CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2009

Terima Kasih Atas Persahabatan Kamu...

Saya tidak begitu lama mengenalinya. Bermula sebagai rakan kerja dan terus menjadi rapat sehingga ke hari ini. Mungkin kerana sikapnya yang selamba dan ramah membuatkan saya senang bersahabat dengannya. Setiap hari saya senang berbual dengannya. Dari cerita kerja sehingga kadangkala kepada cerita lucu rumahtangga. Rakan baru saya ni namanya Noor Azireen Binti Mohd Rezi. Tapi saya memanggilnya Erin. Kami berdua sebaya dan mungkin juga kerana faktor itu kami mudah mesra. Kini saya lebih selesa bergerak dan melawat tapak dengannya kerana tidak mungkin lagi timbul fitnah yang bukan-bukan kerana kami sama jantina.

Gambar ni saya snap semasa saya dan Erin bersama-sama menghadiri kursus selama 2 hari.

Walaupun persahabatan ini saya anggarkan masih baru namun saya betul-betul gembira setiap hari dikelilingi dengan ketawa dan lawak-lawak jenaka dari Erin. Dan entah kenapa walaupun hari lahir saya telah berbulan-bulan berlalu namun Erin bermurah hati menghadiahkan sun glass yang saya pakai ini. Saya amat-amat menghargai hadiah yang diberi. Sebenarnya persahabatan tidak boleh diukur dengan wang dan benda namun saya tahu Erin benar-benar ikhlas semasa memberikan hadiah ini. Dan sebagai sahabat, saya menerimanya dengan hati yang gembira.

Yang paling penting, suami saya menerima Erin sebagai sahabat baik saya kala ini. Suami Erin juga baik orangnya. Walaupun suami Erin berada dalam bidang yang berbeza dengan Erin, saya dan suami namun kadangkala suami Erin juga turut serta turun padang untuk melihat hasil kerja yang dilakukan kami sebagai kontraktor.

Saya mengharapkan persahabatan baru saya ini akan terus kekal hingga ke hujung nyawa saya. Kerana bagi saya persahabatan adalah untuk dijalinkan dan dikembangkan dan andai putus sebelum waktunya pasti ada sesuatu halangan yang mungkin tidak kita sedari. Buat Erin, Zairi (suami), Nurin dan Insyirah terima kasih kerana menerima saya sekeluarga sebagai sahabat baru keluarga kamu..


1 comments:

idasm said...

seronokkan bila ada best friend. akak pun dh ada best friend kat kolej sekarang ni..