetap mempunyai keistimewaan sendiri..

Thursday, October 16, 2008

Kad Hari Jadi Terakhir Arwah Ibu

Arwah ibu saya jatuh sakit pada 7 Jun 2008. Hari jadi arwah ibu saya pula jatuh pada 23 Jun dan saya 18 Jun. Kebiasaanya saya menyambut hari jadi bersama-sama ibu saya. Pada 23 Jun 2008 waktu itu arwah ibu sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka. Saya telah membelikan arwah ibu saya kad birthday walaupun saya tahu arwah ibu saya tidak ingat apa-apa. Yang penting ingatan saya pada arwah ibu tidak pernah padam.
Inilah kadnya...
Waktu menulis kad ini airmata saya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Saya memberi kad ini dengan harapan arwah ibu saya akan cepat sembuh dan dapat membaca kad saya ini. Namun takdir tuhan tak siapa yang dapat menghalang..

Kepada Ibu Tersayang,
Selamat Hari Lahir yang ke 50. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Anak-anakmu mendoakan semoga ibu cepat sembuh dan dapat kembali seperti sediakala.
We love you!!!

Salam sayang....
Balong, Kaklong, Kakngah, Atam dan Kakteh.



Kini segalanya tinggal kenangan buat saya sekeluarga. Kehidupan dan takdir yang telah Tuhan aturkan buat saya dan keluarga saya, saya terima dengan redha. Semoga roh arwah ibu saya ditempatkan dikalangan para solehah.. Amin...

Posted by Picasa