CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 12, 2009

Happy Belated Birthday Qaisara..

Semalam sempatlah saya meluangkan masa ke rumah kak yati kerana menghadiri majlis harijadi Qaisara. Memang meriah majlis yang saya rasa serba hijau tu. Ramai juga penulis dari NB KARA yang hadir. Saya pula mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan dengan keluarga kak yati yang saya kira sangat peramah semuanya. Sempat jugalah saya berborak dengan Kak Zara dan Kak Sarnia yang telah lama ingin saya temui. Malangnya akibat terkocoh-kocoh nak keluar rumah saya terlupa nak membawa kamera bersama. Rugi pulak rasanya. Kalau tidak boleh berposing sakan.

Sempat jugalah saya membelikan teddy bear untuk dihadiahkan kepada Qaisara sempena hari jadinya. Harap-harap Qaisara jadi anak yang baik dan solehah buat kak yati sekeluarga. (maaflah kak yati saya copy gambar ni dari blog akak)

Pertemuan pertama saya dengan anak dara kak yati yang sorang lagi tu. Si Balqish la.. Qaisara + Balqish = Qaisara Balqish

Buat kak yati, thanks for everything. Layanan yang baik dan makanan yang sedap. Dua kali saya tambah spagetti yang kak yati hidangkan. Buat kak zara saya bertuah dapat mengenali akak zara yang saya kira sangat banyak pengalaman hidupnya. Kak sarnia nice to meet you!!!!!

1 comments:

zara aluwi said...

Qaisara tunjuk 'peace', Balkish pun tunjuk 'peace'... Ala sayang si Qaisara Balkish pun dah pandai tunjuk 'peace'...