CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 27, 2009

Qaisara Balqish..

Agak lama juga saya tidak mengupdate blog saya ni. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti blog saya ni. Walaupun banyak entry baru yang saya nak masukkan, namun keterbatasan masa membuatkan saya tidak sempat mengupload gambar dan cerita terbaru yang saya kumpulkan. Sekali sekala saya akan ke laman sosial facebook untuk melihat dan bertukar cerita dengan kawan-kawan lama saya. Ramai juga kawan-kawan lama dari alam persekolahan yang saya temui melalui facebook. Malah ada antara mereka yang saya hampir tak kenali. Dan yang pasti 'senyap' saya seketika dari laman blog ini adalah kerana kesibukan saya melayan anak dara saya sorang si Qaisara Balqish yang memang tak boleh melihat saya duduk di depan komputer. Pasti dia akan meraung-raung minta didukung kerana nak duduk sama di depan komputer.

Qaisara Balqish memang tak boleh duduk diam. Tapi telatahnya itulah yang selalu saya rindu bila waktu bekerja.

Setiap hari bila saya siap memakai tudung hendak pergi kerja, si Balqish dah siap menunggu di depan pintu grill rumah. Kalau saya buat tak perasan je, pagi-pagi lagi dengarlah satu taman saya suara anak dara saya melalak. Menangis macam kena pukul dengan rotan. Kadangkala terpaksalah papanya bawa ronda satu taman dulu baru dapat pergi kerja...

Yang paling seronok mengenai Balqish, dia cepat belajar melalui perbuatan yang dia lihat. Jadi saya dan suami seboleh-boleh mengelak membuat sesuatu yang tidak sopan di depannya. Bila Balqish menonton tv, kaki dan kepalanya memang takkan berhenti bergoyang terutamanya bila iklan yang ada muzik rancak.

Kalau cerita bab makan, memang Balqish la orangnya. Dia akan pegang kaki orang yang memegang makanan tu selagi dia tak dapat makan apa yang orang tu pegang. Tapi saya memang jarang bagi makanan yang tidak berkhasiat kerana perut Balqish agak sensitif. Silap makan sikit maknanya tiga empat harilah Balqish kena cirit birit.

Kalau ditanya siapa Qaisara Balqish angkat tangan, Balqish akan mengangkat tangannya walaupun masa tu dia tengah baring di tilam... Sekarang pun Balqish dah pandai sebut kereta walaupun tak berapa clear. Saya pun hairan kenapa dia pandai sebut kereta dulu. Kesimpulannya mungkin saya kaki berjalan, dan Balqish hari2 kena duduk dalam kereta mengikut mamanya... he..he...

Saya memang seronok melalui hidup sekarang selepas bergelar seorang ibu. Bertahun-tahun menanti, akhirnya impian menjadi ibu telah terlaksana. Jadi saya tidak mahu melepaskan saat-saat tumbesaran Balqish. Saya ingin melihat Qaisara Balqish membesar di hadapan mata saya sendiri. Saya mendoakan yang baik-baik untuk anak saya dan semoga apabila besar nanti, Qaisara Balqish akan menjadi seorang wanita yang disegani dengan ketinggian akal dan akhlaknya... Insyaallah...



Tuesday, December 1, 2009

Aidiladha tanpa Ibu...

Beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha, saya sekeluarga telah menziarah kubur arwah ibu saya. Walaupun selalu saya datang berziarah namun kali ini terasa sebaknya kerana turut dihadiri satu-satunya kakak kandung ibu saya. Maklong saya jarang datang ke Seremban kerana tidak mempunyai kenderaan lagi selepas kereta arwah suaminya rosak teruk. (maklumlah kereta lama) Kalau maklong mahu datang ke rumah saya, saya atau adik2 yang lain yang akan menjemput.

Suami saya membacakan doa di kubur arwah ibu saya..

Sedekahkan surah Yassin kepada arwah ibu saya..

Maklong saya yang berbaju coklat melihat adik saya menyiram di pusara arwah ibu...

Sugulnya kakngah...

Inilah situasi biasa bila ke kubur arwah ibu.. Airmata seperti tidak dapat ditahan-tahan untuk mengalir.

Ini adalah kali yang ke dua kami beraya Hari Raya Aidiladha tanpa arwah ibu.. Kini kasih tercurah pada satu-satunyu Maklong yang tinggal. Semoga roh arwah ibu sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin..

Kaletah Balqish...

Sejak menularnya virus H1N1, saya jarang sekali membawa Balqish keluar untuk ke tempat yang ramai orang. Apatah lagi ada seorang rakan saya yang anaknya terkena penyakit kuku, kaki dan mulut kerana terlalu kerap berada di taman permainan. Tapi baru-baru ni saya dan suami berkesempatan membawa Balqish dan Adlyn untuk ke taman riadah di seremban. Sekali sekala dapat meluangkan masa bersama dengan mereka alangkah seronoknya. Tengok sahaja gaya Balqish dan Adlyn bermain seolah-olah dah setahun tak keluar rumah.


Balqish mencari papanya...


Agaknya Balqish fikir lepas ke nak jalan atas jambatan ni?


Jalan je... nak takut apa... Balqish memang berani budaknya..


Lagi aksi Balqish...


Balqish main sorok2 dengan papanya... Macam papa Balqish yang lebih je...


Si Adlyn pulak suka permainan yang lebih adventure... Siap boleh posing lagi...


Balqish tak mahu dipegang... Dia suka berlari dan berjalan sendiri...


Satu permainan yang paling Adlyn suka... Nak tinggi la tu!!!


Tengok si kakak buat, si adik pun nak mengikut....


Apa lagi yang Balqish tak main???? Semua dah main....


Waktu ni Balqish dah letih berlari sana sini....


Akhirnya Balqish datang kepada papanya minta didukung..


Sebelum balik, Balqish nak juga main gelongsor tu.. Puas papanya pujuk ajak balik...


Gembira sungguh Balqish dan Adlyn dapat lepas bebas petang itu.. Yang letih papanya lah sebab terpaksa berlari sana sini mengejar mereka. Saya pulak duduk bawah pokok sambil snap gambar sambil makan aiskrim. Harap2 dapat selalu bawa mereka bermain seperti ini..



Congrat to my lovely friend.... Mr & Mrs Terasawa

Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan saya yang berbangsa cina. Tahniah saya ucapkan kepada rakan saya Lo Yin Teng bersama pasangannya warga Korea iaitu Mr Terasawa Kazuto. Akhirnya impiannya terlaksana.


Gaya Balqish nak ke rumah orang kawin. Mata Balqish yang dah sedia sepet bertambah sepet sebab terpaksa bangun awal pagi semata-mata nak jumpa pengantin di rumah...


Pasangan pengantin bersama sebahagian daripada ahli keluarga.


Kali ni Balqish memang dah tak tahan lagi... Mengantuk sangat...


Keluarga saya bersama pasangan pengantin yang anggun dalam persalinan serba putih.

Yin Teng saya kenali hampir 7 tahun yang lalu di sebuah pusat pendidikan komputer. Selepas dari itu kami tidak pernah memutuskan hubungan begitu sahaja. Walaupun jarang berjumpa, sebulan sekali pasti kami akan berbual melalui telefon. Setiap kali saya mengadakan majlis di rumah, Yin Teng pasti akan datang walaupun lambat. Dan mengenang kebaikan beliau dan suami, saya dan suami sepakat untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau walaupun kami kurang selesa. Sebab itulah saya memilih untuk menghadiri majlis tersebut pada waktu pagi sebelum pasangan pengantin bergerak ke Gereja. Saya mengharapkan Yin Teng akan berbahagia hingga ke akhir hayat dengan pasangan pilihan hatinya...


Monday, November 16, 2009

Menunggu Cinta Tuhan...

Buah tangan terbaru Kak Lily... (Kak NIk, sorry gambar ambil dari blog akak...)

