Hari pertama ke pejabat, mata saya dah mula berpinar-pinar melihat meja yang penuh dengan fail dan surat menyurat yang perlu saya tandatangani. Saya tidak tahu fail mana yang harus saya capai dulu. Pening kepala saya bila terpaksa review benda yang sudah 2 3 bulan berlalu. Tidak cukup dengan documentation yang terpaksa saya uruskan, tengahari pula saya terpaksa pergi ke site untuk melawat tapak projek. Dengan cuaca yang tidak menentu dan keadaan persekitaran yang tidak menyenangkan membuatkan saya rasa macam nak pulang ke rumah dan tidur. Situasi ini adalah situasi yang sama ketika mula-mula saya menceburkan diri dalam bidang ini. Penat usah ceritalah.. rasa nak berjurai air mata bila kaki rasa nak patah (mungkin badan dah berat kot...)
Dalam perjalanan balik ke rumah lewat petang, saya dah rasa penat yang amat sangat. Mungkin keadaan saya yang tidak berapa sihat lagi membuatkan badan rasa lesu dan tak bermaya. Planning saya sampai rumah nanti nak tidur sebentar. Tapi sampai aje di pintu rumah, bila terlihat Balqish yang terlompat-lompat memanggil saya hilang rasa penat yang beria tadi. Sendi yang longgar tadi langsung tak terasa. Apa yang saya tahu, saya nak bergurau dulu dengan Balqish. Sekarang saya tahu perasaan ibu-ibu yang terpaksa meninggalkan anaknya di rumah2 orang untuk dijaga dan nurseri. Perasaan itu lebih-lebih lagi bila ianya anak pertama dan masih baby lagi.
Masuk hari ke dua dan seterusnya, fail sudah mula surut dari meja saya. Dalam masa yang sama juga, tapak projek pun harus saya lawati. Namun alah bisa tegal biasa. Segalanya tidak menjadi masalah buat saya lagi. Cuma minggu hadapan saya diminta menghadiri kursus selama empat hari di Oakland. Mujur ianya diadakan di Seremban. Jadi tak perlulah saya tidur di hotel selama empat hari tersebut. Jadual saya sudah mulai penuh dengan aktiviti dan kursus-kursus yang terpaksa saya hadiri sehingga lepas raya nanti. Segalanya saya susun agar tidak bertindih dengan tarikh-tarikh penting. Contohnya tarikh check up Balqish atau tarikh percutian keluarga yang telah dirancang awal.
Hari ini ada 8 sebutharga yang telah siap saya kirakan harganya. Hampir jam 7 .30 juga saya sampai dirumah. Walaupun minggu ini minggu yang meletihkan tapi saya puas saya telah berjaya menyusun atur kerja saya semula yang telah hampir 7 bulan saya tinggalkan dalam masa kurang dari seminggu. Kira masih belum berkarat lagilah otak saya ni..
Terima kasih kat adik saya kerana sudi menjaga Balqish untuk saya. Juga buat suami kerana masih mempercayai lagi kebolehan saya sehinggakan suami memberi beberapa kerja penting dan meminta saya menyelesaikannya. Saya berdoa pada Tuhan agar memberi saya kesihatan tubuh badan (walaupun badan saya lemah lagi) untuk terus berusaha mencari rezeki untuk keluarga saya. Kerja itu satu ibadah. Akan saya laksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehi rezeki yang halal. Terima kasih juga buat sahabat saya Aisyah Malek kerana sudi datang sendiri ke pejabat untuk menghantar hadiah harijadi buat saya.