CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 21, 2009

Hari Lahir Saya...

Sambutan hari lahir saya kali ni disambut sehari lebih awal iaitu pada 17 Jun bertempat di sebuah restoran di pinggir bandar seremban. Restoran yang telah beberapa kali saya kunjungi sentiasa buat saya senang dengan layanan yang diberikan. Bezanya sambutan hari lahir saya kali ini langsung tidak saya sedari pada mulanya. Saya tidak tahu bila masanya suami saya membelikan hadiah buat saya dan adik-adik saya membelikan kek buat saya. Padahal saya menaiki satu kereta dengan mereka. Bersama-sama saya dan keluarga, suami juga menjemput sahabat karib saya dan suami iaitu Balong Nizam dan Kaklong Jana. Kali ini mereka membawa kesemua anak-anak bersama. Memang meriah walaupun sederhana. Walaupun begitu hati saya tetap hiba kerana arwah ibu saya tidak ada bersama. Juga seorang lagi sahabat karib saya Kakngah Razia dan Bangah Hisam. Oleh kerana telah selalu bersama-sama walau kemana-mana, sudah tentu ketidakhadiran mereka buat majlis seperti ada kekurangannya.

Gembira saya dengan kejutan ini. Senyum pun lebar sampai ke pipi. Yang sedang menunggu sambil menongkat dagu tu adalah anak kaklong Jana yang bongsu, Dini. Mungkin Dini tak sabar nak makan kek tersebut sedangkan aunty shellynya sibuk bergambar.

Walaupun kek belum dipotong, namun krimnya dah sampai ke mulut Balqish. Biasalah kalau pasal makan, Balqish mesti tak nak kalah... Rasa macam kanak-kanak lagi bila disuruh tiup lilin.

Rasanya adik bongsu saya yang buat Peace ni dah boleh kawin lum? Sebabnya dialah yang bertunang tempohari. Tapi perangai masih macam budak-budak lagi. Tengoklah Dini tu tunggu kek dengan sabar...

Tengok la Balqish..... (sorry la memang banyak gambar saya aje sbb mereka snap gambar saya je)

Yang ni lagi buat saya terkejut. Sehari sebelum saya mendapat hp Nokia E75 dari suami, saya menunjukkan keratan akhbar pasal hp ini. Tak sangka keesokkan harinya saya dapat hp ni dari suami sempena hari lahir saya. Thank you hubby....

Ini pula kiriman hadiah dari Kakngah Razia buat saya. Terima kasih kerana still mengingati hari lahir saya. Saya terima beberapa hari selepas hari lahir saya.

Inilah Kaklong Jana.. masih lagi cantik walaupun telah berusia 40an. Still maintain dan anggun lagi. Terima kasih kak!!!! Kaklong jana ni sedang mengidam anak perempuan sebab telah memiliki anak lelaki 3 orang. Saya doakan moga-moga tahun ni ada rezeki.. Amin..

Orang kuat majlis malam hari lahir saya. Terima kasih yang tidak terhingga suami tersayang. Sayang abang selalu!!!!

Buat mJustify Fullereka yang mengirimkan sms dan mms pada saya, seperti biasa terima kasih kerana masih mengingati hari lahir saya. Persahabatan merekalah yang banyak membahagiakan saya. Kepada adik-adik saya, kasih sayang kaklong tidak bersempadan pada kalian semua. Saat suka dan duka yang kita kongsikan bersama adalah saat-saat terindah dalam hidup kaklong. Percayalah... walaupun tanpa ibu kita masih lagi saling memerlukan dan kaklong sentiasa bersedia menghulurkan tangan andai kalian memerlukan....

0 comments: