CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 27, 2009

Qaisara Balqish..

Agak lama juga saya tidak mengupdate blog saya ni. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti blog saya ni. Walaupun banyak entry baru yang saya nak masukkan, namun keterbatasan masa membuatkan saya tidak sempat mengupload gambar dan cerita terbaru yang saya kumpulkan. Sekali sekala saya akan ke laman sosial facebook untuk melihat dan bertukar cerita dengan kawan-kawan lama saya. Ramai juga kawan-kawan lama dari alam persekolahan yang saya temui melalui facebook. Malah ada antara mereka yang saya hampir tak kenali. Dan yang pasti 'senyap' saya seketika dari laman blog ini adalah kerana kesibukan saya melayan anak dara saya sorang si Qaisara Balqish yang memang tak boleh melihat saya duduk di depan komputer. Pasti dia akan meraung-raung minta didukung kerana nak duduk sama di depan komputer.

Qaisara Balqish memang tak boleh duduk diam. Tapi telatahnya itulah yang selalu saya rindu bila waktu bekerja.

Setiap hari bila saya siap memakai tudung hendak pergi kerja, si Balqish dah siap menunggu di depan pintu grill rumah. Kalau saya buat tak perasan je, pagi-pagi lagi dengarlah satu taman saya suara anak dara saya melalak. Menangis macam kena pukul dengan rotan. Kadangkala terpaksalah papanya bawa ronda satu taman dulu baru dapat pergi kerja...

Yang paling seronok mengenai Balqish, dia cepat belajar melalui perbuatan yang dia lihat. Jadi saya dan suami seboleh-boleh mengelak membuat sesuatu yang tidak sopan di depannya. Bila Balqish menonton tv, kaki dan kepalanya memang takkan berhenti bergoyang terutamanya bila iklan yang ada muzik rancak.

Kalau cerita bab makan, memang Balqish la orangnya. Dia akan pegang kaki orang yang memegang makanan tu selagi dia tak dapat makan apa yang orang tu pegang. Tapi saya memang jarang bagi makanan yang tidak berkhasiat kerana perut Balqish agak sensitif. Silap makan sikit maknanya tiga empat harilah Balqish kena cirit birit.

Kalau ditanya siapa Qaisara Balqish angkat tangan, Balqish akan mengangkat tangannya walaupun masa tu dia tengah baring di tilam... Sekarang pun Balqish dah pandai sebut kereta walaupun tak berapa clear. Saya pun hairan kenapa dia pandai sebut kereta dulu. Kesimpulannya mungkin saya kaki berjalan, dan Balqish hari2 kena duduk dalam kereta mengikut mamanya... he..he...

Saya memang seronok melalui hidup sekarang selepas bergelar seorang ibu. Bertahun-tahun menanti, akhirnya impian menjadi ibu telah terlaksana. Jadi saya tidak mahu melepaskan saat-saat tumbesaran Balqish. Saya ingin melihat Qaisara Balqish membesar di hadapan mata saya sendiri. Saya mendoakan yang baik-baik untuk anak saya dan semoga apabila besar nanti, Qaisara Balqish akan menjadi seorang wanita yang disegani dengan ketinggian akal dan akhlaknya... Insyaallah...



5 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam shelly,
akhirnya shelly muncul gak hehehe..
alolor.. geram sungguh tgk si Balkis..tembam.. geram nak cubit2 pipi dia..kiss untuk dia ye!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha.ha.ha..kelakar tengok rambut dia tu shelly, teringat2 dia jilat bibir bila shela ajar dia..hmmm..sedap..

shelly Yusop said...

salam kak nik,
ha..ha... sibuk sikit la kak nik. Banyak benda nak kejar. Tak larat. Tu la sekarang ni lagi tembam pipi dia sejak baik dari demam tu... shelly je la kiss kak nik ganti dia ye.. he...he... muuuuuuahhhhhh!!!!!

kak yati, nanti shelly bawa balqish g umah akak tengoklah... frame akak yang atas meja tepi tangga tu siaplah dia terbalikkan semuanya... lepas tu kita marah dia mesti tutup telinga... makngah dia ajarlah tu...he..he..

idasm said...

shelly, geramlah tengok balqis ni. makin besar, makin comel. bestkan layan telatah anak2 yg tgh membesar ni kan. kak ida pun seronok layan si solehin.

zara aluwi said...

Terima kasih dg kisah Balqish, akak tumpang seronok. Comelnya dia... nantilah, nak ku cubit2 bila jumpa nanti.