CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 16, 2009

Tahniah Kak Rose Harissa @ Nora Ismail

Hari ini apabila saya membaca suratkhabar berita harian, tiba-tiba apabila sampai ke Edisi Khas Petronas CubPrix saya rasa saya mengenali seorang wanita yang sedang bergambar dengan pelumba Petronas Sprinta iaitu Elly Idzlianizar Ilias. Bila diamati betul-betul sah la wanita genit itu adalah salah seorang penulis admire saya iaitu kak rose @ nora. Punyalah bangga bila dapat melihat satu lagi kejayaan kak rose menghasilkan buku 'EVOLUSI ELLY'. Dengarnya buku ini banyak menuntut pengorbanan dan airmata kak rose. Jika benar maka kejayaan menghasilkannya adalah sesuatu yang patut dibanggakan.

Ini keratan yang saya scan dan crop dalam akhbar berita harian khamis 16/4/2009

Walauapapun tahniah saya ucapkan buat kak rose kerana berani membuat pembaharuan dalam dunia penulisan akak yang selama ini terikat kepada ala-ala genre percintaan sahaja. Selepas ni bolehlah akak mempelbagaikan lagi dengan genre2 yang lain pula. Saya akan sentiasa menyokong karya-karya akak khususnya dan karya-karya penulis-penulis melayu yang lain amnya.


2 comments:

ain said...

tahniah untuk Cik Rose Harissa! keep it up!!

Rose Harissa (NORA) said...

shelly : tengkiu laling... sbb sudi tampalkan story akak kat sini... hehehe... tensen jek tgk muka sendiri yang masam itu.,.. nervous sebenarnya... hahaha

ain : terima kasih juga...:)