CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 15, 2009

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan..

Baru-baru ini saya dan suami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 5 (17/12/2008). Tidak ada acara yang khusus pada tarikh tersebut. Saya hanya berpeluang membelikan kek dan bunga lantaran kesibukan saya menguruskan beberapa perkara yang penting. Saya juga sempat menyambar dua tiga helai kameja berjenama untuk dihadiahkan kepada suami saya. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, suami amat jarang membelikan hadiah untuk saya pada tarikh tersebut. Kebiasaannya saya akan mendapat hadiah samaada awal dari tarikh tersebut ataupun lewat. Mula-mula berkahwin perkara ini membuatkan saya merajuk. Saya merasakan suami tidak mengambil berat tentang tarikh yang paling bermakna dalam hidup kami berdua. Lama kelamaan saya mula memahami sikap suami. Takpelah yang penting suami masih sayang pada saya lagi.

Tahun ini saya mendapat dua hadiah dari suami. Ekstra katanya kerana penat lelah saya yang menjaga Qaisara Balqish siang malam. Walaupun itu tanggungjawab saya sebagai ibu tetapi suami berterima kasih kerana saya amat memahami keadaannya yang selalu out station. Bagi saya sendiri menjaga anak bukan satu bebanan kepada saya malahan saya berasa seronok kerana saya sudah lama menantikan kehadiran cahayamata dalam rumahtangga saya.

Suami meminta saya memilih salah satu beg yang terdapat dalam butik GUESS di The Garden Mid Valley. Saya pun hairan kerana baru bulan Nov 2008 suami membelikan saya handbeg jenama BONIA kepada saya. Tapi bila suami dah minta saya pilih saya pilih je la. Inilah begnya yang saya pilih. Ini kali pertama saya memakai beg berjenama GUESS.

Ini hadiah kedua dari suami. Jam tangan berjenama SOLVI TITUS yang juga dibeli di The Garden Mid Valley. Saya memang jarang menukar jam tangan. Kebiasaannya saya akan memakai sehingga jam tersebut rosak baru saya akan membeli yang lain. Tapi bila suami dah memilih jam yang ini saya menerima dengan senang hati. Jam lama saya jenama BONIA (saya memang peminat jenama BONIA) saya simpan dalam kotak semula walaupun jam tersebut belum lagi rosak.

Buat suami terima kasih diatas segalanya. Semoga kasih dan sayang kita berpanjangan sehingga akhir hayat kita. Luv u so much!!!!

2 comments:

zara aluwi said...

Semoga bahagia selalu di samping suami dan Qaisara Balkish.

Anonymous said...

i like...
bestnya anniversary dapat hadiah...
i nih..hehehe..ntah bila?