CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 2, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Diam tak diam sudah berakhir tahun 2008. Saya juga telah lama tidak dapat menulis lantaran kesibukan yang berganda. Apa yang dapat saya ulaskan mengenai 2008? Tetapi ada 2 perkara besar yang terjadi dalam 2008 yang tak mungkin saya lupakan sepanjang hayat saya.

1. Pada 26/7/2008 saya telah kehilangan ibu saya yang paling saya sayang. Walaupun sukar untuk diterima pada mulanya tapi berkat sokongan dari keluarga dan kawan-kawan yang lain akhirnya saya sudah dapat menerima Qada dan Qadar dari tuhan. Mungkin ini ujian hebat dalam hidup saya.

2. Pada 28/11/2008 saya telah menerima anugerah Tuhan yang tidak ternilai dalam hidup saya. Qaisara Balqish lahir ke dunia dengan seribu satu cerita yang tidak dapat saya ungkapkan disini. Apa yang boleh dikatakan lahirnya Qaisara Balqish membawa perubahan yang berganda dalam hidup saya. Selama 5 tahun menunggu akhirnya tercapai jua hajat dan cita-cita untuk menimang cahayamata.

Teringat saya pada kata-kata kawan saya ketika saya kehilangan ibu dahulu.
"Tuhan menduga kita mengikut tahap kemampuan diri kita. Bersabarlah dengan dugaan mungkin ada hikmah disebaliknya".

Benar kata-kata kawan saya itu. Saya kehilangan ibu tersayang dan menerima orang baru dalam tahun yang sama. Itulah percaturan yang telah Tuhan tentukan buat saya. Saya berharap tahun 2009 ini akan membawa sinar yang lebih gemilang, cemerlang dan terbilang buat saya dan keluarga. Saya berazam untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik, menjadi ibu yang unggul buat Qaisara Balqish, menjadi kakak yang sentiasa ada disisi adik-adiknya dan menjadi anak yang bertanggungjawab pada abahnya.

2 comments:

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Shelly, mmg kehilangan ibu menyakitkan. Walau 'setua' manapun kita kita tetap perlukan kasih ibu...

shelly Yusop said...

begitulah nik.. kesakitan akibat kehilangan itu masih dirasai sehingga ke hari ini.. pedihnya hanya tuhan yang tahu...