CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 19, 2009

Kerinduan...

Malam ini mata saya seakan tidak mahu lelap. Puas saya pusing ke kiri dan kanan namun mata masih segar seperti baru bangun dari tidur. Balqish dan adik-adik sudah lama tidur meninggalkan saya terkulat-kulat memandang siling. Entah apa sebenarnya yang saya fikirkan. Bermacam-macam perkara dan peristiwa berlegar diruangan mata. Tiba di satu wajah yang saya rindui, hati saya dicengkam hiba.. Terus airmata jatuh berlinangan tanpa dapat saya empang lagi. Sudah lama saya tidak meratap sedih begini. Rasanya saya sudah terlalu rindu pada dia.. Walaupun cuba dilupakan dengan aktiviti harian yang sibuk namun lumrah manusia mudah tewas dengan perasaan dan emosi. Kala saya berperasaan begini, saya akan menangis semahu hati.. Biar keluar semua kedukaan, biar lepas semua kerinduan namun selagi saya tidak memegang dua batu yang menjadi penghadang dan mengalun yasin sebagai penenang saya tidak akan puas.. Lena saya hari ni akan menjadi lena yang tidak keruan.. Ibarat pungguk merindu bulan.. Begitulah saya yang ketandusan. Saya ketandusan kasih sayang seorang ibu... Rindu pada arwah ibu buat saya penasaran... Pada Tuhan saya pohonkan, agar roh ibu saya sentiasa dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang-orangmu yang solehah... Amin...


Tuesday, October 6, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009..

Saya telah mengadakan jamuan hari raya aidilfitri pada 4 Oktober 2009 yang lalu. Bersyukur saya kepada tuhan kerana telah memberikan saya kesihatan yang baik untuk melayan semua tetamu yang hadir pada hari tersebut. Walaupun badan masih belum berapa sihat namun melihat kawan-kawan yang hadir samaada yang jauh ataupun yang dekat membuatkan hati saya senang sekali. Kali ini saya menambah beberapa menu baru memandangkan tahun yang lalu saya tidak membuat sebarang majlis kerana masih diselubungi kesedihan akibat kehilangan arwah ibu saya yang tersayang. Antara menu yang saya sediakan tahun ini adalah sate, sate tulang, char kue teaw, murtabak ayam/daging, roti jala, lemang, rendang, nasi impit kuah kacang dan juga sup daging tulang (samaada dimakan bersama mee/ bihun).


Orang kuat saya pada hari tersebut, maklong saya (berbaju hijau) dan makteh saya (berbaju pink)


Balqish yang sentiasa dikerumuni saudara mara. Sampai tak dapat nak melelapkan mata. Syukur kerana kehadiran Balqish menceriakan keluarga besar saya.


Kehadiran Puan Norhayati Berahim dan keluarga amat saya nanti-nantikan. Saya sendiri sudah agak lama tidak berjumpa dengan kak yati. Apakan daya, kehadiran tetamu yang tidak putus-putus membuatkan perbualan saya dan kak yati terbantut begitu saja.. Next time kita borak lagi ye kak...!


Sapa yang tidak mengenali gadis cilik ini. Qaisara memang menjadi perhatian di rumah saya. Ramai yang bertanya pada saya siapa 'anak mat salleh' tu? Apatah lagi melihat Qaisara berlari dan cukup lincah sekali.


Laman belakang rumah saya dijadikan tempat membakar sate.. Yang berbaju merah tu bakal adik ipar saya. Nasib mereka ada untuk menolong. Saya memang dah tak boleh menjengah ke dapur disebabkan tetamu yang tidak putus-putus.


Terima kasih kepada Puan Wan Salwati binti Haji Abdullah kerana sudi hadir majlis saya walaupun dalam kesibukan berkempen untuk pilihanraya Bagan Pinang, Port Dickson. Kak Wan ni adalah Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian seremban.


Ayah dan ibu mertua saya yang tercinta ..


Abang Man dan pembantunya sedang sibuk menyiapkan murtabak yang diorder...


Ini pulak abang Man char kue teaw.. Menu ni laku sungguh.. Ramai yang terpaksa beratur untuk mendapatkan char kue teaw abang man..


Kehadiran kawan-kawan dari Universiti Malaya juga mengharukan saya. Kak Shida (berbaju unggu) hadir seorang tanpa ditemani keluarga dari Bangi. Kak Zetti dan suami hadir dari Port Kelang. Terima kasih banyak-banyak dari saya sekeluarga.