Saya dah beberapa kali membaca buku karya Lily Haslina Nasir yang terbaru ini. Bukannya apa, cerita ini pada mulanya Kak Nik yang rekomen pada saya. Kata kak nik, buku ini yang terbaik dan dekat dihati. Pada masa itu saya rasakan mungkin jalan cerita yang mengisahkan bidang kewartawanan itu sendiri dekat dengan kerjaya kak nik.. Sudah tentu kak nik mengatakan buku ini best.. Tapi saya sendiri terkejut apabila selesai sahaja menghabiskan satu buku yang mengandungi 469 muka surat itu.. Apa agaknya yang boleh saya katakan pada kak lily?

Kak Lily, akak menghasilkan satu novel yang bukan sekadar novel islamik malahan mempunyai garapan dan jalan cerita yang sangat menarik. Selalu shelly didedahkan dengan novel cinta yang penuh dengan ranjau dan duri untuk memiliki cinta itu sendiri. Malahan dalam kehidupan shelly sendiri, kadangkala didalam mengejar kehidupan duniawi sehingga terleka dengan tanggungjawab pada Pencipta.. Terima kasih kak lily, kerana menghasilkan satu novel yang bukan sekadar bercerita malahan menyampaikan ilmu dalam bentuk wadah yang berlainan. Shelly sangat2 suka novel akak kali ni dan percubaan akak menghasilkan novel islamik, shelly anggap akak berjaya dengan cemerlang. Menunggu Cinta Tuhan memang WORLD...





Monday, October 19, 2009

Kerinduan...

Malam ini mata saya seakan tidak mahu lelap. Puas saya pusing ke kiri dan kanan namun mata masih segar seperti baru bangun dari tidur. Balqish dan adik-adik sudah lama tidur meninggalkan saya terkulat-kulat memandang siling. Entah apa sebenarnya yang saya fikirkan. Bermacam-macam perkara dan peristiwa berlegar diruangan mata. Tiba di satu wajah yang saya rindui, hati saya dicengkam hiba.. Terus airmata jatuh berlinangan tanpa dapat saya empang lagi. Sudah lama saya tidak meratap sedih begini. Rasanya saya sudah terlalu rindu pada dia.. Walaupun cuba dilupakan dengan aktiviti harian yang sibuk namun lumrah manusia mudah tewas dengan perasaan dan emosi. Kala saya berperasaan begini, saya akan menangis semahu hati.. Biar keluar semua kedukaan, biar lepas semua kerinduan namun selagi saya tidak memegang dua batu yang menjadi penghadang dan mengalun yasin sebagai penenang saya tidak akan puas.. Lena saya hari ni akan menjadi lena yang tidak keruan.. Ibarat pungguk merindu bulan.. Begitulah saya yang ketandusan. Saya ketandusan kasih sayang seorang ibu... Rindu pada arwah ibu buat saya penasaran... Pada Tuhan saya pohonkan, agar roh ibu saya sentiasa dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang-orangmu yang solehah... Amin...


Tuesday, October 6, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009..

Saya telah mengadakan jamuan hari raya aidilfitri pada 4 Oktober 2009 yang lalu. Bersyukur saya kepada tuhan kerana telah memberikan saya kesihatan yang baik untuk melayan semua tetamu yang hadir pada hari tersebut. Walaupun badan masih belum berapa sihat namun melihat kawan-kawan yang hadir samaada yang jauh ataupun yang dekat membuatkan hati saya senang sekali. Kali ini saya menambah beberapa menu baru memandangkan tahun yang lalu saya tidak membuat sebarang majlis kerana masih diselubungi kesedihan akibat kehilangan arwah ibu saya yang tersayang. Antara menu yang saya sediakan tahun ini adalah sate, sate tulang, char kue teaw, murtabak ayam/daging, roti jala, lemang, rendang, nasi impit kuah kacang dan juga sup daging tulang (samaada dimakan bersama mee/ bihun).


Orang kuat saya pada hari tersebut, maklong saya (berbaju hijau) dan makteh saya (berbaju pink)


Balqish yang sentiasa dikerumuni saudara mara. Sampai tak dapat nak melelapkan mata. Syukur kerana kehadiran Balqish menceriakan keluarga besar saya.


Kehadiran Puan Norhayati Berahim dan keluarga amat saya nanti-nantikan. Saya sendiri sudah agak lama tidak berjumpa dengan kak yati. Apakan daya, kehadiran tetamu yang tidak putus-putus membuatkan perbualan saya dan kak yati terbantut begitu saja.. Next time kita borak lagi ye kak...!


Sapa yang tidak mengenali gadis cilik ini. Qaisara memang menjadi perhatian di rumah saya. Ramai yang bertanya pada saya siapa 'anak mat salleh' tu? Apatah lagi melihat Qaisara berlari dan cukup lincah sekali.


Laman belakang rumah saya dijadikan tempat membakar sate.. Yang berbaju merah tu bakal adik ipar saya. Nasib mereka ada untuk menolong. Saya memang dah tak boleh menjengah ke dapur disebabkan tetamu yang tidak putus-putus.


Terima kasih kepada Puan Wan Salwati binti Haji Abdullah kerana sudi hadir majlis saya walaupun dalam kesibukan berkempen untuk pilihanraya Bagan Pinang, Port Dickson. Kak Wan ni adalah Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian seremban.


Ayah dan ibu mertua saya yang tercinta ..


Abang Man dan pembantunya sedang sibuk menyiapkan murtabak yang diorder...


Ini pulak abang Man char kue teaw.. Menu ni laku sungguh.. Ramai yang terpaksa beratur untuk mendapatkan char kue teaw abang man..


Kehadiran kawan-kawan dari Universiti Malaya juga mengharukan saya. Kak Shida (berbaju unggu) hadir seorang tanpa ditemani keluarga dari Bangi. Kak Zetti dan suami hadir dari Port Kelang. Terima kasih banyak-banyak dari saya sekeluarga.


Saya juga membuat sambutan hari lahir untuk anak saya Nur Adlyn Nazura 6 tahun pada hari yang sama. Sepatutnya hari lahir Adlyn jatuh pada 29/9 tapi disebabkan saya berada didalam wad jadi saya menangguhkan sehingga ke majlis jamuan hari raya ini.


Amin & Kiman ditugaskan menjaga bahagian rendang, lemang dan roti jala. Mereka didatangkan Khas dari Kuantan pahang. Siap package basuh periuk belanga lagi.. Terima kasih ye...


Yang bertudung hitam ni datang dari Perak. Namanya macam pelakon hindustan. Norserabanun Bakar... Saya mengenalinya di UM.. Terima kasih sebab sudi datang dari jauh...


Nana (baju hitam putih) dan Zie (baju purple) datang bersama pasangan masing-masing. Mereka ni mak andam yang agak terkenal di Seremban.


Muka orang kepenatan.. Saya sendiri dah tak larat berdiri rasanya...


Adik saya Shela mencuba untuk memasak char kue teaw sendiri. Lambat sangat sampai terpaksa beratur..


Ini pulak Latif family's.. Ini keluarga pemain badminton Malaysia. Zakry Latiff, Razif Latiff, Nurul Syuhada Latiff, dan adik-adiknya yang masih bersekolah.


Ririn Agustina adalah rakan semasa saya bersekolah menengah. Saya tak sangka ririn sudi hadir memandangkan kami dah lama lost contact. Badan ririn ni sama je masa di sekolah menengah dulu. Saya je yang dah semakin berisi...


Anis (tudung putih) hadir dengan adiknya dan anaknya Ellisya..


Akhir sekali Yin Teng dan bakal suami hadir agak lewat memandangkan Yin Teng perlu pergi ke church. Thanks for coming...

Walaupun penat sangat tapi saya sangat gembira dengan kehadiran kawan-kawan dan saudara mara saya. Alhamdulillah makanan dan minuman yang saya sediakan mencukupi untuk semua tetamu yang hadir. Terima kasih untuk staff saya yang hadir juga bakal adik-adik ipar saya. Saya juga ingin meminta maaf seandainya ada kekurangan dalam majlis saya yang tidak seberapa ini.