CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 27, 2009

Congrat to my sis... razia & hubby

Tiada kata-kata yang dapat saya susun untuk menggambarkan betapa gembiranya saya apabila diberitahu yang kakngah Razia saya sedang berbadan dua. Syukur kepada Tuhan kerana menerima doa mereka kerana setelah hampir 12 tahun menunggu akhirnya saat itu tiba jua. Sebenarnya saya dah lama nak update entry ini, tapi disebabkan oleh pengalaman-pengalaman lalu (keguguran) jadi saya rasa tak sesuai sehinggalah bila usia kandungan dah masuk ke fasa ke empat (betul ke?)

Kak Razia dan Suami di Bali...

Walaupun saya diberitahu keadaan yang agak mencabar kerana mengalami chicken pox dan muntah-muntah yang berterusan, saya harap kak Razia tabah dan sabar untuk menghadapinya. Lebih-lebih lagi sekarang bulan Ramadhan. Tentu cabarannya lebih sukar dan payah. Namun begitu saya mengharapkan agar impian memperolehi cahayamata kali ini akan berhasil. Tuhan Maha Mengetahui apa yang diatur untuk kita. Hayatilah saat-saat sekarang kerana mungkin saat sukar sekarang akan menjadi saat-saat terindah dalam hidup akak...

So... to both of you.... Congratulation.....

Welcome to my world....

2 comments:

idasm said...

bestnya! syukur sangat bila dengar diorang bakal dpt cahayamata setelah 12 tahun menanti. harap2 kak ida pun akan ada rezeki satu hari nanti..
semoga semuanya selamat buat pasangan razia n suami.
shelly, take care...

shelly Yusop said...

itulah kak ida...
masa mereka dah tiba.. masa kak ida juga akan tiba satu hari nanti. yang penting kesabaran dan terus berusaha. diorang pun dah hampir nak ambil anak angkat tapi suami kak razia berat hati. rupa-rupanya kak razia dah berisi. syukur... kerana impian mereka menjadi realiti.