Saya juga membuat sambutan hari lahir untuk anak saya Nur Adlyn Nazura 6 tahun pada hari yang sama. Sepatutnya hari lahir Adlyn jatuh pada 29/9 tapi disebabkan saya berada didalam wad jadi saya menangguhkan sehingga ke majlis jamuan hari raya ini.


Amin & Kiman ditugaskan menjaga bahagian rendang, lemang dan roti jala. Mereka didatangkan Khas dari Kuantan pahang. Siap package basuh periuk belanga lagi.. Terima kasih ye...


Yang bertudung hitam ni datang dari Perak. Namanya macam pelakon hindustan. Norserabanun Bakar... Saya mengenalinya di UM.. Terima kasih sebab sudi datang dari jauh...


Nana (baju hitam putih) dan Zie (baju purple) datang bersama pasangan masing-masing. Mereka ni mak andam yang agak terkenal di Seremban.


Muka orang kepenatan.. Saya sendiri dah tak larat berdiri rasanya...


Adik saya Shela mencuba untuk memasak char kue teaw sendiri. Lambat sangat sampai terpaksa beratur..


Ini pulak Latif family's.. Ini keluarga pemain badminton Malaysia. Zakry Latiff, Razif Latiff, Nurul Syuhada Latiff, dan adik-adiknya yang masih bersekolah.


Ririn Agustina adalah rakan semasa saya bersekolah menengah. Saya tak sangka ririn sudi hadir memandangkan kami dah lama lost contact. Badan ririn ni sama je masa di sekolah menengah dulu. Saya je yang dah semakin berisi...


Anis (tudung putih) hadir dengan adiknya dan anaknya Ellisya..


Akhir sekali Yin Teng dan bakal suami hadir agak lewat memandangkan Yin Teng perlu pergi ke church. Thanks for coming...

Walaupun penat sangat tapi saya sangat gembira dengan kehadiran kawan-kawan dan saudara mara saya. Alhamdulillah makanan dan minuman yang saya sediakan mencukupi untuk semua tetamu yang hadir. Terima kasih untuk staff saya yang hadir juga bakal adik-adik ipar saya. Saya juga ingin meminta maaf seandainya ada kekurangan dalam majlis saya yang tidak seberapa ini.





Saturday, October 3, 2009

Jemputan Rumah Terbuka Untuk Semua..

Saya ingin menjemput semua kenalan blogger saya samaada yang pernah bersua muka atau tidak ke majlis jamuan hari raya dirumah saya. Maklumlah bukan semua saya ada no telefon untuk saya hubungi. Saya mengalu-alukan kehadiran anda semua di rumah saya.

Tarikh : 4 Oktober 2009 (Ahad)


Waktu : 2 petang hingga 10 malam


Tempat : No 248, Lavender Height 7,
Taman Lavender Height,
70450 Senawang,
Negeri Sembilan.

Cerita Duka Di Hari Raya...

Pada hari raya yang pertama lalu, saya ada merasakan kelainan dan sedikit sakit di bahagian pinggang ke bawah. Tapi memandangkan sedang berhari raya saya abaikan sahaja. Hari raya yang kedua kesakitan itu semakin terasa. Kemeriahan berhari raya membuatkan saya terlupa pada kesakitan yang saya alami. Tapi bila saya masuk bekerja selepas seminggu bercuti, saya sudah tidak dapat menahan lagi. Bila saya pergi ke Klinik, doktor hanya memberikan saya ubat antibiotik. Malangnya kesakitan tidak berkurangan. Jadi dengan ditemani rakan saya Erin, saya terus pergi ke hospital KPJ. Entah macammana doktor terus meminta saya mengambil sampel air kencing dan hasilnya saya terpaksa bermalam di wad malam tersebut. Ini kerana mengikut report yang dikeluarkan dalam sampel urine saya terdapat sel darah putih yang terlalu banyak iaitu sebanyak 500 (normal 0 - 10 sahaja). Doktor mengatakan bahawa ini adalah sesuatu yang abnormal bagi orang biasa. Mungkin juga terdapat jangkitan katanya.

Doktor juga meminta saya membuat x-ray dan mengikut gambar sinar x-ray terdapat sesuatu yang dikhuatiri batu pada sebelah kiri saya. Saya sudah hampir menangis kerana tidak menyangka saya perlu admit wad. Maklumlah meninggalkan Balqish membuatkan saya hampir gila bayang. Tapi alhamdulillah, selama saya admit wad Balqish dibenarkan melawat saya kerana saya tinggal di wad single room.

