CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2009

Terima Kasih Atas Persahabatan Kamu...

Saya tidak begitu lama mengenalinya. Bermula sebagai rakan kerja dan terus menjadi rapat sehingga ke hari ini. Mungkin kerana sikapnya yang selamba dan ramah membuatkan saya senang bersahabat dengannya. Setiap hari saya senang berbual dengannya. Dari cerita kerja sehingga kadangkala kepada cerita lucu rumahtangga. Rakan baru saya ni namanya Noor Azireen Binti Mohd Rezi. Tapi saya memanggilnya Erin. Kami berdua sebaya dan mungkin juga kerana faktor itu kami mudah mesra. Kini saya lebih selesa bergerak dan melawat tapak dengannya kerana tidak mungkin lagi timbul fitnah yang bukan-bukan kerana kami sama jantina.

Gambar ni saya snap semasa saya dan Erin bersama-sama menghadiri kursus selama 2 hari.

Walaupun persahabatan ini saya anggarkan masih baru namun saya betul-betul gembira setiap hari dikelilingi dengan ketawa dan lawak-lawak jenaka dari Erin. Dan entah kenapa walaupun hari lahir saya telah berbulan-bulan berlalu namun Erin bermurah hati menghadiahkan sun glass yang saya pakai ini. Saya amat-amat menghargai hadiah yang diberi. Sebenarnya persahabatan tidak boleh diukur dengan wang dan benda namun saya tahu Erin benar-benar ikhlas semasa memberikan hadiah ini. Dan sebagai sahabat, saya menerimanya dengan hati yang gembira.

Yang paling penting, suami saya menerima Erin sebagai sahabat baik saya kala ini. Suami Erin juga baik orangnya. Walaupun suami Erin berada dalam bidang yang berbeza dengan Erin, saya dan suami namun kadangkala suami Erin juga turut serta turun padang untuk melihat hasil kerja yang dilakukan kami sebagai kontraktor.

Saya mengharapkan persahabatan baru saya ini akan terus kekal hingga ke hujung nyawa saya. Kerana bagi saya persahabatan adalah untuk dijalinkan dan dikembangkan dan andai putus sebelum waktunya pasti ada sesuatu halangan yang mungkin tidak kita sedari. Buat Erin, Zairi (suami), Nurin dan Insyirah terima kasih kerana menerima saya sekeluarga sebagai sahabat baru keluarga kamu..


Thursday, August 27, 2009

Congrat to my sis... razia & hubby

Tiada kata-kata yang dapat saya susun untuk menggambarkan betapa gembiranya saya apabila diberitahu yang kakngah Razia saya sedang berbadan dua. Syukur kepada Tuhan kerana menerima doa mereka kerana setelah hampir 12 tahun menunggu akhirnya saat itu tiba jua. Sebenarnya saya dah lama nak update entry ini, tapi disebabkan oleh pengalaman-pengalaman lalu (keguguran) jadi saya rasa tak sesuai sehinggalah bila usia kandungan dah masuk ke fasa ke empat (betul ke?)

Kak Razia dan Suami di Bali...

Walaupun saya diberitahu keadaan yang agak mencabar kerana mengalami chicken pox dan muntah-muntah yang berterusan, saya harap kak Razia tabah dan sabar untuk menghadapinya. Lebih-lebih lagi sekarang bulan Ramadhan. Tentu cabarannya lebih sukar dan payah. Namun begitu saya mengharapkan agar impian memperolehi cahayamata kali ini akan berhasil. Tuhan Maha Mengetahui apa yang diatur untuk kita. Hayatilah saat-saat sekarang kerana mungkin saat sukar sekarang akan menjadi saat-saat terindah dalam hidup akak...

So... to both of you.... Congratulation.....

Welcome to my world....

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Datang Ramadhan..

Saya rasa masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa untuk semua rakan-rakan blogger saya dan juga untuk semua yang selalu membaca entry saya. Di kesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada yang terasa semasa membaca entry saya yang terdahulu. Buat Kak Nik, saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan makan karipap sebelum puasa lantaran kesibukan berganda akhir-akhir ini. Insyaallah jemputan itu akan dipenuhi bila tibanya syawal nanti..

Friday, August 7, 2009

Cerita Balqish Lagi...

Sudah berapa lama agaknya saya tidak mengupdate blog saya ini. Bukan tiada cerita yang hendak diceritakan. Masalahnya saya jarang berada di hadapan komputer. Paling tidak pun saya hanya berpeluang check peti inbox saya melalui handphone. 28 Julai yang lalu, anak saya Balqish genap 8 bulan. Alhamdulillah tumbesaran balqish berjalan seperti yang sepatutnya. Balqish 8 bulan berat 8 kg lebih sikit. Saya sendiri dah tak larat nak dukung balqish. Kalau ke pasaraya pun saya akan dudukkan Balqish di stroller. Itupun tengok mood dia. Kalau mood Balqish ok, selamatlah saya. Kalau mood dia tak berapa nak elok, Balqish akan minta nak berdiri dalam stroller tu. Jenuh nak pujuk..


Sekarang Balqish dah pandai berdiri tapi perlu memegang meja ataupun sofa. Kalau kita yang memegang dah tentu Balqish tak nak.

Masa mengambil gambar ni, saya mengagah Balqish tapi saya yang diagahnya balik.

Waktu ni Balqish dalam stroller. Tengoklah tu... Gaya duduk macam orang yang dah besar mesti kepala nak disengetkan dan kaki mesti atas para stroller. Balqish paling tak suka bila saya membawanya ke tempat kanak-kanak. Sebabnya kakak-kakak ataupun makcik-makcik yang sibuk memilih pakaian anak-anak mereka paling tidak pun akan mencubit pipi Balqish. Kadang-kadang sampai merah pipi Balqish dicubit.

Ini tentu sekali kerja makcik-makciknya.. Tapi Balqish selamba je.. Dia paling suka bergambar. Mungkin mengikut mamanya yang suka bergaya.. he..he..

Ini kerja saya.. Ayu sungguh anak saya kan? Ala-ala perempuan melayu terakhir...

Perjalanan Balqish masih jauh. Namun sebagai ibu saya mengharapkan yang baik-baik saja dalam hidupnya. Sekarang pun Balqish dah pandai bertatih sedikit demi sedikit. Dia pun sudah pandai menegur orang disekelilingnya. Rasanya mungkin hari raya yang bakal tiba nanti Balqish dah boleh mengenakan baju kurung. Tak sabar rasanya....