CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 14, 2009

Malam Sebelum Majlis... 25 Januari 2009

Setelah beberapa kali ditunda akibat daripada beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, akhirnya saya membuat juga Majlis cukur jambul dan berendoi Qaisara Balqish pada 26 Januari 2009. Tarikh tu adalah cuti umum kerana menyambut tahun baru cina. Pada malam sebelum majlis ramai juga saudara mara saya yang datang menolong. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi hadir.

Ini sesi memasukkan telur dalam bunga telur. Walaupun tak banyak hanya 300 unit sahaja tapi berpeluh juga dibuatnya. Nasib baik anak-anak buah (anak kakak ipar saya) saya ramai yang datang. Ringan la sikit kerja tuan rumah ni.

Sementara mereka memasukkan telur, saya menampal teks ucapan yang saya sediakan di muka surat pertama surah Yassin. Yassin itu saya ingin sedekahkan kepada mereka yang menghadirkan diri keesokan harinya. Lagipun saya berniat sedekah untuk arwah ibu saya.


Inilah yang sudah siap disusun. Penuh rumah saya dengan paper beg ini. Dalamnya saya isikan dengan sapu tangan berbentuk rama-rama, muffin, gula-gula, yassin, pulut kuning dan duit.

Inilah anak buah saya yang akan khatam quran esok. Kiri dan kanan ni adalah kembar. Dan yang tengah adalah anak ketiga. Kaklong dan kakngah agak kurang agresif berbanding kaklang ditengah.

Ini pulak sesi mencarik kelopak bunga untuk dikembangkan. Bunga ini akan dihiaskan di buaian Balqish untuk majlis berendoi esok. Saya sengaja memilih fresh flower untuk mendapatkan aura yang berbeza. Oleh kerana yang tukang andam buaian ni datang lewat (kira-kira pukul 12 tengah malam) terpaksalah saya menunggu sehingga siap.

Begitu bersungguh-sungguh sekali mereka menghias buaian Balqish. Mungkin mata mereka pun dah nak lelap. Saya yang duduk kat tepi tu pun dah beberapa kali menguap. Maklumlah dah dekat pukul 2 pagi.

Inilah hasilnya... Cantik tak?

0 comments: