CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 15, 2010

Hari Raya 2010...

Rasanya Hari Raya saya kali ini saya sambut dengan sederhana sekali. Tiada tempahan baju mahupun membuat kuih raya. Paling tidak pun hanya tempahan baju kurung anak dara saya si Qaisara Balqish. Dan saya juga ada menempah 2 pasang baju kurung untuk emak mertua saya. Selain itu semua kuih raya adik-adik saya yang tolong belikan. Saya memakai semula baju yang saya tempah semasa adik saya kahwin beberapa bulan yang lepas. Sebabnya saya hanya memakai baju merah tersebut sekali saja. Jadi daripada membazir lebih baik saya pakai semula pakaian tersebut.

Walaupun begitu, apa yang best kali ini adalah saya beraya pertama kali di rumah baru saya. Akhirnya segala penat lelah bekerja selama ini termakbul juga untuk membuat rumah seperti yang diidamkan. Walaupun tidak begitu besar namun besar ertinya pada saya dan suami.

Antara anak-anak buah saya yang datang beraya ke rumah saya. Seronok sungguh kalau dapat berkumpul beramai-ramai seperti ini. Terasa saya dah berusia pulak bila dikelilingi anak-anak buah yang semua dah remaja.

Gambar ini diambil pada hari raya yang pertama di rumah kampung saya di Kuala Pilah. Tahun ni bertambah seorang lagi ahli keluarga saya iaitu suami adik saya Awang yang berasal dari Sabah. Ringan sikit kerja suami saya sebab dah ada geng kalau nak buat kerja. Sebelum ni suami saya yang jadi orang kuat kalau nak buat apa2...

Gambar ni saya ambil semasa berhenti solat zuhur di masjid taman tuanku jaafar. Masa ni tengah berkonvoi untuk ke rumah saudara mara.

Bila pulang ke rumah mak mertua pada hari raya yang ke 2, berbeza suasanannya. Dirumah mertua lebih meriah kerana suami mempunyai 9 orang adik beradik. Jadi sudah tentu sambutannya berbeza. Kalau nak kerumah saudara mara, kami akan berkonvoi sampai enam tujuh kereta. Anak2 buah jangan cerita la.. dah dekat 30 orang. Yang kelakar kadangkala saya tak ingat nama. Anak2 buah selalu cakap saya dah tua.

Apa yang lebih membahagiakan untuk seorang ibu melainkan dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama anaknya. Itulah yang berlaku kepada saya.. Bagi saya kebahagian hanya untuk Qaisara Balqish. Saya hanya menumpang kegembiraan yang dibawa Qaisara Balqish dalam hidup saya sekeluarga.

Disebalik kegembiraan menyambut Hari Raya tahun ini, hati saya masih terus terusik dengan kenangan yang ditinggalkan oleh arwah ibu saya. Tapi saya tidak membawa emosi sedih itu dalam keriangan berhari raya. Selain itu, saya gunakan sebaik mungkin hari raya ini untuk mengunjungi saudara mara yang selama ini mungkin tidak sempat ditemui kerana kesibukan tugasan seharian. Itu yang lebih penting sebenarnya.

Hari Raya itu tetap akan datang setiap tahun tapi adakah Hari Raya ini hari raya yang terakhir buat kita.. Untuk saya, asalkan ada orang-orang kesayangan di sisi saya pada setiap kali datangnya syawal, itulah Hari Raya yang paling bermakna dalam hidup saya.


1 comments:

idasm said...

selamat hari raya. merah mengancam tema bajunya. shelly ni mmg suka sungguh dgn merah. cantik2 semuanya,

shelly, besarkan pic ye. kak ida ni mmg suka tgk pic besar. puas! hehe.