Qaisara Balqish memang tak boleh duduk diam. Tapi telatahnya itulah yang selalu saya rindu bila waktu bekerja.
Setiap hari bila saya siap memakai tudung hendak pergi kerja, si Balqish dah siap menunggu di depan pintu grill rumah. Kalau saya buat tak perasan je, pagi-pagi lagi dengarlah satu taman saya suara anak dara saya melalak. Menangis macam kena pukul dengan rotan. Kadangkala terpaksalah papanya bawa ronda satu taman dulu baru dapat pergi kerja...
Yang paling seronok mengenai Balqish, dia cepat belajar melalui perbuatan yang dia lihat. Jadi saya dan suami seboleh-boleh mengelak membuat sesuatu yang tidak sopan di depannya. Bila Balqish menonton tv, kaki dan kepalanya memang takkan berhenti bergoyang terutamanya bila iklan yang ada muzik rancak.
Kalau cerita bab makan, memang Balqish la orangnya. Dia akan pegang kaki orang yang memegang makanan tu selagi dia tak dapat makan apa yang orang tu pegang. Tapi saya memang jarang bagi makanan yang tidak berkhasiat kerana perut Balqish agak sensitif. Silap makan sikit maknanya tiga empat harilah Balqish kena cirit birit.
Kalau ditanya siapa Qaisara Balqish angkat tangan, Balqish akan mengangkat tangannya walaupun masa tu dia tengah baring di tilam... Sekarang pun Balqish dah pandai sebut kereta walaupun tak berapa clear. Saya pun hairan kenapa dia pandai sebut kereta dulu. Kesimpulannya mungkin saya kaki berjalan, dan Balqish hari2 kena duduk dalam kereta mengikut mamanya... he..he...
Saya memang seronok melalui hidup sekarang selepas bergelar seorang ibu. Bertahun-tahun menanti, akhirnya impian menjadi ibu telah terlaksana. Jadi saya tidak mahu melepaskan saat-saat tumbesaran Balqish. Saya ingin melihat Qaisara Balqish membesar di hadapan mata saya sendiri. Saya mendoakan yang baik-baik untuk anak saya dan semoga apabila besar nanti, Qaisara Balqish akan menjadi seorang wanita yang disegani dengan ketinggian akal dan akhlaknya... Insyaallah...