CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 7, 2009

Cerita Balqish Lagi...

Sudah berapa lama agaknya saya tidak mengupdate blog saya ini. Bukan tiada cerita yang hendak diceritakan. Masalahnya saya jarang berada di hadapan komputer. Paling tidak pun saya hanya berpeluang check peti inbox saya melalui handphone. 28 Julai yang lalu, anak saya Balqish genap 8 bulan. Alhamdulillah tumbesaran balqish berjalan seperti yang sepatutnya. Balqish 8 bulan berat 8 kg lebih sikit. Saya sendiri dah tak larat nak dukung balqish. Kalau ke pasaraya pun saya akan dudukkan Balqish di stroller. Itupun tengok mood dia. Kalau mood Balqish ok, selamatlah saya. Kalau mood dia tak berapa nak elok, Balqish akan minta nak berdiri dalam stroller tu. Jenuh nak pujuk..


Sekarang Balqish dah pandai berdiri tapi perlu memegang meja ataupun sofa. Kalau kita yang memegang dah tentu Balqish tak nak.

Masa mengambil gambar ni, saya mengagah Balqish tapi saya yang diagahnya balik.

Waktu ni Balqish dalam stroller. Tengoklah tu... Gaya duduk macam orang yang dah besar mesti kepala nak disengetkan dan kaki mesti atas para stroller. Balqish paling tak suka bila saya membawanya ke tempat kanak-kanak. Sebabnya kakak-kakak ataupun makcik-makcik yang sibuk memilih pakaian anak-anak mereka paling tidak pun akan mencubit pipi Balqish. Kadang-kadang sampai merah pipi Balqish dicubit.

Ini tentu sekali kerja makcik-makciknya.. Tapi Balqish selamba je.. Dia paling suka bergambar. Mungkin mengikut mamanya yang suka bergaya.. he..he..

Ini kerja saya.. Ayu sungguh anak saya kan? Ala-ala perempuan melayu terakhir...

Perjalanan Balqish masih jauh. Namun sebagai ibu saya mengharapkan yang baik-baik saja dalam hidupnya. Sekarang pun Balqish dah pandai bertatih sedikit demi sedikit. Dia pun sudah pandai menegur orang disekelilingnya. Rasanya mungkin hari raya yang bakal tiba nanti Balqish dah boleh mengenakan baju kurung. Tak sabar rasanya....


7 comments:

dhan said...

gerammmnya shelly dgn balqis nih... gebu..
tiapun baru 7kg lebih walaupun mkn jer.. pipi jer naik.. yg lain camtuh gak.. maybe dia dah bertambah lasak...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Masya-allah balkish dah besarnya dia. Geram menengoknya...dalam diam2 dah 8 bulan aik...

shelly Yusop said...

salam kak dhan...
balqish ni semua benda dia nak makan. kalau kita mengunyah dia mesti mengendeng sebelah kita. sebab tu badan pun naik tu... agaknya kalau dah lasak sikit, mesti turun kot berat balqish sikit.

salam kak yati..
tahu pun dah besar.. sebab tu rasa macam sayang je nak tinggalkan dia kalau ke mana2. asyik teringat telatahnya je...

idasm said...

wah.. balkish dah besar! comelnyer balkish! telatahnya ada sikit2 mcm solehinlah shelly , tp solehin baru 7 bulan, berat rasanya dh 9 kg kot.. ibunya mmg tak larat dukung dia..
suka tgk aksi posing balkish!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

comelnya anak dara shelly nih!! geram tgk.. nak cubit2 je rasa hehehe

zara aluwi said...

Betul lah Nik... akak pun rasa nak cubit-cubit pipi gembol dia tu. Tentu semput akak, bila dukung si Balqish ni. Alahai Balqish... canteknya pakai tudung tu. Nak kemana tu makcik...

shelly Yusop said...

kak ida, diam tak diam balqish dah 8 bulan lebih. rasa macam sekejap je. mungkin kita boleh pertemukan solehin dgn balqish satu hari nanti...he..he...

kak nik,
tak payah la cubit. kesian dia asyik kena cubit je... bertambah gembol la pipi bila selalu dicubit..

nantilah kak zara, shelly bawa dia jumpa akak. nak tahu semangat ke tak kenalah dukung sendiri...