Sudah agak lama tidak berblog. Hanya sempat untuk menjengah facebook aje akhir-akhir ini. Apatah lagi sekarang di pejabat saya telah mula diberikan tanggungjawab baru yang agak berat. Banyak yang saya terpaksa lupakan sekarang ni. Kadang kala jam dah pukul 8 malam baru dapat saya pulang ke rumah merehatkan diri dan bermain dengan Balqish. Namun saya terima keadaan ini sebagai cabaran dalam kehidupan saya dalam tahun baru ini.
Masuk saja awal tahun baru 2010 ini, saya berharap agar kehidupan akan bertambah success dan berjalan lancar. Namun di awal tahun ini saya dikejutkan dengan pengalaman pahit. Saya mendapat tahu kawan yang saya sayangi menikam saya dari belakang. Hati saya sangat remuk dengan apa yang dilakukannya. Terfikir saya dimana letak keikhlasan dia dalam persahabatan kami. Rumah tangga saya berkocak sekejap gara-gara tikaman kawan saya ini. Mujur suami menyiasat dan mendapatkan jawapan saya secepat mungkin. Menangis saya semahu-mahunya bukan kerana saya akan kehilangan kawan tapi menangis saya kerana kealpaan saya mengenali sahabat yang berhati busuk seperti ini.Semasa saya mula-mula mendapat tahu perihal ini saya berkata kepada diri saya yang saya tidak akan maafkan sahabat saya ini dunia akhirat. Apatah lagi selama ini saya banyak juga membantunya. Lama kelamaan bila hati saya sudah sejuk, saya sudah boleh memaafkan perbuatannya kepada saya namun untuk menerima dia kembali menjadi sahabat saya tidak lagi. Hati saya hancur kerana fitnah itu boleh menghancurkan kebahagiaan rumahtangga saya.
Sekiranya rakan saya itu membaca blog saya ini, saya nak berterima kasih kerana pernah menjadi sahabat saya yang baik walaupun setelah apa yang dilakukan kepada saya sungguh tidak masuk akal. Cumanya saya berharap agar dia tidak berbuat demikian dengan orang lain kerana mungkin orang lain tidak sesabar saya yang tidak mengambil apa2 tindakan kepada dia.
6 comments:
memang tak pahamlah dgn manusia yg suka buat fitnah dan munyusahkan orang ni. shelly, tabahkan hatimu yea. bykkan bersabar, insyaallah ada rahmatnya tu. take care.
oh..shelly akak dah pernah alami perkara ini berkali-kali, rasa sakit sangat hati kita dibuatnya, orang yang kita tolong..kita hulurkan tangan..tikam kita
syukur suami shelly tidak melatahka..
tu la kak ida... kesal sungguh kerana dia sahabat shelly. kalau orang lain mungkin tidaklah terasa sangat. kalau melibatkan shelly seorang takpe tp ni dah melibatkan rumahtangga shelly sekali. terasa sungguh2 dengan dia.
shelly tak faham la kak yati, masa kita hidup miskin dan sederhana takde pula orang nak tikam dan mengaku sedara dengan shelly ni. sekarang alhamdulillah tuhan bagi rezeki lebih sikit mulalah mengata yang bukan2. kawan baik pun boleh menikam dari belakang. agaknya dah habis orang yang baik2 dalam dunia ini. memang syukur kak yati sebab suami tak termakan fitnah tapi bergegar la juga rumahtangga masa tgh panas hari tu...
lama tak jengah sini.. shelly apa khabar?
memang gitu lah kot bila dah senang memang ramai yg PHD...
...untuk memperolehi 'keberuntungan' didunia dengan segala pintu rahmat dari Allah terbuka seluas-luasnya Allah pasti datangkan ujianNya kepada kita...kita diuji kerana Allah masih sayangkan kita...niftheartist :)
Post a Comment