CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 21, 2009

Belajar Lagi...

Baru-baru ini permohonan saya untuk sambung belajar secara out campus diterima. Saya akan memulakan pengajian pada 8 Ogos ini di Universiti Malaya dalam jurusan Bisnes. Perasaan saya bercampur baur bila diberitahu akan permohonan saya yang berjaya. Terfikir akan Balqish sebenarnya. Rasanya tak sanggup nak tinggalkan dia sehari suntuk. Dalam masa yang sama saya berasa seronok kerana berpeluang menambah ilmu disaat usia yang telah hampir ke angka 30. Berkali-kali suami mengatakan saya boleh dan pasti boleh.. Insyaallah saya akan berusaha sehabis baik dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri ibu dan dalam masa yang sama pelajar. Doa saya semoga Tuhan melapangkan hati saya selapang-lapangnya untuk menerima ilmu yang diberikan... Amin...



9 comments:

zara aluwi said...

Assalamualaikum Selly,
Dalam jangka usia yang masih muda inilah patut ditimba segala ilmu. Insya-Allah, masa itu tetap ada untuk kamu bahagi-bahagikan. Semoga Selly berjaya memenuhi cita-cita hingga berjaya.

dhan said...

Tahniah shelly...
jeles.. dhanpun ada rasa cam nak sambung belajar.. tapi memikirkan komitmennya.. aduh..

idasm said...

syabas shelly.. walau shelly rasa agak mencabar, tp kak ida yakin shelly boleh dan pasti berjaya dgn cemerlang. amin!!!

shelly Yusop said...

salam kak Zara,
muda ke shelly ni? Insyaallah kak zara.. shelly akan usahakan agar semua berjalan dengan lancar. mungkin awal2 ni akan kelam kabut sikit la kot. tapi shelly rasa lambat laun semua akan menjadi sediakala semula.

salam kak dhan...
terima kasih.. pada mulanya shelly pun rasa macam tu jugak. takut tak mampu nak bagi komitmennya. tapi shelly bulatkan tekad dan terus aje hantar borang permohonan. tak sangka pulak di terima lagi...

salam kak ida,
terima kasih la bagi sokongan. entah bagaimanalah gayanya dah tua-tua ni pergi sekolah balik. shelly pun harap2 shelly berjaya. kak ida, shelly doakan kak ida akan memperolehi cahayamata tahun ni...

Unknown said...

salammm...
congrats jugak...
nway.. itulah pengorbanan namanya...

p/s: bestnya kalau dpt smbg bljr... emmm...

shelly Yusop said...

salam pija..
salam perkenalan dari saya.. kalau pija nak belajar tentu ada lagi pilihan di masa hadapan. sekarang nak menimba ilmu bila2 dan dimana2 pun boleh. cuma nak dengan tak nak je...

Unknown said...

tahniah shelly...
muda lagi tu.. pasti lebih bbangga sbb dah ade anak... semoga bjaya..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

shelly..
tahniah, tahniah and tahniah..
mesti sedih tinggalkan balkishkan..
asal tak ambil di UKM atau UPM sahaja..jauhnya UM tu..he.he..

shelly Yusop said...

salam kakyong,
terima kasih atas ingatan.

salam kak yati,
thank you, thank you, thank you..
Dah rezeki kat UM nak buat macam mana. Entah la, rasa macam nak bawa je balqish kat UM tu...