Saya mengharapkan Qaisara Balqish akan menjadi anak yang baik untuk saya suami isteri dan menjadi muslimah yang sejati. Amin..
Mendengar tangisannya kali pertama, saya seperti bermimpi. Benarkah saya telah menjadi seorang ibu? Kerana telah terlalu lama rasanya saya menanti gelaran ibu akhirnya impian saya menjadi kenyataan pada 2008.
Alhamdulillah Qaisara Balqish tidak banyak karenah. Menangis apabila ingin menyusu. Selainnya kalau tidak tidur akan terkebil-kebilah matanya melihat persekitarannya.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya buat Kak Norhayati Berahim sekeluarga, kak sue, kak husnia, kak razia dan beberapa orang perseorangan kerana tanpa mereka impian dan cita-cita saya tidak akan kesampaian. Jasa dan budi mereka akan saya kenang sehingga akhir hayat saya. Terima kasih kepada kakitangan hospital SALAM di Senawang kerana menjaga saya dan Qaisara Balqish dengan baik semasa saya menjaga Qaisara Balqish yang kuning.
0 comments:
Post a Comment