Walaupun sakit namun kehadiran Balqish dan Adlyn menceriakan hari-hari saya di wad.

Rindunya saya pada anak dara saya ni....

Tengoklah tu... Balqish langsung tak takut dengan keadaan sekeliling. Dia seperti biasa berjalan sana sini sambil membebel.

Balqish dengan Atuknya..

Ni hari yang berikutnya.. Disebabkan tangan kanan saya masuk air jadi terpaksalah saya mendukung Balqish menggunakan tangan kiri. Kalau tak didukung, Balqish akan menangis di kaki saya.

Muka selamba dan kaletah ceria Balqish membuatkan saya lupa seketika kesakitan yang saya dialami.

Diam tak diam 4 hari juga saya admit wad. Saya dah tak tahan duduk saja di wad. Merayu-rayu saya dengan doktor yang merawat saya untuk pulang ke rumah. Walaupun dilayan dengan baik namun kata orang sedap lagi kalau tidur di katil sendiri. Apatah lagi saya sudah menjemput kawan-kawan dan saudara mara untuk majlis hari raya 4hb ni di rumah saya. Doktor membenarkan saya pulang dengan sebeban bekalan ubat. Tapi saya diberikan temujanji semula selepas majlis hari raya saya nanti. Dikesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Doktor Ishak (Pakar Sakit Puan) dan juga Doktor Yoong (Pakar Urologi) untuk semua nurse yang memberikan layanan mesra pada saya di wad Seri Menanti tingkat 2 Hospital KPJ seremban. Termasuklah cleaner yang ramah dan juga pembantu yang memberikan saya makanan yang sedap setiap hari. Senyuman anda semua membuatkan pesakit seperti saya hilang sedikit rasa sakitnya..

Thursday, October 1, 2009

Cerita Raya Lagi...

Seperti biasa bila ada kelapangan saja saya tentu akan adakan perjumpaan santai dengan kawan-kawan rapat. Sehinggakan kawan-kawan saya menggelarkan saya Pengerusi Tetap. Bukannya apa, sejak berkahwin dan mempunyai kerjaya sendiri ni kita jarang berpeluang berborak dan bertanya khabar kawan-kawan kita. Justeru dengan mood berhari raya dan berkelapangan saya mengajak kawan-kawan saya berjumpa. Dan syoknya kali ni rumah Aisyah pulak kitaorang serbu. Macam biasa makan la agenda utama. Sayangnya Anis tidak dapat ikut serta kerana ada aktiviti lain. Kalau ada tentu lebih meriah rasanya...
Sudah selesai makan mesti bergambar. Tengoklah sampai licin mangkuk kuah mee kari kitaorang balun. Sambil makan sambil borak sampai tak sedar dah bermangkuk-mangkuk kitaorang bedal mee kari resepi aisyah.
Seperti biasa yang bertudung purple tu Bakyah namanya, yang biru Majie@Yan, tudung hitam tuan rumah Aisyak dan yang manis tu sayalah.
Ni beratur nak balik. Tinggal Majie saja yang belum mencari pengganti selepas arwah suaminya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Yang dibawa ke hulu ke hilir adalah anak buahnya si Alissa tu. Kami rajin juga mengusik Majie... Jawapan standard belum ada jodoh lagi....
Bakyah seorang jururawat gigi, Majie tukang jahit dan Aisyah jururawat.
Ini gambar terakhir saya sebelum pulang. Masa ni baru teringat nak snap mee kari tadi. Tapi apakan daya dah masuk perut. Kira lain kali je la...
Untuk Aisyah, terima kasih sebab sudi menaja perjumpaan kali ni. Diharapkan moga-moga persahabatan kita akan berkekalan hingga hujung nyawa. Walaupun akan menduduki peperiksaan naik cuti nanti, namun Aisyah tetap sporting memasak untuk kami. Saya doakan semoga Aisyah akan berjaya dalam peperiksaan yang akan datang nanti (Aisyah menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan di HKL). Untuk Bakyah, semoga berjaya nak mendapatkan anak kedua pula. Untuk Majie, saya doakan semoga dipertemukan jodoh kedua untuknya selepas sekian lama hidup bersendirian... Amin...