CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 6, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009..

Saya telah mengadakan jamuan hari raya aidilfitri pada 4 Oktober 2009 yang lalu. Bersyukur saya kepada tuhan kerana telah memberikan saya kesihatan yang baik untuk melayan semua tetamu yang hadir pada hari tersebut. Walaupun badan masih belum berapa sihat namun melihat kawan-kawan yang hadir samaada yang jauh ataupun yang dekat membuatkan hati saya senang sekali. Kali ini saya menambah beberapa menu baru memandangkan tahun yang lalu saya tidak membuat sebarang majlis kerana masih diselubungi kesedihan akibat kehilangan arwah ibu saya yang tersayang. Antara menu yang saya sediakan tahun ini adalah sate, sate tulang, char kue teaw, murtabak ayam/daging, roti jala, lemang, rendang, nasi impit kuah kacang dan juga sup daging tulang (samaada dimakan bersama mee/ bihun).


Orang kuat saya pada hari tersebut, maklong saya (berbaju hijau) dan makteh saya (berbaju pink)


Balqish yang sentiasa dikerumuni saudara mara. Sampai tak dapat nak melelapkan mata. Syukur kerana kehadiran Balqish menceriakan keluarga besar saya.


Kehadiran Puan Norhayati Berahim dan keluarga amat saya nanti-nantikan. Saya sendiri sudah agak lama tidak berjumpa dengan kak yati. Apakan daya, kehadiran tetamu yang tidak putus-putus membuatkan perbualan saya dan kak yati terbantut begitu saja.. Next time kita borak lagi ye kak...!


Sapa yang tidak mengenali gadis cilik ini. Qaisara memang menjadi perhatian di rumah saya. Ramai yang bertanya pada saya siapa 'anak mat salleh' tu? Apatah lagi melihat Qaisara berlari dan cukup lincah sekali.


Laman belakang rumah saya dijadikan tempat membakar sate.. Yang berbaju merah tu bakal adik ipar saya. Nasib mereka ada untuk menolong. Saya memang dah tak boleh menjengah ke dapur disebabkan tetamu yang tidak putus-putus.


Terima kasih kepada Puan Wan Salwati binti Haji Abdullah kerana sudi hadir majlis saya walaupun dalam kesibukan berkempen untuk pilihanraya Bagan Pinang, Port Dickson. Kak Wan ni adalah Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian seremban.


Ayah dan ibu mertua saya yang tercinta ..


Abang Man dan pembantunya sedang sibuk menyiapkan murtabak yang diorder...


Ini pulak abang Man char kue teaw.. Menu ni laku sungguh.. Ramai yang terpaksa beratur untuk mendapatkan char kue teaw abang man..


Kehadiran kawan-kawan dari Universiti Malaya juga mengharukan saya. Kak Shida (berbaju unggu) hadir seorang tanpa ditemani keluarga dari Bangi. Kak Zetti dan suami hadir dari Port Kelang. Terima kasih banyak-banyak dari saya sekeluarga.


Saya juga membuat sambutan hari lahir untuk anak saya Nur Adlyn Nazura 6 tahun pada hari yang sama. Sepatutnya hari lahir Adlyn jatuh pada 29/9 tapi disebabkan saya berada didalam wad jadi saya menangguhkan sehingga ke majlis jamuan hari raya ini.


Amin & Kiman ditugaskan menjaga bahagian rendang, lemang dan roti jala. Mereka didatangkan Khas dari Kuantan pahang. Siap package basuh periuk belanga lagi.. Terima kasih ye...


Yang bertudung hitam ni datang dari Perak. Namanya macam pelakon hindustan. Norserabanun Bakar... Saya mengenalinya di UM.. Terima kasih sebab sudi datang dari jauh...


Nana (baju hitam putih) dan Zie (baju purple) datang bersama pasangan masing-masing. Mereka ni mak andam yang agak terkenal di Seremban.


Muka orang kepenatan.. Saya sendiri dah tak larat berdiri rasanya...


Adik saya Shela mencuba untuk memasak char kue teaw sendiri. Lambat sangat sampai terpaksa beratur..


Ini pulak Latif family's.. Ini keluarga pemain badminton Malaysia. Zakry Latiff, Razif Latiff, Nurul Syuhada Latiff, dan adik-adiknya yang masih bersekolah.


Ririn Agustina adalah rakan semasa saya bersekolah menengah. Saya tak sangka ririn sudi hadir memandangkan kami dah lama lost contact. Badan ririn ni sama je masa di sekolah menengah dulu. Saya je yang dah semakin berisi...


Anis (tudung putih) hadir dengan adiknya dan anaknya Ellisya..


Akhir sekali Yin Teng dan bakal suami hadir agak lewat memandangkan Yin Teng perlu pergi ke church. Thanks for coming...

Walaupun penat sangat tapi saya sangat gembira dengan kehadiran kawan-kawan dan saudara mara saya. Alhamdulillah makanan dan minuman yang saya sediakan mencukupi untuk semua tetamu yang hadir. Terima kasih untuk staff saya yang hadir juga bakal adik-adik ipar saya. Saya juga ingin meminta maaf seandainya ada kekurangan dalam majlis saya yang tidak seberapa ini.





4 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

shelly,badan kau ngan badan akak macam berlumba2 aje aik..ha.ha..sama ngan badan balkish..

idasm said...

shelly,

seronok tengok pic2 open house shelly. actually , plan asalnya mmg nak hadir tau sebab suami akak pun dh setuju. tp last minit suami akak ada hal. frust jugak sebenarnya, tp nak wat camner kan..
shelly tima kasih sudi menjemput, insyaallah kita jumpa lain kali yea..

kak yati... bukan berlumba ngan shelly aje, badan ida pun sama kak.. hehe..

shelly Yusop said...

kak yati,
tiap-tiap tahun azam mesti nak kuruskan badan tapi hampeh... nak buat macam mana kat malaysia ni kaya dengan makanannya.. sikit-sikit makan...

kak ida,
tak mengapalah kak. mungkin kita takde rezeki nak jumpa. isyaallah lain kali kita jumpa. gambar tu sebenarnya banyak lagi tapi tak larat nak upload..
takpe kak,tahun depan azam lagi nak kuruskan badan ni..

Unknown said...

Wahh..meriahnyaaa...mcm majlis kawen...hehe.