CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 16, 2009

Hari Kasih Sayang vs Valentine's Day

Terkedu saya bila menerima sejambak bunga pada hari valentine's daripada suami saya. Padahal saya dan suami sebelum ini tidak pernah menyambutnya apatah lagi bertukar hadiah pada hari tersebut.

Sambutan hari kekasih disambut meriah oleh segolongan yang meraikan sambutan tersebut. Bagi saya tidak ada apa-apa yang istimewa pada tarikh 14 Feb setiap tahun. Bukan sambutan hari lahir saya ataupun hari lahir suami saya. Juga bukan tarikh penting dalam hidup saya. Tapi muda-mudi hari ini terlalu mengagungkan tarikh 14 Feb ini. Bagi mereka pada tarikh ini adalah hari untuk mereka berkasih sayang. Bagi saya kasih sayang bukan hanya perlu pada tarikh ini sahaja. Ianya perlu dipupuk dan dibaja setiap hari. Terutama bagi mereka yang telah berumahtangga seperti saya. Tidak perlu hari tertentu untuk menunjukkan kasih dan sayang kita. Ucapan 'I LOVE YOU' bukan hanya laku pada hari kekasih sahaja.
Saya pula tidak pernah menyambut hari kekasih. Kalau adapun mungkin sewaktu zaman persekolahan dulu. Pada saya apalah ertinya hari kekasih ataupun dipanggil hari berkasih sayang jika terpaksa mengeluarkan belanja yang begitu besar untuk menempah sejambak bunga yang berlipat kali ganda mahalnya. Begitu juga dengan coklat yang harganya kadang kala tak masuk dek akal.
Tetapi apabila tiba pada tarikh 14 feb tahun ini saya mendapat kejutan dari suami saya. Menerima sejambak bunga yang dihantar terus ke rumah saya. Rasa nak menangis pun ada sebenarnya. Bila saya bertanya kepada suami kenapa belikan bunga? Katanya saja je... Walaupun tidak bersetuju dengan sambutan hari valentine's yang sebenarnya mengikut budaya barat, saya menerima hadiah jambangan bunga tersebut sebagai hadiah dari suami untuk saya. Buat suami, kali ini memang menjadi suprise nya..Memang saya tidak menjangka. Thanks a lot.
Peluk kasih dan sayang saya buat suami tercinta. Nak tak nak terpaksalah saya sebut "Selamat Hari Valentine Sayang"..

0 comments: