Tengoklah kak Norhayati Berahim tak berhenti menandatangani buku untuk peminatnya. Sekali pandang dah macam selebriti tv pulak kak yati ni..
Saya kalau dah jumpa kak yati memang tak boleh berhenti bercerita. Ada-ada saja yang kami bualkan. Kerana sejak saya kehilangan ibu, kak yati menjadi tempat rujukan saya terutama yang melibatkan Balqish. Ala-ala kaunter pertanyaan la kak yati ni. Tapi saya terpaksa menghadkan perbualan kerana memberi peluang kak yati melayan peminat yang lain.
Inilah Kak Razia yang menemani saya ke pesta buku. Bukan setakat temankan saya saja malah menjadi jurugambar tak berbayar petang itu. Gambar saya semua kak razia yang ambilkan. Thanks kak...
Bukan sukar memujuk anak dara kak yati ni bergambar sama. Tunjuk je camera bibir mungil Qaisara dah mula tersenyum. Saya pula walaupun dah banyak bergambar dengan Qaisara tetap nak ambil juga sebagai kenangan di pesta buku. Umminya sibuk layan peminat, anaknya sibuk berposing...
Sekeping lagi gambar saya bersama kak yati akan saya bawa pulang. Kak Yati ni peramah orangnya dan baik tau!! (kak yati, ada royalti tak puji lebih sikit? he..he..) Saya tidak membeli buku kak yati di pesta buku ini sebab saya telah ada kesemuanya. Jadi seperti biasa borak, borak dan borak je la...
Inilah kak Lily Haslina Nasir. Saya terpaksa pose ala-ala model sebab semua penulis duduk. Kak Lily ni saya kenali melalui buku beliau yang agak lama iaitu Mencari Diri. Saya ingat lagi kalau tak silap saya meminjam buku tersebut dari kawan saya ketika saya study di EDI College di Taman Melawati. Sekian lama beradmire dengan penulis mencari diri, barulah kenali orangnya. Kalau nak tahu, banyak yang ingin saya tanyakan pada kak lily tetapi kegugupan saya menghalangnya. Akhirnya tak banyak yang dapat saya borakkan dengan kak lily. Jika berkesempatan di lain kali berjumpa dengan kak lily akan saya gunakan untuk bercerita dan bertanya lebih banyak lagi.
Inilah Kak Nora Ismail @ Rose Harissa. One of my favourite writer.. kira admire jugalah. Seperti kak lily dengan kak nora ni pun saya rasa sangat-sangat gugup. Saya pun tak tahu mengapa tiba-tiba rasa macam tu sedangkan saya seorang yang ceria. Saya rasa kak nora ni seorang yang gila-gila macam saya kot.. Tengoklah tangannya tu.. Ala-ala penyanyi rock gitu! Best sungguh dapat jumpa kak nora ni. Sampai terbawa dalam mimpi..he..he..
Ni pula Zuliana Abuas penulis buku Viva Sakura. Perjumpaan ni perjumpaan kali kedua selepas di rumah kak yati masa birthday Qaisara. Kekok juga pada mulanya. Lama-lama okey sikit. Saya tanya pada Jue next produk after Viva Sakura. Katanya dalam perancangan. Harap-harap selepas Viva Sakura, Jue akan menghasilkan buku yang lebih power lagi. Insyaallah...
Iejay Zakaria penulis novel Lagu Cinta. Pertama kali mengenalinya buat saya rasa sangat senang. Walaupun tidak banyak yang dibualkan namun senyuman manis yang sentiasa di bibir iejay buat saya rasa selesa. Doa saya moga iejay akan menjadi penulis yang tersohor satu hari nanti sentiasa dapat melahirkan buku-buku yang baik dan berbeza gaya penceritaannya.
Salah satu sebab saya terpanggil untuk datang ke pesta buku tersebut adalah kerana wanita bertudung hitam ini. Perjumpaan yang santai dan dikelilingi dengan anak-anak yang comel. Inilah dia Nik Fauziah Nik Hussin (majalah muslimah). Terima kasih kak Nik sebab sudi tunggu saya datang. Walaupun berjumpa sekejap di Pan Pacific namun ianya amat bermakna buat saya. Harap-harap persahabatan kita berterusan sampai bila-bila..
Saya hampir tidak dapat berjumpa dengan Kak Sarnia. Ini kerana kak sarnia tidak berada di booth NB Kara. Nasib baik ketika saya tercari-cari jalan keluar saya ternampak kelibatnya. Alhamdulillah dapat juga kita berjumpa walaupun sekejap. Untuk memberikan sokongan kepada kak sarnia saya membeli juga buku terbaru kak sarnia bertajuk Tiada Yang Kedua. Apalagi kalau berjumpa terus snap gambar la...
Semasa kak sarnia menandatangani buku tiada yang kedua untuk saya. Thanks kak.. Sayang akak!!!!
Inilah buku yang sempat saya beli semasa di sana. Ini tidak termasuk cd zikir munajat dan ceramah agama. Nasiblah saya pergi pada hari terakhir pesta buku. Kalau tak mahu berdozen saya beli buku.
Pada Kak Norhayati Berahim, terima kasih kerana sudi melayan saya. Buat Kak Razia, thanks sebab sudi tunjukkan jalan ke PWTC. Untuk kak Lily dan Kak Nora, insyaallah lain masa dan ketika kita repeat balik kekurangan perjumpaan kita. Jue dan Iejay semoga success selalu. Buat kak sarnia tahniah la dua buku keluar serentak. Laris gitu!!! And last for my lovely sister kak Nik, pertemuan itu menjadi salah satu saat terindah dalam hidup saya. Thanks for all of you...

8 comments:
salam Shelly,
bestnye baca entri sheely.. terasa spt diri daku yg berada di situ... jeles melihat dikau bertemu penulis2 pujaan hati...
kenapa dlm semua foto, mcm shelly yg jd celebritinyer.. ihikkkk..
yg foto dgn kaknik, yg tudung putih tu anak kaknik ker?! tinggi nyer..
salam kakyong..
ye ker kakyong shelly mcm selebriti.. tak sesuai tau! yelah kakyong, yang tudung putih tu anak kak nik la.. tu pun ada yang tak sempat nak snap gambar. ramai sangat semalam...
salam shelly..
gembiraaaa sangat dpt jmpa shelly. tapi sekejap sgt kan..Nanti kita aturkan sesi berlonggok lagi yer!
bestnyaa dpt jumpa fav writers. akak pun teringin sgt nak jumpa kak NB, kak Nik dn penulis2 yg lain. bila ye?
salam shelly,
bestnyer membaca coretan shelly di PB. lagi best bila tengok aksi2 shelly bersama penulis kesayangan kita. jeleslah tengok posing shelly.. semuanya mengancam... terutama yg berdua ngan kak yati tu..
masa akak bersembang ngan kak yati tempohari, kak yati ada cerita pasal sejarah nama qaisara balkish shelly. cian dia tak sihat ari tu yea..
ohya.. pergi sarawak buat apa shelly... patutlah lama x update blog...
melihat shelly yg ceria... rasa2nya kita dua pun boleh ngam sebab akak lagi ceria.... hehehe...bila kita dua pulak nak bersua ya...
alamak... shelly... kat mana beli kitab cinta yusuf dan zulaikha tu?
err... kenapa plak nak gugup jumpa akak... akak ni rock tau... hahaha...
salam kak nik,
harap2 kita dapat jumpa lagi nanti dan borak panjang2..
salam kak ain,
kalau dah teragak sangat nak jumpa kak NB tu, call aje terus kak NB masakkan macam2 untuk akak ain. macam tulah kalau shelly g rumah kak NB. Agendanya makan.. makan... dan makan...
salam kak ida,
dulu ada gak cita2 nak jadi model tapi lepas habis belajar dah dipinang orang..he..he.. bila dah kahwin, apalagi kembang sana kembang sini..
shelly pun teringin nak jumpa kak ida. mesti kita boleh share banyak cerita. pasal balqish tu alhamdulillah ada la kurangnya tapi masih perlu pemantauan. Qaisara Balqish tu memang penuh cerita kak ida. Kak Yati yang banyak membantu shelly. Tak tahu macammana nak balas budi kak Yati tu.
shelly ke serawak saja je. duk lepak rumah kawan adik disana. tak planning sebenarnya.tgk air asia ada tiket RM10 shelly pun book la..
salam kak nora,
Kitab tu shelly tak ingat kat booth mana tapi tingkat yang sama dengan booth NB Kara tu.
entah la kak.. punyalah panjang list nak tanya.. last2 satu pun tak keluar.. mungkin aura akak yang buat shelly gugup kot.. he..he..
kak shelly, iejay ni memang pemalu sebab tu tak banyak cakap :p
selalu nampak nick akak dekat blog kak yatie aja... ni baru dpt bersua... masa birthday qaisara tak perasan pula kehadiran kak shelly sebab iejay pun sampai lambat...
Post a Comment