Kenangan sewaktu saya bercuti bersama sahabat karib saya kak razia(berbaju biru ) & kak jana ( berbaju coklat ) di Phuket, Thailand 2008
Semalam hampir jam 7 petang baru saya sampai ke rumah. Agenda utama adalah bergurau dengan Balqish dulu. Balik-balik je tengok adik yang bongsu sedang memasak. Wah.. ni dah kurang satu kerja saya. Walaupun pada awal-awal kelahiran Balqish saya bercadang nak terus berhenti kerja dan tinggal di rumah namun apabila melihatkan kerja-kerja suami yang bertambah dari sehari ke sehari membuatkan saya rasa kasihan. Jadi saya membuat keputusan untuk membantu suami dan datang ke pejabat mengikut kesesuaian saya.
Selesai semua kerja dirumah dan membersihkan diri, saya mula membuka dan menyelak satu-satu novel dan buku yang saya beli di PBKL tempohari. Entah yang mana saya nak mulakan pembacaannya dulu. Dalam pada membelek saya pun tak perasan bila saya terlelap. Saya hanya terjaga apabila telefon tangan saya berbunyi. Rupanya kak Razia yang menelefon. Dia memberitahu saya yang ayah kak Jana iaitu Pakcik Adam telah hilang dari pukul 9 pagi. Mereka sedang mencari dan mengesan pakcik adam dibantu oleh polis dan bomba. Saya yang terpisat-pisat terus menelefon suami saya meminta supaya suami dapat balik dengan kadar segera (suami sedang bermain badminton di penjara seremban)
Jam 9.45 malam saya, suami, suami kak razia dan suami kak jana bertolak ke masjid tanah, melaka. Kami pergi menaiki kereta Sport Celica kepunyaan abang hisam (suami kak razia). Apalagi macam nak masuk perlumbaan formula one lajunya. Dengan harapan dapat sampai awal dan membantu mencari pakcik adam bersama-sama. Tapi dalam perjalanan kami diberitahu yang pakcik adam telah ditemui hampir berbatu-batu jauhnya dari rumah kg kak jana. Lega rasanya hati kami semua. Setidak-tidaknya kami tahu yang pakcik adam telah dijumpai dalam keadaan selamat. Kalau tidak pelbagai andaian buruk berada di fikiran kami waktu tu..
Sampai sahaja saya melihat pakcik adam sedang duduk menonton tv seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa. Mungkin faktor usia yang telah lanjut membuatkan pakcik adam jadi pelupa. Saya pula tak sampai hati nak bertanya banyak dengan pakcik adam kerana saya merasakan sehari suntuk berjalan tanpa makan dan minum mungkin meletihkan pakcik adam. Jadi saya dan suami banyak berbual dengan mak kak jana. Apa yang saya tahu dari ceritanya pakcik Adam telah dibawa berjalan-jalan dengan dua orang lelaki yang tidak dikenali. Sepanjang perjalanan pakcik Adam langsung tidak berasa lapar atau haus dan dibawa berjalan di sebuah tempat yang tidak pernah pakcik Adam pergi. Lama berjalan kemudian ditinggalkan Pakcik Adam di sebuah surau di sebuah kampung. Persoalannya siapakah dua orang lelaki tersebut? Dan bagaimana seorang yang sudah tua boleh berjalan berbatu-batu jauhnya tanpa makan dan minum? Semua persoalan hanya tinggal persoalan. Yang dapat menjawabnya hanya pakcik Adam dan Tuhan sahaja yang mengetahui..
Selesai semua perkara, seperti biasa agenda kami berenam pastinya minum dan makan. Perjalanan kami diteruskan ke Pengkalan Balak untuk makan sate. Hampir jam 12 malam barulah kami berangkat pulang ke seremban. Kak Jana dan abang nizam pulang semula ke rumah kg mereka kerana telah mengambil cuti hari ini. Jadi tinggal kami berempat yang pulang ke seremban. Dalam perjalanan tak sudah-sudah kami memikirkan siapakah lelaki yang membawa pakcik Adam itu. Adakah orang bunian? Entahlah... Setiap kejadian itu telah ditakdirkan dan siapa sebenarnya mereka itu hanya Tuhan yang tahu (wah..wah.. ni macam tajuk novel kak rose harissa la pulak).
8 comments:
wa.. misteri btol ye shelly! mesti suka che rose..heheh.
pakcik tu ada alzheimer ker?
apapun.. alhamdulillah, selamat kembali ke pangkuan keluarga.
kesiannya kat pakcik Adam... mesti satu keluarga risaukan dia yea.. syukur dia tak apa-apa.
Shelly... tiket air asia RM10. wah giler murah tue... kalau akak pun nak gi... ada auntie dok kat kuching.. tp x pernah sampai lagi umah dia.. hehe..
takpelah shelly cita2 shelly nak jd model tak kesampaian, kita jd model kat blog sendiri ajelah.. hahaha...
betul kata rose tu.. dia pun ceria n mesra jugak tau.. kak ida pun tak sangka masa jumpa ari tu...
misteri gak ni. Apa2 pun yg penting, Pak cik adam tlh ditemui semula!
Syukurlah Pak Adam selamat pulang. Usahlah dirusaukan siapa yg bersamanya. Tentulah orang baik-baik. Kalau tak masakan Pak Adam ditinggalkan di masjid.
salam kak nik,
punyalah risau sepanjang perjalanan ke masjid tanah tu. pakcik adam tu ada penyakit kencing manis yang agak kronik juga. Dr cakap sehingga boleh menyebabkan pakcik tu menjadi pelupa.
kak ida.. bulan 4 hari tu memang tiket murah air asia. tu yang terus book tu. selepas ni bolehlah kak ida fikir2 kan nak ke kuching tu. boleh g rumah auntie kak ida. merapatkan silaturrahim la...
takde mana nak jadi model kak.. makan berpinggan2, ada hati jadi model. betul tu jadi model kat blog je la..
kak ain,
memang bersyukur betul pakcik adam dah ditemui. syukur alhamdulillah..
salam kak zara,
kami pun terfikir begitu juga kak..
salam Shelly,
apa connection pak adam & keluarga shelly? saudara rapat yer...
salam kakyong,
kalau kakyong pernah baca entry shelly yang lain tentu kak yong tahu betapa shelly ada 2 orang kawan yang paling rapat. yang menariknya suami shelly pun berkawan rapat dengan suami kepada 2 orang kawan rapat shelly tadi. So kami selalu travel bersama. Kalau kemana-mana mesti kami pergi 3 couple. jadi pakcik adam tu adalah ayah kepada one of my bestfriend tadi. kami memang rapat termasuk rapat dengan emak dan ayah sekali. kalau free kakyong cari entry shelly bertajuk nilai sebuah persahabatan.
ok shelly,.. kakyong pun tak sempat jelajah seme entri shelly.. ade lah selak2 yg awal2 jer... nanti ade masa kakyong selak2 baca entri yg lain.. baru bleh kenal sheely dgn baik pastu.. hehhe.. :D
Post a Comment