Pada 13 September yang lepas, saya menjemput semua adik beradik suami saya datang ke rumah untuk bacaan tahlil ringkas dan jamuan hari raya. Alhamdulillah hampir semua adik beradik suami saya datang untuk menghadiri jamuan ini. Kali ini ada yang 'request' nak makan nasi. Saya pun lintang pukang memasak bersama adik beradik saya dan juga bibik. Alhamdulillah sempat juga saya menyiapkan semua makanan untuk dihidangkan selepas solat isyak. Menu saya malam itu adalah ikan siakap stim limau, kari daging kentang, sotong sambal, gulai lemak puyuh campur mangga dan mee hailam. Tapi saya tak sempat snap menu saya memandangkan semasa dihidangkan makanan saya masih sibuk memasak mee hailam.
Saya sangat seronok dapat berkumpul sesama saudara kerana masa inilah kita dapat berkongsi cerita kehidupan masing-masing. Anak buah pula sibuk berlari ke sana kemari malah ada yang siap mencekik ikan koi yang saya bela dalam kolam dihalaman rumah. Walaupun ada rasa geram namun semua itu tidak dapat menghakis kasih sayang saya pada semua anak buah saya. Pada merekalah sebelum ini saya menumpang bermanja sebelum adanya Qaisara Balqish.
Apa yang lebih menyeronokkan kali ini adalah kehadiran kakak ipar saya yang pulang dari Langkawi untuk berhari raya di sini. Memang berganda seronoknya kerana kakak ipar saya ada baby baru. Nanti saya upload gambar anak buah baru saya pada entry yang akan datang. Terima kasih pada semua yang hadir malam tu.. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh NYA.. Amin..
1 comments:
shelly, selamat hari raya. tak puas tengok gambar. pic semuanya kecik2.. hehe...
Post a Comment