Inilah wajah ceria saya kerana menyambut hari ibu buat pertama kali.
Terima kasih buat suami atas segala yang telah dilakukan. Suami menghadiahkan gelang buat saya tapi saya terlupa snap la.
Kalau kemana-mana, saya tak perlu sentiasa dukung Balqish kerana mak-mak sedaranya akan sentiasa menawarkan diri. Yang baju merah tu bakal adik ipar saya.
Ini adik ketiga saya. Masa menyusu pun saya tak perlu memegang Balqish. Cuma bila menangis sahaja mereka akan menyerahkan kepada saya dan kerja sayalah memujuk Balqish.
Perasaan saya kali pertama mendengar suami berkata "selamat hari ibu, sayang" buatkan air mata saya hampir mengalir. Sekian lama kami menantikan kehadiran cahayamata pengubat lara akhirnya segalanya menjadi pada tahun ini. Tentu sekali selepas hari ibu ada sambutan hari bapa pula. Harapan saya agar saya dan suami dapat mendidik Qaisara Balqish menjadi seorang anak yang soleh, dan berilmu agama yang tinggi... Amin....
0 comments:
Post a Comment