Baru-baru ini iaitu pada 7 Jun 2009 berlangsung majlis pertunangan adik bongsu saya. Pada mulanya majlis diberitahu akan diadakan di rumah saya tetapi ditukarkan ke rumah arwah ibu saya pada saat-saat akhir. Sebelum majlis pertunangan berlangsung, kami empat beradik bersungguh-sungguh menyiapkan hantaran kedua-dua belah pihak. Ini kerana tunang adik saya berasal dari sabah. Jadi menyukarkan mereka membawa hantaran menaiki kapal terbang. Terpaksalah saya dan adik-adik yang lain menyiapkan untuk mereka sekali. Alhamdulillah.. segalanya siap seperti yang dijadualkan.
Inilah bakal mak mertua adik saya yang datang dari Sabah. Malangnya bakal ayah mertua adik saya pula jatuh sakit sebaik tiba di semenanjung.
Ini ketika adik kedua saya menerima sepersalinan kain sebagai hadiah kerana langkah bendul. Cuak juga bakal adik ipar saya bila kakngah minta Myvi sebagai ganjaran.. Berpeluh satu badan.. Last-last bila minta kain aje barulah senyum panjang
Yang ni pulak adik ketiga saya ketika menerima sepersalinan juga. Kalau kakngah minta Myvi sebiji, kaklang pula minta Kenari..
Baru saya perasan date dekat gambar ni lain. Mungkin suami saya lupa mengupdate agaknya camera ni. Meriah sungguh saat-saat ni. Bila selesai saja cincin tunang tersarung di jari adik saya, terasa hilang segala penat ketika bertungkus lumus menyiapkan majlis ini. Air mata saya tumpah lagi di majlis ini. Kalaulah ada arwah ibu... pasti kemeriahannya berganda...
Inilah keluarga kecil saya.. Balqish dah mula meragam kerana ramai yang mengomol pipinya.. Memang comel Balqish hari ini.. apatah lagi ketika menggayakan baju gaun pemberian kak norhayati berahim..
Inilah tunang adik saya. Namanya Awang Mukmin. Mulanya suami saya kata tak boleh datang tapi kalau tunang adik saya tak datang mesti sesat barat keluarganya mencari rumah saya. Inipun gambar curi-curi semasa keluarga dari sebelah hendak berangkat pulang.
Bergambar kenangan setelah selesai semua tetamu pulang. Inilah ketiga-tiga adik buah hati saya. Tanggungjawab menjaga mereka terletak di bahu saya dan suami sekarang.
Lagi gambar adik saya bersama sebahagian hantarannya..
Saya menyelit mengabadikan gambar saya selepas selesai majlis menyarung cincin. Sama cantik saya pada hari tersebut (perasannye... he..he...)
Terlanjur saya memasukkan entry mengenai majlis pertunangan adik saya ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis saya pada kali ini. Tanpa saudara mara terdekat, kesemua kenalan arwah ibu saya yang sanggup datang sehingga ke lewat malam dan rakan-rakan saya dan keluarga pasti majlis saya tidak akan semeriah ini. Walaupun tarikh 7 Jun ini jatuh pada hari keramat pada kami sekeluarga (tarikh ini adalah tarikh ibu saya jatuh di dalam bilik air) namun demi kerana adik bongsu kesayangan saya, saya ketepikan rasa hiba dan menguruskan majlis sebaik mungkin. Dan inilah hasilnya... Doa saya semoga adik saya kekal hingga ke hujung nyawa bersama pasangan pilihannya.. Tempuhilah alam pertunangan ini dengan penuh kesabaran kerana banyak sungguh dugaan dan cabaran yang akan dilalui..
P/S : Bila la agaknya buah hati adik saya yang kedua dan ketiga nak masuk meminang agaknya?
1 comments:
shelly,
foto last tu... apsal yg sebelah lagi chomel dr pengantin... ihikkksss.. ;)
Post a Comment