Ini sebenarnya entry saya sebelum raya lagi. Malangnya akibat kesuntukan masa saya tidak dapat mengupdate blog saya sebelum raya. Majlis ini juga terjadi secara tidak sengaja. Hanya cakap-cakap mulut saja dan tak sangka ramai juga yang bersetuju untuk menyertainya. Terima kasih untuk semua yang memberikan kerjasama. Selain untuk berbuka puasa, majlis ini juga sebenarnya lebih kepada untuk mengenali sesama rakan dengan lebih rapat lagi. Maklumlah waktu dalam kelas tak dapat berbual lebih-lebih. Nanti kena leter dengan lecture pulak. Ini ada beberapa gambar yang sempat saya snap sebelum dan semasa majlis.
Ini adalah antara student kelas PDEBM 19. Ada yang tidak hadir dan ada juga yang tak muat dalam camera kecil saya ni...
Ini pulak adalah team yang bertanggungjawab menjayakan majlis berbuka puasa tersebut. Yang senyum ala-ala ning baizura tu namanya kak Aini, yang comel bertudung biru tu kak Zetty, yang kecoh dan kelakar tu kak Banun, berbaju putih dan pandai bergaya tu Kak Shida dan yang manja tu tentulah saya... Saya yang paling beruntung kerana antara mereka saya yang paling muda so dimanjakanlah....
Walaupun terdapat beberapa masalah teknikal semasa majlis bermula namun itu semua tidak membuatkan semua bermuram. Malah dengan kehadiran Dr Jamaludin dan Encik Yusof memeriahkan lagi majlis yang tidak seberapa ni.
Makanan yang disediakan memang sedap.... Banyak pilihan dan pelbagai version ada.. Saya sendiri beberapa kali bangun menambah makanan di pinggan...
Terima kasih juga untuk semua student non muslim yang turut serta dalam majlis tersebut. Antaranya Mel (berbaju merah) steven ng (berbaju oren) dan kak rajee (baju kelabu).
Tengoklah penuh pinggan atas meja kami. Jejaka hensome berbaju putih tu adalah profesor saya Dr Jamaluddin Mohd Yunus. Saya sangat sukakan cara beliau membuat penyampaian didalam kelas. Penuh dengan lawak jenaka dan contoh-contoh yang tidak pernah saya fikirkan. Sebenarnya semua nak tahu result dari dr Jamal untuk peperiksaan yang lepas. Saya sendiri berdebar-debar menanti result keluar. Maklumlah semasa exam tersebut saya berada dalam keadaan tidak selesa kerana diserang demam panas. Harap result saya ok...
Ini adalah Siti. Saya selalu mendapatkan khidmat nasihat dari beliau. Boleh dikatakan Siti ni macam pembantu peribadi Dr Jamal. So bolehlah kecek soalan peperiksaan nanti. Orangnya comel dan bersopan santun sangat. Bolehlah sapa yang nak buat isteri....
Yang berkaca mata tu Encik Yusof. Beliau adalah lecture baru yang akan mengajar subjek baru. Kelas akan bermula 3 Okt ni.. Tengok orangnya boleh tahan juga.. Kelakar macam Dr Jamal juga.
Snap lagi gambar kenangan bersama. Maklumlah bukan senang nak berkumpul macam ni. Banyak yang kami bualkan. Terutama dengan 2 orang lecture. Kalau di dalam kelas perbualan terhad, jadi dengan adanya majlis seperti ini, dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kami.
Ini snap terakhir sebelum kami pulang. Walaupun tidak berapa ramai yang menghadiri majlis ini namun tetap menggembirakan hati kami semua termasuk non muslim yang turut serta. Harap dimasa hadapan dapat diadakan lagi majlis seperti ini.
0 comments:
Post a Comment