Agak lama juga saya tidak dapat mengisi laman blog saya ini. Bukan sahaja kerana kesibukan namun ada beberapa perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Banyak juga peristiwa yang berlaku dalam penyepian saya kali ini. Bermula dengan majlis pertunangan adik saya yang telah selesai sehinggalah kepada tahap kesihatan saya yang merosot tiba-tiba.
Semalam 18 Jun adalah hari lahir saya. Hari yang saya sendiri tidak ingat dan tidak saya tunggu. Alih-alih diraikan dalam sebuah majlis yang sederhana dan dihadiri beberapa orang kawan rapat dan keluarga. Insyaallah... nanti saya update gambar birthday saya di masa akan datang.
Terima kasih pada sahabat saya yang tidak putus-putus memberikan semangat pada saya disaat saya benar-benar merasakan kehilangan. Juga buat mereka yang sentiasa call/sms saya untuk bertanya khabar, sekalung penghargaan buat mereka. Buat yang sering melewati blog saya ini, insyaallah blog ini tidak akan sunyi lagi kerana saya telah kembali...
4 comments:
SELAMAT HARI LAHIR SHELLY..moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki bersama qaisaa balkish yang comel..jangan sedih2.jaga diri!
selamat hari lahir shelly... rindu rasanya nak baca celoteh shelly.. take care...
Shelly... selamat hari lahir...
semoga panjang umur, murah rezeki dan ceria selalu.
Lamanya shelly menyepi... akak gembira shelly dah kembali... hehe..
salam kak yati..
terima kasih atas doa dan ingatan akak...
salam kak dhan..
nanti kalau shelly dah start menulis tak larat kak dhan nak baca nanti.. take care too..
salam kak ida..
wah..wah... tunggu shelly kembali ke? insyaallah.. kalau tiada aral shelly tak hilang lagi. thanks for wish ye..
Post a Comment