Ada hati yang sedang gelora
Ada jiwa yang sedang resah
Ada cinta yang sedang buntu
Dan...
Ada lara yang sedang derita
Angkara siapakah itu?
Membuat hati bertambah derita
Menahan gelora yang kini beraja
Dalam diari seharian
Menepis segala bayangan
Yang tiba-tiba hadir dalam ingatan
Terimbas segala kecurangan
Terungkai segala soalan
Yang selama ini hanya tertulis di dasar hati...
Keresahan terjawab
Membawa aku ke dunia kelam
Bersama lara di jiwa
Oh mengapa...
Cinta terhakis dengan mudah
Meruntuhkan tembok kasih kita
Sedangkan dulu
Tembok kasih itu begitu kukuh
Menelan dan menepis segala badai yang datang melanda
Kini...
Segala kecurangan dan pengkhianatan telah terbongkar
Menyentap kehidupan bahagia
Sekelip mata
Jangan sesekali cuba menafi
Kerana isteri punya kekuatan tersendiri
Yang mampu mengongcang dunia
Sehingga tak mampu engkau halangi nanti
Pergilah...
Bawa bersama duka yang kau hadiahkan
Bersama cinta palsumu
Kerana disini
Aku ingin mengabdi diri
Pada Yang Maha ESA
Kerana hanya pada DIA
Yang maha mengetahui
Apa yang terbaik untukku
Dan hanya DIA
Yang mampu memadamkan
Sendu dan lara dihati isteri....
p/s : Puisi ini adalah puisi spontan yang saya tuliskan selepas habis menonton drama Hujan Malam lakonan Ida Nerina, Eman Manan dan Aida Aris. Tidak ada kena mengena dengan saya mahupun sesesiapa yang saya kenali.
Harap Maklum...
2 comments:
Semoga isteri yg lara hati itu, mempunyai kekuatan diri untuk mengharungi kehidupan. Insya-Allah, Allah akan sentiasa berada di sisi insan yang teraniaya. Kuatkan semangat. Itu adalah dugaanNya.
bila kita bergelar isteri...sudah semestinya bermacam-macam perkara yang harus kita lalui.
bersabarlah...semoga kita berada dijalan yang diredhai ALLAH
Post a Comment