Syukur ke hadrat Ilahi kerana menganugerahkan cahayamata yang hampir 12 tahun dinanti. Seorang baby perempuan dengan berat 3.35kg lahir dan diberi nama indah NUR MYRA HANISAH. Tahniah juga buat kakngah razia dan bangah hisam juga diatas kelahiran ini.
Ni gambar Myra selepas habis pantang. Tengoklah dah pandai pandang camera.
Semasa majlis cukur jambul Myra. Seronok sebab semua bergembira pada majlis ini. Maklumlah cahayamata yang dinanti selama 12 tahun. Sedikit sebanyak terpancar kegembiraan di wajah kakngah razia saya ni.
Ambil berkat mendokong Myra... Mana tahu lepas ni saya lak yang 'melekat'...
Kaklong pun nak ambil berkat ke??? Bolehlah fikir2kan bila nak tambah lagi sebab klong dah ada 3 hero. Dapat sorang heroin pun ok dah kaklong... he..he..
Muka letih Myra kerana seharian dikerumun saudara mara dan kawan2 yang datang dari jauh dan dekat..
Termakbul sudah doa yang dipohon selama bertahun-tahun. Sekarang terpulang kepada Bangah Hisam dan Kakngah Razia untuk mencorakkan Myra menjadi manusia dan anak yang berjaya dan solehah. Sebagai seorang kawan saya mengharapkan kehadiran Myra akan lebih mengeratkan lagi perhubungan kalian dan menceriakan kehidupan yang akan datang.. Amin..
0 comments:
Post a Comment