CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 16, 2010

Majlis Hi -Tea Usahanita Daerah Seremban

Rasa nak gelak je bila mula menaip entry kat blog ni... Agak lama juga saya meninggalkan blog tanpa apa2 entry akhir2 ni. Rasanya saya dah mula rindu pada blog saya yang bersawang ni. Saya mulakan langkah saya dengan entry ini.
Mulanya saya hanya mahu menemani kawan saya menghadiri majlis ini. Namun bila majlis telah bermula saya rasakan seharusnya sebagai peniaga kecil-kecilan saya semestinya merebut peluang yang ada di depan mata. Ramai yang saya temui dari latar belakang perniagaan yang berbeza. Disitulah kita boleh berkongsi idea dan bertukar2 pendapat walau dalam jangka masa yang agak terhad.

Ini snap pertama saya.

Akak fidah adalah orang yang bertanggunjawab membawa saya meneroka dunia baru ini. Sebelum ini saya hanya dikelilingi dengan kawan2 yang kebiasaannya sama bidang dengan saya. Tapi dengan adanya majlis ini saya dapat berkenalan dengan semua orang tanpa membataskan bidang dan kerjaya yang diceburi.

Bila saya dah terjebak, saya akan membawa kaklong Jana saya sekali. Bolehlah kaklong mempromosikan tudung2 yang dibuatnya sendiri. Alhamdulillah... ramai yang berminat dengan tudung yang kaklong jana buat. Wah..wah... business berjalan lancar nampak!!!

Aturcara majlis petang tadi yang diletakkan diatas meja.

Tiket masuk yang berharga RM50.

Macam biasa sebelum balik posing dulu.

Masa nak keluar dari dewan terserempak pulak dengan anak buah sendiri. Tak perasan pulak yang menari kat atas pentas tu anak buah saya. Memang kelakar lak rasanya..

Bagi saya majlis seperti ini mesti diadakan selalu untuk memberi pendedahan kepada peniaga2 kecil diluar sana yang tidak tahu hala tuju untuk memasarkan produk jenama sendiri. Walaupun sebenarnya majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada kaum bapa dan ibu namun ianya sedikit sebanyak memberi ruang yang lebih luas kepada peniaga2 kecil..

0 comments: