CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 14, 2009

Happy Birthday Kakngah... 26th..

Agak lama juga saya tidak dapat menulis didalam blog saya ini. Nak kata sibuk sangat, tak la pulak. Mungkin penyakit 'M' agaknya.. Banyak juga perkara berlaku semasa saya tidak menulis di sini. Antaranya semasa saya dan adik-adik yang lain membuat suprise untuk adik saya yang kedua pada hari jadinya (22 Jan 2009). Sebenarnya kek ini bukan kami yang sponsor tapi boypren adik saya yang di Pahang tu. Oleh kerana dia tidak dapat menghadirkan diri jadi dia mewakilkan adik bongsu saya untuk membelikan kek bagi pihaknya. Wah...Wah...Wah... romantisnya...


Tengoklah adik bongsu saya tu. Excited punya pasal helmet kat kepala pun tak sempat nak tanggalkan. Waktu ni dalam pukul 10.30 malam. Adik bongsu saya balik kerja pukul 10.00 malam terus pergi kedai kek untuk mengambil kek tersebut. Nasib baik kedai tu tutup pukul 11.00 malam.

Ni birthday sapa sebenarnya ni? Orang lain punya birthday orang lain yang terkejut.... Yang belakang tu buah hati adik bongsu saya. Setia menanti dipelawa untuk makan kek aiskrim tu...

Si Adlyn ni memang tak sabar suruh kakngahnya potong kek tersebut.. Sebabnya Adlyn tahu kek tersebut kek aiskrim.. Walau apapun sempat juga la posing. Kakngah yang sudah berbaju tidur tak sempat nak menukar baju yang lain kerana suprise kami..


Saya pun dah mengantuk masa ni... Asyik berposing je.. bila nak makan ni? Apapun saya mengharapkan dengan pertambahan usia akan mematangkan lagi kakngah untuk menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan cepat-cepat dibukakan hati untuk berumahtangga. Maklumlah usia dah menginjak ke angka 26 tahun ni... Amin....


Adik ketiga saya Sue ni agaknya dah lapar sangat kot! Lambat sangat potong kek telinga orang nak digigitnya... Walaupun majlis ini tak seberapa untuk kakngah namun saya mengharapkan yang terbaik dalam hidupnya.. Untuk Amin di Pahang, terima kasih kerana sentiasa mengambil berat tentang adik saya Shila ni. Dan saya sebagai kakak mendoakan agar jodoh kalian berdua akan sampai tak lama lagi...

** HAPPY BIRTHDAY KAKNGAH SHILA 26TH **

0 comments: