CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 3, 2009

Cerita Duka Di Hari Raya...

Pada hari raya yang pertama lalu, saya ada merasakan kelainan dan sedikit sakit di bahagian pinggang ke bawah. Tapi memandangkan sedang berhari raya saya abaikan sahaja. Hari raya yang kedua kesakitan itu semakin terasa. Kemeriahan berhari raya membuatkan saya terlupa pada kesakitan yang saya alami. Tapi bila saya masuk bekerja selepas seminggu bercuti, saya sudah tidak dapat menahan lagi. Bila saya pergi ke Klinik, doktor hanya memberikan saya ubat antibiotik. Malangnya kesakitan tidak berkurangan. Jadi dengan ditemani rakan saya Erin, saya terus pergi ke hospital KPJ. Entah macammana doktor terus meminta saya mengambil sampel air kencing dan hasilnya saya terpaksa bermalam di wad malam tersebut. Ini kerana mengikut report yang dikeluarkan dalam sampel urine saya terdapat sel darah putih yang terlalu banyak iaitu sebanyak 500 (normal 0 - 10 sahaja). Doktor mengatakan bahawa ini adalah sesuatu yang abnormal bagi orang biasa. Mungkin juga terdapat jangkitan katanya.

Doktor juga meminta saya membuat x-ray dan mengikut gambar sinar x-ray terdapat sesuatu yang dikhuatiri batu pada sebelah kiri saya. Saya sudah hampir menangis kerana tidak menyangka saya perlu admit wad. Maklumlah meninggalkan Balqish membuatkan saya hampir gila bayang. Tapi alhamdulillah, selama saya admit wad Balqish dibenarkan melawat saya kerana saya tinggal di wad single room.

Walaupun sakit namun kehadiran Balqish dan Adlyn menceriakan hari-hari saya di wad.

Rindunya saya pada anak dara saya ni....

Tengoklah tu... Balqish langsung tak takut dengan keadaan sekeliling. Dia seperti biasa berjalan sana sini sambil membebel.

Balqish dengan Atuknya..

Ni hari yang berikutnya.. Disebabkan tangan kanan saya masuk air jadi terpaksalah saya mendukung Balqish menggunakan tangan kiri. Kalau tak didukung, Balqish akan menangis di kaki saya.

Muka selamba dan kaletah ceria Balqish membuatkan saya lupa seketika kesakitan yang saya dialami.

Diam tak diam 4 hari juga saya admit wad. Saya dah tak tahan duduk saja di wad. Merayu-rayu saya dengan doktor yang merawat saya untuk pulang ke rumah. Walaupun dilayan dengan baik namun kata orang sedap lagi kalau tidur di katil sendiri. Apatah lagi saya sudah menjemput kawan-kawan dan saudara mara untuk majlis hari raya 4hb ni di rumah saya. Doktor membenarkan saya pulang dengan sebeban bekalan ubat. Tapi saya diberikan temujanji semula selepas majlis hari raya saya nanti. Dikesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Doktor Ishak (Pakar Sakit Puan) dan juga Doktor Yoong (Pakar Urologi) untuk semua nurse yang memberikan layanan mesra pada saya di wad Seri Menanti tingkat 2 Hospital KPJ seremban. Termasuklah cleaner yang ramah dan juga pembantu yang memberikan saya makanan yang sedap setiap hari. Senyuman anda semua membuatkan pesakit seperti saya hilang sedikit rasa sakitnya..

0 comments: