CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 16, 2009

Sessi Mencukur Rambut

Selesai saja majlis pada petang itu, saya terus mencukur rambut Qaisara Balqish. Saya meminta pertolongan makcik-makcik saya namun tiada seorang pun yang berani mencukur. Kalau diikutkan rambut sepupu-sepupu saya semua arwah ibu saya yang cukurkan. Bila dah semua tak nak, apalagi saya pun memulakan operasi mencukur dibantu oleh adik saya shela dan buah hatinya Amin.

Ini gambar sebelum sesi mencukur dijalankan.

Qaisara Balqish sudah mula menangis apabila saya sudah mengeluarkan pisau cukur.


Bersungguh-sungguh saya mengerjakan kepala Qaisara Balqish. Saya berjaya atasi ketakutan saya dan menyelesaikan tugas saya.

Tergamam si Adlyn bila melihat Amin sudah memegang pisau cukur. Qaisara Balqish sudah mula menyerah diri untuk dicukurkan.


Inilah muka Qaisara Balqish setelah selesai menjalani sesi mencukur. Ala... kesiannya muka...Nak buka mata pun tak larat lagi. Adik-adik saya mengelarkan Qaisara Balqish Upin & Ipin.

2 comments:

ZARA said...

Maaf Shelly,
Kak tak dapat hadir pada hari langsungnya majlis cukur jambul Qaisara. Hari yg sama, mak akak buat kenduri tahlil. Maaf ya...
Wah Meriah sungguh... akak doakan semoga Qaisara cepat membesar dan menjadi insan yg solehah seperti mamanya. Akak doakan kamu dan suami hidup bahagia di samping Qaisara. Amin.

sirNik said...

salam..

comelnya...moga Qaisara sihat skrg ni..